Showing posts with label Rencam. Show all posts
Showing posts with label Rencam. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Ironikah?


Kala duduk-duduk membunuh masa senggang yang amat banyak itu, saya menjawab kuiz mengenai kerjaya apa yang patut saya lakukan sebenarnya dan beginilah jawapannya:


Kalau mak saya membaca post ini, pastinya dia akan menjerit "IRONI!"

Saya tidak pasti kenapa ironi, lalu saya pun mencari maksud ironi dan saya temui...



Ironikah?

Isy.. tak tahu lah.


P/s: Saya dah baca banyak buku, tapi masih malas nak menulis review nya. Tapi saya masih positif akan cuba menulis juga akhirnya.



Friday, August 22, 2014

To all Malaysians, welcome home!

22 Ogos 2014.

Hari berkabung untuk Malaysia. Memberikan penghormatan terakhir untuk anak kapal dan penumpang MH17 yang terkorban.

Semadilah kalian di tanah yang penuh cinta ini...

Image: Google

Yang ditinggalkan...

Image: Google

"We are taking you home."

Image: Google



Al-Fatihah.


Wednesday, September 25, 2013

Which type of reader are you?

Image source


I think I am an engaged reader. That's explain why it takes me forever to finish a book - even the one with less than 100 pages ... 

Now I know ... hi hi hi

Monday, September 23, 2013

Betulkah begitu?

Seorang teman telah meletakkan gambar ini di dinding FB nya:

Image source 

Caption di gambar itu berbunyi:
The difference between a book and a movie... At times you feel like eating the good stuff, sometimes you just want to get the taste of the meat :-)


Sekadar mahu melontar soalan lanjut:
Pernahkah anda menonton filem yang lebih bagus atau kurang lebih seperti bukunya juga?



Thursday, July 25, 2013

Hormati buku, hormati ilmu

Ini bukan cerita saya. Tapi, saya rasa ia sangat menarik untuk dibaca, difaham dan dicontohi. Saya sememangnya menyenangi penulisan Dr. Ramzah Dambul (Rem Dambul), seorang pensyarah di UMS. Cerita ini saya copy paste daripada FB beliau.

Credit: Rem Dambul's FB photo

I.
Walaupun Ibu saya buta huruf totok (angka pun tidak kenal), dia sangat menyanjung tinggi bahan-bahan persuratan. Kegigihan Ibu saya dalam hal ini, kadangkala sampai ke tahap mengerikan. Serius.

Ibu saya ada sebuah kotak, tempat dia menyimpan semua helai kertas dan buku yang dipungut secara rambang dalam rumah. Oleh sebab dia tidak pandai membaca, isi kotak itu sangat rencam dan cacamarba. Tulisan Cina dan Jepun pun kadang-kadang ada.

Sewaktu kecil, saya suka mengolok-olok. Justeru ketaksuban Ibu mengutip segala bahan bertulis, yang selalu saya momokkan sebagai harta-karun sampah. Ibu saya yang penyabar – seperti biasa akan bagi justifikasi. Dia sebetulnya sangat risau kalau terbuang apa-apa dokumen yang penting. Sebab dia tidak tahu bezakan kandungan item bertulis – dia ambil jalan selamat dengan mengumpul apa saja yang dia temui berselerak di rumah: daripada buku, pamplet, akhbar, surat hinggalah kepada sebarang helai kertas.


II
Bila saya sudah bersekolah dan tahu membaca sikit-sikit; saya jadi tukang saring koleksi kutipan itu. Supaya yang dipungut itu tidak menimbun tanpa penyudah. Saya akan selongkar kotak tersebut, kemudian asingkan mana yang patut disimpan, mana yang boleh dibuang. Lebih tepat lagi – diguna sebagai bahan bakar untuk marakkan api memasak (ya, kami dulu masih gunakan dapur kayu). Atau kadang-kadang, kertas-kertas itu diguna untuk membungkus sayur atau buah-buahan yang mahu dijual kepada peraih.

Pada era di mana belum ada permainan maya digital dan rumah kami juga tidak ada TV (Kundasang circa 1977) – menyelongkar kotak serencam itu boleh dikira satu aktiviti separa seronok. Selain memberi ‘autoriti’ kepada saya untuk menyaring (yang bikin saya rasa diri berkuasa!); saya juga berpeluang jumpa macam-macam rahsia.

Daripada manual ubat (yang memberitahu kandungan dan arahan), buku hutang 555 (kepunyaan bapa saya), buku-buku latihan lama (milik adik-beradik saya yang lebih tua; kadang-kadang saya ketawakan markah-markah kerja mereka!), surat khabar bertulisan Cina yang diguna untuk membungkus barang yang dibeli dari kedai runcit berhampiran, pamplet kempen kebersihan yang diedar oleh Jabatan Penyiaran (yang kemudian dibawa pulang oleh Bapa saya), etc. Ya, ada macam-macam. Sangat random!


III.
Kalaulah Bapa saya (yang tahu membaca dan menulis) ada menyimpan gundik; barangkali surat-surat cinta mereka (Bapa dan si gundik hipotetikal itu) pun akan disimpan kemas oleh Ibu dalam kotak harta persuratannya. Nanti bila saya menyaring, bolehlah rahsia itu dibocorkan. Sebab saya memang selalu sangat pro Ibu dalam semua konflik domestik.

Tapi itu hanya fantasi. Isu kekasih gelap ini malangnya tidak pernah berlaku. Jadi, cita-cita saya mau sabotaj Bapa itu sebenarnya tidak pernah pun kesampaian.

Mungkin sebab adanya ‘kotak persuratan’ yang disimpan oleh Ibu saya itu; maka kebolehan akademik saya (khususnya membaca dan menulis) berkembang sedikit rancak berbanding adik-beradik saya yang lebih tua. Sepanjang sekolah rendah – dari darjah 1 hingga 6 (yang mempunyai tiga peperiksaan penggal setiap tahun); saya hanya mendapat tempat ke-2 dalam kelas sekali saja. Yang lain semua nombor 1; sebanyak 17 penggal. 

Nota: Riak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa, kan?


IV.
A room without books is like a body without a soul.” ― Marcus Tullius Cicero (circa: 106 – 43 BC)

Cicero was a Roman philosopher and widely considered one of Rome's greatest orators and prose stylists. I guess my (late) Mother was the modern epitome of Cicero, in her very own unique way. It was her weird habit (of gathering everything with script on it) that nurtured my interest in reading at the very young age. Honestly, this is not a typical household culture in the Dusun community – during that era.

Sebagai ahli akademik, nilai relevan kerjaya kami bergantung kepada pertumbuhan perspektif. When we reach the stage where we lose the ability to see things beyond the conventional outlook – we are no longer relevant. Sebab sebagai penyelidik dan sarjana – tugas kami sepatutnya merobohkan sempadan ilmu. By offering new, original and fresh perspectives from time to time.

Constant reading and traveling are the only two effective ways to maintain the dynamic growth of our perspectives. Bercakap tentang membaca: di mana lagi tempat yang paling bagus untuk membaca kalau bukan di rumah, kan?


V.
Saya sudah lama mahu dapatkan librari personal di Rumah Pangi – yang strategik, mempunyai saiz optimum dan hening daripada gangguan. Sebab librari lama saya kurang memberangsangkan dari segi ruang, kedudukan dan rekabentuk (lack of natural light).

Akhirnya siap juga pustaka peribadi saya di tingkat tiga dalam pelan renovasi baru. Itu pun selepas tergendala beberapa kali, dengan pelbagai drama kontraktor lari-lari. Sekarang bolehlah saya tunggang terbalik menghabiskan masa cuti summer membaca buku-buku yang sudah lama terbiar di rak. Sambil menikmati puputan bayu laut pada aras 8 meter dari tanah.

I think we, Malaysians, in general don’t invest enough in nurturing reading culture at home. Membaca secara efektif perlukan suasana – kerana itu adalah satu ritual mental. Bukan satu proses fizikal semata-mata. Galakan membaca dalam rumah pun macam ala kadar. Beli buku untuk anak-anak bukan main banyak. Tapi berterabur di sana-sini. Ruang bukan isunya. Tidak semestinya ada librari khusus. Yang penting bahan bacaan tersusun, demi mengangkat budaya hormat pada buku.


VI.
Cuba tengok majoriti orang kita. Ampai buku merata-rata, bercampur baur dengan laundry dan barang dapur – atau diletak sesuka hati ikut mana-mana yang sempat. Saya fikir itu salah satu punca kenapa tamadun pemikiran bangsa kita tidak tumbuh sejajar dengan pencapaian material.

If we don’t know how to respect knowledge – then it will be naturally reluctant to come to us. Ibu saya buta huruf, tapi dia sangat menyanjung tinggi tradisi persuratan. So I seriously don’t see any reason why our modern more educated society can’t show the same attitude.

Reading is not just about reading. Equally important is the way you treat this mental ritual. Yes, it is also about how much effort you put into it. Barakah tidak akan datang dengan usaha-usaha separuh hati. Itu pesan guru saya dulu.



Wednesday, June 12, 2013

Reader's Guide

Credit: Google


Be a better reader. Never ever let yourself fall asleep while reading. If you feel yourself nodding stop immediately and wake your body up. It is not a good habit as your brain will start sending your body the shut-down message each time you read. 






Source: MPH Click

Sunday, May 12, 2013

Penyakit ...

Credit: FB (MPH Click)

Guilty as charged! 


As a result ...



And, that's only tips of the iceberg ... you should look what outside the frame .. :(



Image: Google

... and that justification will never be true in my case!


I. Need. Motivation.


Arghhhh!



Saturday, February 16, 2013

Hajat untuk Habibie dan Ainun

Image: Google

Semenjak heboh dibicarakan mengenai filem Habibie dan Ainun (ditayangkan pada 20.12.2012), saya menjadi tertarik untuk mencari informasi mengenai perkara ini. Pada dasarnya, saya mengetahui bahawa Habibie dan Ainun merujuk kepada pasangan bekas Presiden Indonesia selepas Suharto. Dan, selebihnya terbaca juga mengenai hentaman ramai orang kepada Zam Maidin apabila beliau menulis di Utusan mengenai persamaan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. kiranya, pengetahuan saya seputar pada Habibie dalam nuansa politiknya sahaja.

Namun, apabila bertemu dengan banyak penulisan mengenai Habibie dan Ainun lewat resensi buku dan filemnya, hati lebih mahu mengenali siapakah mereka sebenarnya. 

Tapi, belum bolehlah diulas selanjutnya sebelum saya dapat membaca buku mengenai keduanya ... dan, sebab itulah tajuk entri ini adalah sebegitu rupa ... :)

Satu lagi yang saya hajati mengenai pasangan ini adalah buku ini:


Image: Blogger



Mencari-cari di alam maya, belum berhasil bertemu dengan satu pun site yang menawarkan penjualan buku-buku ini dengan pembayaran kad kredit (tak kuasalah saya nak ke pejabat pos atau ke bank untuk membuat pembayaran bagai .. kan?). 

Makanya, kalau ada sesiapa yang mahu liburan ke Indonesia, boleh ngak dikirimin buku-buku ini? Lumayan sih gue bayar ... pastinya ngak gratis ... hi hi hi ...

Paling membuat hati meronta-ronta mahu mendapatkan buku-buku ini, apabila bertemu sisipan nukilan hati pak Habibie di laman blog ini .. Saya jarang terkesan dengan sajak .. namun, yang ini buatkan hati merasa dan berkongsi pedih itu ...




Mana Mungkin Aku Setia… 

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu. 
Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya, 
dan kematian adalah sesuatu yang pasti, 
dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu. 
Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat, 
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan 
kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi 
nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak di tempatnya, dan tubuhku serasa kosong melompong, 
hilang isi.

Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang. 
Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam perpisahan 
panjang, pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada. 

“Aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.” 

Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang, tanpa mereka sadari, bahwa kaulah 
yang  menjadikan aku kekasih yang baik.  
Mana mungkin aku setia padahal memang  kecenderunganku adalah mendua, tapi kau ajarkan 
aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau 
ajarkan aku arti cinta,sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini. 


Selamat jalan, Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya,kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.Selamat jalan sayang, cahaya mataku, penyejuk jiwaku,Selamat jalan, calon bidadari surgaku ….




Untuk Ibu Ainun, Al-Fatihah.


Monday, September 17, 2012

Sebuah Ingatan di Hari Lahir



September 17, 2012

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling acap saya perolehi adalah buku. Saya gembira kerana saya juga suka mengingati hari istimewa rakan yang lain dengan menghadiahi mereka dengan benda yang sama.

Tahun ini juga tidak terkecuali -- dan saya rasa agak berat pembacaan saya kali ini.

Barangkali si pemberi itu menilai dengan bertambahnya umur saya maka, pembacaan saya harus lebih ditambah beratnya. =)

Dibelek-belek pada kartu ucapan, fahamlah saya maksud pemberi itu .. dengan quote ini:


"The man who does not read good books has no advantage over the man who can't read them." (Mark Twain)

Oh my!

Saturday, September 1, 2012

No one can hurt you without your consent


**Read it somewhere some times ago. This a powerful statement and if we can master it.

On the first day, as President Abraham Lincoln entered to give his inaugural address, just in the middle, one man stood up. He was a rich aristocrat. He said, “Mr. Lincoln, you should not forget that your father used to make shoes for my family.” And the whole Senate laughed; they thought they had made a fool of Abraham Lincoln.

But Lincoln --- and that type of people are made of a totally different mettle. Lincoln looked at the man and said, Sir I know that my father used to make shoes in your house for your family, and there will be many others here…. Because the way he made shoes; nobody else can. He was a creator. His shoes were not just shoes; he poured his whole soul in it. I want to ask you, have you any complaint? Because I know how to make shoes myself. If you have any complaint I can make another pair of shoes. But as far as I know, nobody has ever complained about my father’s shoes. He was a genius, a great creator and I am proud of my father”.

The whole Senate was struck dumb. They could not understand what kind of man Abraham Lincoln was. He was proud because his father did the job so well that not even a single complaint had ever been heard.


Remember:
It is not what happens to us that hurts us. It is our response that hurts us.


Tuesday, April 17, 2012

Global vs. Glokal [sempena pelancaran Proton Preve - 16 April 2012]

Aeroporto Internacional de Lisboa, Portugal - November 7th, 2011
Picture by Yours Truly


Picture by Google

Thursday, January 12, 2012

Inspiration




Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. 
(Mr Jobs, 2005)

Sunday, January 1, 2012

Permulaan Baru



There is a great deal of difference between an eager man who wants to read a book and a tired man who wants a book to read  
(G.K. Chesterton)

Satu permulaan yang baru. Semoga berjalan seperti yang dirancang. Tidak tahu sejauh mana bertahan. Doakan saja agar berkekalan.


**Azam:
Mahu menjadi konsisten dalam berblog. =)

Wednesday, August 20, 2008

Betulkah ...?

Baru-baru ini, rakan saya, Ras, memberitahu saya yang nama saya di quote oleh Prof. Kamil dalam blurb Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, versi terbaru.

Kemudian, bila Fathiyah mengunjukkan buku itu kepada saya, saya tak habis senyum. Walaupun sekadar dicatat Fisha, pembaca dan pengulas blog (dan mungkin juga Fisha itu orang lain!), saya tetap mahu mengatakan orang itu adalah saya, dan saya sangat berbangga! Tapi, akhirnya saya yakin, yang itu memang saya kerana saya terjumpa kembali komen saya di sini ...


Kemudian, lama selepas itu saya terkenang ... itu baru nama di quote dalam segmen paling kecil di buku orang ... cuba bayangkan kalau nama saya yang terpampang di kulit buku? Bagaimana pula harusnya reaksi saya?

Ohhh ... macam akan riak sahaja? Eh, tak mahu lah ... (
what a good excuse not to write book, heh?).