Thursday, June 5, 2008

Confessions of an Old Boy, The Dato' Hamid Adventures by Kam Raslan


Hari ni semua orang bercakap pasal minyak yang naik 78 sen saja … It just 78 cents man … why worry? :p

Untuk melupakan kegusaran fenomena barang naik ini, saya mahu bercerita mengenai sebuah buku yang baru saja saya habiskan pembacaannya hujung minggu lalu – Confessions of an Old Boy, the Dato’ Hamid Adventures.

Buku ini adalah karya Karim Raslan (Kam Raslan), kolumnis di The Edge dan majalah Off the Edge. Karya Kam yang telah saya baca termasuklah Ceritalah dan Ceritalah Lagi – namun, memori saya tidak menyimpan apa yang diceritakan di dalam kedua-dua buku tersebut. Lagipun saya baca buku-buku tersebut waktu saya belajar dulu … cerita 5-6 tahun dulu. Wajarlah saya terlupa, kan?


Saya pernah berkira-kira untuk mendapatkan buku ini sejak sekian lama. Namun ada saja halangannya – stok habis di kedailah, ada buku lain yang lebih menarik perhatianlah, dan pelbagai alasan lain. Dan, bila kak Marina sudah mendapatkannya, maka tumpang sajalah! (Alah, buku ini bukan luak pun kandungannya kalau dikongsi baca … :p).

Selepas membaca, kami berdua tertanya-tanya, betulkah Dato’ Hamid ni? Wujudkah orang begini? Macam betul, tapi macam banyak yang tak logik. Tambahan pula, komen Hishamuddin Rais di bahagian hadapan buku ini sangat menyokong rasa curiga kami:

“As an Old Boy of MCKK, I was so convinced that Dato’ Abdul Hamid bin Dato’ Sidek was indeed my school senior. Then one day, I was told that Dato’ Hamid was the creation of Kam Raslan. I was dumfounded. How could Kam Raslan create such an illusion and I fall for it. I am not willing to accept Dato’ Hamid as a fictional character. To me Dato’ Hamid is the missing link between secular Malaysia and the born again Malay Muslim of today’s Malaysia.”

Kemudian, bertemu ulasan Sharon Bakar, maka sahlah, Dato’ Hamid adalah seseorang yang “You’ll never meet anyone quite like Dato’ Hamid, but you’ll know him.”

Karektor Dato’ Hamid yang pelbagai – penakut, pentingkan diri sendiri, lebih mat salleh dari mat salleh, suka buat kerja tak ‘semenggah’ – membuatkan buku ini sangat menarik. Walaupun saya merasa terganggu dengan wataknya, namun ada sisi Dato’ Hamid yang membuatkan saya juga jatuh cinta dengannya. Manakan tidak terganggu bila membaca watak Dato’ yang meminum minuman keras seperti air mineral dan meniduri perempuan cantik sewenangnya! Saya memang konsevertif bila bicara mengenai perkara itu.


Satu hal mengenai Dato’ Hamid, dia menganggap dirinya adalah Melayu sejati – The Malayan, dan sangat tidak bersetuju dengan anaknya yang dipanggil Ayatollah (the new Malay) – yang berjanggut sejemput dan berbini dua dan sering bercakap mengenai bangsa Melayu dan sebagainya. Namun, Dato’ Hamid sangat cocok dengan cucunya – The Grandson – animator komputer di Hollywood yang berambut ungu dan bertindik hidung. Dia tidak memahami kenapa Ayatollah menjalani kehidupan yang berbeza dengan dirinya.

Selain daripada itu, Dato’ Hamid juga seorang yang sangat menyanjungi ‘apa-apa yang British’ – pakaiannya, pelat percakapan dan segalanya lah. Tidak hairanlah kalau ‘kepelikan’ Dato’ yang begini sangat mengujakan!

Dalam buku ini, saya juga menyenangi watak The Wife yang saya rasa sangat bijak dalam menangani suami yang ‘tak berapa nak betul’ tindak dan kelakuan. Bab yang menceritakan bagaimana The Wife mendapatkan kembali paspot mereka yang dirampas oleh seorang pemilik pub sebagai balasan kepada perbuatan kawan Dato’ yang meniduri isteri pemilik pub tersebut di Algiers sangat menggelikan hati saya. The Wife jugalah kemudiannya menulis dan menjemput bapa Dato’ Hamid ke England untuk melihat sendiri keadaan beliau yang berseronok dan melupakan pelajarannya (Dato’ Hamid sangat takutkan ayahnya!).

Selebihnya buku ini memberikan saya pandangan dalam orientasi yang berbeza – melihat segala gaya hidup dari kaca mata mereka yang menganggap moden itu barat serta pertembungan nilai antara timur dan barat. Pertembungan yang sangat ketara saya temui di bab akhir – the Malayans – dengan watak George.

Itulah Dato’ Hamid. Cintai dia, benci dia, semuanya boleh. Namun di akhirnya, saya rasa saya mahu mempunyai kenalan atau saudara seperti dia, kerana dia sangat eccentric. Dan, eccentric kadang-kadang sangat memikat!

Selamat membaca.

7 comments:

Pak Cik Satu Dua said...

Peringkat awal bila baca secara bersiri dalam Off the Edge nampak kefiksyenannya... tapi bila dicompile dan siri terkini dalam Off the Edge, Kam cuba control flow dalam riwayat sang Dato' ni... mungkin...

Pishaposh said...

Mede:

Ntah le. Saya tak ikuti kat the Edge tu ... so, tak tau la perbezaannya.

Really enjoy the story though ...

Anonymous said...

Belum sempat membaca buku ini walaupun pernah membelek. Kalau akak cadangkan saya baca, harus..:)

Fanatik British?Hahaha saya akui ramai Malaysian amatlah fanatik pada bekas penjajahnya dari mengikut slang sampailah ke 'shopping' di Oxford Street London Hahaha.Apa-apa saja dari Britain dianggap baik. Hmm walaupun belajar di sini tapi saya sedaya upaya cuba menilai baik dan buruknya ke'British'annya itu

Pishaposh said...

Ikmal:
Ya, baca buku itu sejurus kapal terbang berlepas selepas kamu graduate nanti. Tapi, nak baca sekarang pun ok gak ... so hilarious!

Seronok juga kan mencari sebab kenapa wujud fanatik2 ini. Tapi, rasanya perasaan tu sama macam rasa kita dengan university kita, sekolah kita dan sebagainya la kot. Cuma, bila dah keterlaluan, maka jadilah begitu. Entahlah ...

Baca .. jangan tak baca!

Anonymous said...

In my wishlist... cuma bila ke kedai buku asyik terbeli buku yang itu dulu dan yang ini dulu.

Faridah said...

Fisha,

Salah seorang Master's student saya sedang buat thesis on the Raslans termasuk buku ini. Saya supervisornya.Kami melihat sudut colonial hang-up dalam fiksi dua beradik itu dan cuba mengkaji tujuan pemaparan sebegini.Utk tujuan apa? Political/religious satire ke atau protes bahawa orang2Muslim di Msia ini sebenarnya bukan dari satu jenis shj (berjanggut/berjubah/poligami) tapi ada juga yang kaki minum/isteri orang putih/dye rambut dan tak segan2 minum arak di khalayak ramai (dan akan marah kalau kita tanya keislamannya).Saya rasa buku ini menonjolkan dua jenis Muslim extreme yang keterlaluan, pandering to Western rep. of Muslims.Mana Muslim sederhana yang memaparkan Islam itu cantik?

Apa yang saya suka tentang buku ini ialah kronologi perubahan dunia orang2 Muslim di Msia..mula2 colonial minded, lepas tu Islamic sebab Islamic revival post Ayatollah, lepas tu balik pada zaman aping the West atas alasan postmodernist/globalist.

Thesis dijangka siap tahun depan (part time)dan koleksi ada di perpustakaan UIA bagi yang berminat.

Pishaposh said...

Najibah:
Cepat, pergi dapatkannya! Saya pun bernasib baik sebab teman serumah sudah membelinya. Kalau tidak mungkin sampai sekarang tidak berpeluang untuk menilainya.

Dr. Faridah,
Saya bukanlah pengkaji sastera, cuma pembaca biasa yang cuba memahami maksud yang tersurat di samping menikmati apa yang tersurat.

Namun, saya bersetuju dengan pandangan Dr. bahawa buku ini menonjolkan ‘variasi’ Muslim yang wujud di negara kita ini.

Pemerhatian Kam pada saya agak jujur walau saya agak terkedu pada kehidupan Dato’ Hamid dan kawan-kawannya serta cucunya itu.

Kalau karya ini satu protes atau pernyataan tentang orang Islam di Malaysia, saya rasa Kam berjaya membuatkan saya percaya kepada apa yang dinyatakannya.

Terima kasih atas kunjungan Dr.