Saya ini selalu diketawakan kawan-kawan kerana selera muzik saya mirip kepada generasi yang lahir pada tahun-tahun awal kemerdekaan. Saya pun tak tahu mengapa kecenderungan saya begitu. Tak kisah lah tu.
Saya ada membeli kaset kompilasi lagu-lagu nyanyian Aishah dan Ramlah Ram - lagu-lagu lama yang saya suka. Salah satu lagunya yang berbunyi:
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Sudah sekian lama mendengar, saya masih tidak boleh merungkaikan apakah maksud "hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan."
Adakah ia berkenaan niat untuk mati di halaman sendiri?
Atau hendak mati berhampiran atau di kelilingi orang-orang tersayang?
Ada sesiapa yang tahu maksudnya?

8 comments:
Aku rasa ko kena baca rangkap seterusnya..baru dapat catch apa yg cuba disampaikan
Hendak mati di hujung kuku - nyawa di penghujung ajal. Hendak berkubur di tapak tangan - kalau boleh, nak mati dan dikuburkan bersama.
Hendak mati di hujung kuku - Dapat mati dipenghujung usia bersama-sama.
Hendak berkubur di tapak tangan - Dapat dikebumikan bersama @ bersebelahan. (Ungkapan yang mengambarkan kasih sayang dan cinta yang terlampau mendalam antara suami & isteri)
Tahun 2020. Masih ada yang mencari maksud lagu ini.
Hendak mati di hujung kuku.
Mati bersyahadah - hujung jari telunjuk kanan.
Hendak berkubur di tapak tangan.
Sentiasa dalam doa orang tersayang bila mati.
Tak sangka inilah maksudnya. Saya pun tertanya-tanya sebab memang suka lagu ni. Meaningful
Tepat..
HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU (Kalau boleh nak mati tu dalam keadaan mengingati Allah - BERZIKIR).
HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN (Doa dari yg hidup mengiringi si mati).
Post a Comment