Sunday, April 6, 2008

Banyaknya ...!

Kesempatan mewakili fakulti untuk membeli buku di KLIB kali ini sememangnya saya nantikan. Walaupun bukan turn saya, saya telah berjaya memujuk empunya giliran untuk memberikan kepada saya (bukan politik wang ye!).

Bila membeli buku mewakili fakulti, selalunya lumayan habuannya kerana kita akan dilayan oleh potential contractor yang berminat untuk mendapatkan tender pembekal daripada perpustakaan kita. Kali ini, fakulti saya ditaja oleh Syarikat Infobook dan agen saya seorang anak muda bernama Saddad Bakri. Layanan yang superb membuatkan saya terkenang-kenang budi mereka. Ya lah, orang dah berbudi.

Sepanjang hari Jumaat (sesi pagi + sesi selepas solat Jumaat), hampir seluruh kawasan KLIB itu saya jelajahi. Balik daripada tempat itu, saya dan Kak Marina mengambil teksi ke Mid Valley dan di sana saya telah menghabiskan 1/3 gaji saya bulan ini memborong buku yang entah bila dapat saya habisi. Tapi, saya sangat puas hati melayan nafsu itu. Hehehe!



Buku-buku yang dibeli daripada MPH, Mid Valley:

1. Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haron
2. Does My Head Look Big in This - Randa Abdel Fattah
3. Ten Things I Hate About Me - Randa Abdel Fattah
4. New Malaysian Essay 1 - Amir Muhammad
5. In The Good Faith - Zaid Ibrahim
6. Creating A World Without Poverty - Muhammad Yunus
7. Teacher Man - Frank McCourt


Buku-buku dari MPH yang disusun seperti jenga (untuk menampakkan banyaknya!)

Hari Sabtu dah kena balik bertugas, dan sebelum tu, saya telah sekali lagi tawaf bahagian bawah Pesta Buku dan kawasan river side. Habis dalam RM250 ... hisy!



Sekian lama mencari, baru kini kutemui mereka ... Pertemuan yang indah!

Saya suka membaca kamus. Namun, tabiat itu sudah lama saya tinggalkan selepas saya menginjak ke tahun-tahun akhir pengajian sarjana muda. Kini, saya mahu memulakannya semula. Maka, kamus ini akan menandakan permulaan niat yang baik itu .. walaupun tak berapa pasti bila ia akan bermula. Kali terakhir saya membeli kamus Dewan ialah pada hari jadi saya yang ke 17 - tahun 1994. Dan, tarikh 5 April 2008, menjadi kali kedua saya membeli khazanah bahasa ini. Tahniah untuk saya!



Buku ini tidak pernah saya fikirkan untuk membeli. Namun, kala melangkah keluar dari KLIB itu, saya ditahan oleh seorang jurujual muda yang cantik yang petah berkata-kata. Katanya, buku ini adalah untuk sumbangan jariah saya untuk anak-anak yatim dan golongan upaya. Dan, sebagai warga yang sentiasa mencari damai di hati, saya membeli buku ini sebanyak bayaran yang diberikan dengan ikhlas (ikhlas saya hanya Allah yang Maha Mengetahui). Rasa berat untuk melakukan perkara yang baik, kalau dipaksa juga, mungkin akan menerbitkan natijah yang baik -- itu lah rasional saya. Baca atau tidak, itu lain cerita!




Dua kompilasi ini adalah sesuatu yang sangat nostalgik sifatnya. Saya sudah tidak membaca Gila-Gila sekarang sejak saya merasakan pengisiannya sangat hambar. Saya berhenti membeli dan membacanya pada pertengahan tahun 1996 selepas hampir 2 dekad saya membesar dan mengayakan bahasa bersamanya.

Kompilasi ABM dan TDP hanyalah kenangan dan perasaan semalam. Tapi, saya masih memerlukannya kerana kekuatan hidup saya banyak juga bersandarkan kenangan semalam.


Apa pun, saya rasa sangat bahagia kerana berjaya melunaskan kempunan tak dapat pergi tahun lepas ... Oh, kubahagia ..!

No comments: