Wednesday, June 4, 2008

Ada Apa dengan Sistem Beraja?

Hari ini terbaca di ruangan forum utusan.online, tulisan Dr. Gunawan Mahmood mengenai Belajar kejatuhan institusi Raja Nepal. Beliau kemudiannya menyeru agar orang Malaysia, khususnya orang Melayu supaya mengambil pengajaran mengenai perkara ini. Saya petik sedikit daripada tulisan beliau di sini:

… Jangan mempersendakan raja khususnya dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam. Pemimpin dan raja mestilah sentiasa berbincang mencari jalan terbaik agar rakyat dan negara terus kekal harmoni.

Apabila raja dan rakyat tiada sepakat, maka berlakulah peristiwa hitam sebagaimana yang terjadi kepada Raja Gyanendra. Sebuah kerajaan yang lama akhirnya luruh di tangan rakyat. Rakyat pula janganlah bangga menjatuhkan rajanya.

Sistem monarki mewujudkan satu cara hidup yang tertib dan bersopan lengkap dengan adat istiadat. Lihatlah Jepun dan England, sistem monarki telah melalui pelbagai cabaran dan hingga kini utuh menjadi lambang kebesaran bangsa mereka.

Marilah kita pelihara institusi beraja di Malaysia kerana ia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi sama.

Rakyat pula akan menjadi tuan dan itulah yang disebut 'ketuanan rakyat'. Hindarkan perkataan itu dari kamus bangsa kita! …


Saya melihat seruan ini sebagai sesuatu yang sangat baik dan menarik. Selain daripada mempertahankan warisan lampau yang kita ada, adalah sesuatu yang mulia. Tambahan apa yang kita warisi itu adalah sesuatu yang bermanfaat kepada kita (untuk ini, anda semua rujuklah semula Perlembagaan Persekutuan, perkara 33A), terutama dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara secara tersurat dan ketuanan Melayu secara tersirat.

Sebenarnya perhubungan antara yang memerintah dan yang diperintah bersifat simbiosis – bergantung antara satu sama lain. Yang menjadi masalah, apabila persamaan simbiosis ini dikhianati. Yang memerintah mahu kekal memerintah dan mahu sentiasa disokong tanpa mahu membayar atau membalas sokongan yang diperintah. Yang diperintah pula, apabila perkara ini berlaku, merasa mereka ditindas, dan bangun memberontak.

Dalam keadaan biasa, setelah rakyat memberi taat setia dan bersetuju dengan ‘kontrak sosial’ serta membenarkan kerajaan membuat keputusan bagi pihak mereka, mereka akan sentiasa menyokong kerajaan (bagi yang melawan, itu keadaan biasa – tidak akan ada yang bersetuju dengan kita 100%). Rakyat berharap, kesetiaan mereka itu dibalas dengan keselesaan hidup dan ketenangan. Tidak kurang, tidak lebih.

Namun, yang menjadi masalah, bila kesetiaan dikhianati dan rakyat mula mentafsirkan perbuatan kerajaan sebagai ketua yang pengecut. Maka, tidak hairanlah kalau rakyat menolak kerajaan begitu – yang tidak berguna untuk dipertahankan.

Dalam konteks mempertahankan sistem monarki pula, sekiranya rakyat gagal melihat kemampuan sistem ini, maka tidak mustahil rakyat akan menolaknya seperti yang berlaku di Nepal itu.

Namun, Alhamdulillah, walaupun PRU yang ke 12 lalu dikatakan tsunami yang banyak membawa kemusnahan, hikmahnya juga banyak. Rakyat mula belajar memahami perlembagaan, mula sedar apa yang mereka mahukan – dan yang paling penting, mereka mula nampak kuasa YDPA yang mungkin sebelum ini diceritakan berulang kali hanya berfungsi sebagai rubber stamp sahaja, tak berkuasa apa-apa.

Saya kira, dengan apa yang berlaku dalam negara kini, insyaAllah, tragedi Istana Nepal mungkin dapat dielakkan. Tetapi, dalam jangka masa yang panjang, sekiranya monarki masih leka dan berasa selesa, jangan salahkan rakyat jika takhtanya roboh nanti.

Prinsip politik mudah:
Kerajaan yang bagus dan baik adalah kerajaan yang boleh membuatkan rakyatnya kenyang. Jangan sesekali membiarkan mereka lapar, kerana kelaparan itu adalah sesuatu yang merosakkan.

Pepatah Melayu:
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

3 comments:

Anonymous said...

Betul apa kak Fisha cakapkan. Kebanyakkan negara yang maju dan makmur di dunia adalah negara yang mempertahankan sistem raja sebagai tonggak utama sesebuah negara.Malaysia amat bertuah kerana Agong dan Sultan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.

Berkaitan dengan perlembagaan, jangan terkejut ada juga peguam-peguam tidak mahir isu-isu perlembagaan ini sebenarnya. Mungkin juga sibuk dengan urusan conveyancing, perceraian yang menjamin duit yang lumayan.Agaknya lah kot malahan Prof Aziz Bari pernah mengulas perkara sebegini melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku disifatkan sebagai 'jahil undang-undang perlembagaan'.

Apa yang jadi ada hikmah besar sebenrnya pada Malaysia...:)

Pishaposh said...

Ikmal:

Dan, semalam (28/6/08), semasa menonton Buletin Utama di TV3, saya tak dapat tidak untuk bersetuju dengan pendapat Sulaiman Abdullah (mantan pengerusi Bar Council) yang mengatakan di Malaysia ini, kaum majoriti Melayu selalu mengambil jalan seperti kaum minoriti di negara lain ... maksudnya, kita majoriti, namun tindak tanduk kita seperti kaum minoriti sahaja, menuntut hak yang sudah sememang hak dan sangat bertolak ansur sehingga dipijak.

Dan, saya masih percaya, keistimewaan peruntukan perlembagaan itu akan relevan sampai bila-bila walau ada yang bijaksitu sini bising-bising supaya dihapuskan ...

Anonymous said...

Kalau nak tau lebih sila lawatan http://.rajayangzalim.blogspot.com