Sunday, June 29, 2008

10 Things I Hate About Me & Does My Head Look Big In This? – by Randa Abdel-Fattah


Kedua-dua buku ini merupakan buah tangan seorang peguam muda kelahiran Australia berdarah Mesir + Palestin, Randa Abdel-Fattah.

Saya tergerak untuk membaca kedua-duanya setelah membaca satu artikel mengenai buku-buku ini di akhbar. Lagi satu, saya membaca buku-buku ini kerana didorong rasa minat untuk mencari penerangan yang mudah mengenai Islam. Selalunya, apa sahaja yang berkaitan dengan Islam pasti disampaikan dalam nada tegas dan serius. Padahnya, ia tidak langsung membiaskan maksud kelembutan dan keseronokan beragama. Jadinya, maksud hendak menarik golongan muda menjadi terganggu.

Disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ceria, buku ini sebenarnya disasarkan kepada golongan remaja berusia 13-25 (saya kira), kerana watak-watak di dalam buku-buku berkisar kepada golongan-golongan ini. Tapi, bagi remaja purba yang forever young at heart terutamanya, buku ini pun untuk anda juga!

Dalam Does My Head Look Big In This?, Randa membicarakan tentang dilema seorang gadis Muslim – Amal yang mahu memakai tudung, namun gusar dengan penerimaan orang di sekeliling. Kegusaran Amal berasas kerana isu tudung sebenarnya sering ditafsirkan sebagai satu bentuk penindasan di dalam Islam (mungkin terpengaruh dengan ideologi – if you have it, flaunt it!). Amal juga terpaksa berdepan dengan stigma pemakai tudung kerana ada ketikanya apabila beliau memakai tudung, dia merasakan bahawa dia menjadi agak ‘mundur’ daripada sebelumnya – dia sudah tidak berapa vokal, dan kurang keyakinan.

Namun, yang menjadikan novel ini seronok, adalah kepintaran Amal berinteraksi dengan mereka di sekelilingnya – ketika Adam mahu menciumnya di pesta hari ulang tahun Adam, ketika berhadapan dengan ibu sahabat baiknya Leila yang beriya-iya mahu mengahwinkan anaknya yang baru berumur 16 tahun sedangkan Leila adalah gadis pintar dan punya masa depan yang cerah, dan ketika dia menguruskan jirannya, seorang wanita tua Greek yang perengus, Puan Vaselli yang kemudiannya menjadi akrab dengannya. Selain daripada itu, Amal juga berhadapan dengan stigma orang Australia terhadap orang imigran sepertinya (walaupun dia dilahirkan dan memegang kerakyatan Australia).

Randa juga menyelitkan peristiwa pengeboman Bali yang mengorbankan rakyat Australia suatu masa dulu yang membuatkan Amal terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan yang menyimpulkan, oleh kerana pengebom itu adalah Muslim, maka semua Muslim adalah teroris. Amal malah dijemput untuk memberikan ucapan bagaimana Islam mewajarkan perbuatan pengebom itu di dalam sebuah forum berkenaan Islam dan Teroris di sekolahnya. Dengan nada sinis, Amal menolak sambil berkata, dia akan bersetuju bercakap mengenai perkara itu, sekiranya ada orang Kristian yang lain mewajarkan perbuatan Ku Klux Klan. Shoot!

Bahagian ini sebenarnya mengingatkan saya kepada jokes yang diemelkan kepada saya tidak berapa lama dulu. Jokes tu berbunyi:

A man is taking a walk in Central park in New York. Suddenly he sees a little girl being attacked by a pit bull dog. He runs over and starts fighting with the dog. He succeeds in killing the dog and saving the girl's life.

A policeman who was watching the scene walks over and says: 'You are a hero, tomorrow you can read it in all the newspapers: 'Brave New Yorker saves the life of little girl'.

The man says: 'But I am not a New Yorker!'

“Oh then it will say in newspapers in the morning: Brave American saves life of little girl,” the policeman answers.

“But I am not an American!' - says the man.

“Oh, what are you then?'

The man says: 'I am a Pakistani!'

The next day the newspapers say: “A Terrorist kills innocent American dog.”
 

Ouch! 

Dalam 10 Things I Hate About Me, Randa membawakan cerita mengenai layanan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan. Jameela Taofeek (Jamie) adalah seorang remaja anak kepada pasangan imigran daripada Palestin yang malu mengakui identitinya. Dia mewarnakan rambut serta mengenakan contact-lense untuk menyembunyikan identiti muslim dan imigrannya. Berada di sekolah yang agak tebal sifat perkauman (orang imigran dipanggil “wogs”), Jamie menyimpan ketat rahsia dirinya sehinggalah dia berbual dengan John di laman maya, tanpa mengetahui bahawa John adalah Timothy, pasangan makmalnya di sekolah.

Bapa Jamie merupakan seorang pemandu teksi (yang berkelulusan PhD dalam bidang pertanian di negara mereka) merupakan watak Arab yang tegas terhadap anak-anak perempuannya – terutama Jamie. Beliau tidak membenarkan Jamie keluar malam dengan alasan anak gadis Muslim di tempat awam pada waktu malam adalah lambang anak yang kurang maruah diri dan perbuatan itu akan memalukan keluarga mereka. Walau bagagaimanapun, Jamie merasakan bahawa bapanya hanya mementingkan pandangan orang terhadap mereka terutama apa yang kawan-kawan bapanya akan kata sekiranya dia berada di tempat-tempat tersebut.

Seperti yang saya katakan di awal tadi, membaca buku ini banyak memberi rasional mudah (yang selalu saya ambil mudah sebelum ini) mengenai Islam. Antaranya, saya tidak pernah mengaitkan ketidakupayaan saya bercakap di hadapan ramai atau bersuara mempertahankan prinsip saya hanya kerana saya bertudung (mungkin juga saya tetap pengecut untuk bersuara kalau saya free-hair pun!), tidak pernah menghiraukan jiran yang perengus (kerana, buat apa saya mahu menahan sifat perengus seseorang tanpa sebab?) atau berani untuk meminta sesuatu yang menjadi hak saya (seperti meminta pemandu bas berhenti untuk solat subuh bila bas meneruskan perjalanan tanpa turun solat!)? Makanya, Islam saya di usia 30 tahun ini masih berada di tahap anak-anak remaja berusia 16 tahun? Oh, malunya!

Selebihnya, buku-buku Randa juga memperlihatkan mengenai dilema pendatang Muslim di negara bukan Islam khususnya Australia. Antara dilema mereka adalah bagaimana untuk mempertahankan kelangsungan budaya mereka dan dalam masa yang sama terpaksa akur dengan kehidupan yang sangat berbeza dengan sebelumnya. Lihat saja bagaimana kebencian sesetengah golongan Barat yang mencemuh tradisi masyarakat luar khususnya orang Asia.

Selain daripada itu, golongan imigran Muslim juga berhadapan dengan masalah kecelaruan identiti – seperti Jamie – atau seperti pakcik Amal, yang berhabis-habisan menjadi barat lebih daripada barat, hingga sanggup melupakan soal halal dan haram demi mendapat tempat di kalangan rakan-rakannya yang bukan Islam.

Selesai semuanya, saya tertanya sendiri:
Kenapa kita (Muslim) ini cepat benar terikut dengan praktis agama / budaya orang asing? Tak seronokkah Islam itu? Mungkin cara sebahagian besar pengamalnya mengamalkan Islam harus dipertanggungjawabkan? Atau, adakah oleh sebab bentuk penyampaian Islam yang nampak keras dan kaku walaupun Islam itu agama yang lemah-lembut? Masa untuk menilai diri kita dalam memaknakan Islam, saya kira …

4 comments:

ikmal said...

Jangan kata Kak Fisha je terasa saya di bumi Inggeris pun boleh terasa. Adakala saya fikir ada 2 sebab seseorang boleh dapat bila duduk di luar negara samada jati diri Islamnya makin kuat ataupun makin hancur.

Ada yang sanggup tonggong arak semata-mata kerana takut tidak dapat bercampur dengan mat salleh (bodoh tahap cipan) dan ada yang hendak sangat hidup seperti mat salleh. Jangan terkejut ada di antara mereka juga yang belajar di UIA (ya UIA!)boleh jadi sebegitu. Adakala termanggu juga saya memikirkannya.

Saya walaupun buan terdidik dari institusi Islam di mana-mana tetapi bila imej Islam dihina saya tercabar juga sebenarnya.

Tak tau apa mahu dikomen lagi kak..merenung dengan sedih saja.

Fisha Fawwaz said...

Ikmal:
Budak2 UIA ni pun even belajar kat situ pun, ada yg masih bangang nak memanfaatkan ilmu ... kes biasa.

Teringat cerita seorang teman yg iring pelajar ke debat di UIA di mana final round buat waktu maghrib. yg bertanding Singaporean vs. M'sian. YDP Dewan budak Melayu Islam UIA. Sampai waktu azan, si cina singaporean ni tanya sama ada patut berhenti atau tidak, si bangang melayu UIA ni kata teruskan saja ... can u imagine that? Kebodohan apakah itu?

Moga Allah memperkuatkan keazaman kita untuk membantu mencantikkan sinar Islam itu. AMIN.

Irsalina Isa said...

thanks for the suggestion kak. Akan saya cuba miliki buku ni dan hadamkannya.

-a once silent reader-

Pishaposh said...

Irsalina:

Terharu pulak bila entri yg lama ni dibangkitkan semula!

Terima kasih dik kerana sudi membacanya ...

Semoga akan ketemu yang dicari dan selamat membaca!