Wednesday, April 30, 2008

Seungu Lavender by Umi Kalthum Ngah


Wah, nampaknya bacaan saya berbunga-bunga akhir-akhir ini. Mula dengan dafodil, kini disajikan pula dengan lavender. Indahnya!

Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana kulit luarnya dan blurb nya. Nampaknya peribahasa "don't judge a book by its cover" tidak boleh diaplikasi untuk buku ini!

Membaca buku ini menghimbau kembali kenangan saya menjadi remaja pada akhir 80an dan awal 90an. Walaupun apa yang diceritakan oleh pengarang merujuk kepada zaman akhir 60an, saya masih boleh relate kepada keadaan zaman itu.

Seungu lavender tidak banyak bercerita mengenai tempat-tempat menarik seperti dalam Seindah Dafodil. Ia lebih kepada cerita pahit manis seorang anak perempuan bernama Umi Hanis (saya kira sebahagian memoir Dr. Umi ...).

Hanis anak ketiga keluarga Ngah dan Gayah. Membesar sebagai anak yang cerdik dan cerdas, gaya penceritaannya agak pantas. Pembaca dibawa menulusuri kehidupan keluarga ini - bermula dengan kisah Ngah (ayah Hanis) yang terpaksa melupakan zaman persekolahan dan masa depannya kerana kemiskinan hinggalah kepada cerita Hanis yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke England, bumi pohon lavender.

Saya paling seronok membaca mengenai kehidupan Hanis di TKC - gelagat senior yang mendera junior semasa minggu suaikenal - sesuatu yang kurang atau hampir tiada kini! Walaupun kehidupan generasi sekarang teramat senang, saya tidak pernah cemburu kepada mereka, kerana menjadi remaja di tahun 80an lebih menguja dan bermakna!

Namun, yang membuat saya ketawa besar ialah penggunaan perkataan tertentu yang amat menunjukkan betapa utaranya Dr. Umi. Ada 2 perkataan - jelum (merujuk perbuatan Lijah mengurangkan kepanasan badan adiknya, Zainab dengan air asam jawa) dan tokak (merujuk kepada perbuatan kawan-kawan Hanis semasa menyampaikan surat dari peminatnya).

Selalunya, di dalam buku-buku cerita, jarang penulis menggunakan perkataan "jelum" dan "tokak" pulak lebih merujuk kepada sejenis penyakit. Tak pastilah sama ada ini satu kesengajaan atau kesalahan yang tidak tersedar. Tapi, tak kisahlah, yang pasti saya faham dan saya merasai sekali keterujaannya.

Kalau anda mahu menghimbau kembali kenangan zaman persekolahan sekitar tahun 70-80an, novel ini sangat OK.

Selamat membaca.

5 comments:

jeanbara said...

Assalamualaikum,
Fisha,

Saya nak minta izin nak masukkan link blog fisha ni dalam blog saya -depa-kata.

Kesian la kat dia orang, asyik baca hal politik aje, jadi nak bagi dia orang bersantai dengan sesuatu yang lain pula. Mudah-mudahan tak keberatan.


Adi

Pishaposh said...

Wsalam.

Alah Tuan Adi, tak yah mintak2 ... masuk kan saja. Saya berbesar hati sangat kalau ada yang nak buat begitu .. kira comparative advantage gitu ...

Silakan ....

P/s:
Syok la baca depa-kata tu ... rasa puaih no cakap pelek kita ... hehehe!

afandi said...

Assalamualaikum

noh haih, baguih sungguh jumpa Bro. Adi Alhadi kat sini, lama x baca buku CE.

Buku ni baguih, sekali tengok kulit "Lavender", ungu macam "Bunga Jacaranda" yang bermusim pada Bulan September kat sini

Pishaposh said...

En. Afandi,

Em, Tuan Adi pernah bagitau kat saya yang internet sering membawa kejutan ... Dan, saya tumpang gembira En. Afandi jumpa Tuan Adi di sini.

Tak boleh klik pun link "sini" tu? Pokok Jacaranda tu bukan mcm pokok pukul lima yg selalu orang tanam kat tepi jalan2 besar tu ke?

Terima kasih kerana sudi singgah ke sini.

afandi said...

Fisha,

oh silap tak letak link kat situ ada code yang blogspot tak boleh baca

sila mai ke sini : http://kucin-toksu.blogspot.com/