Thursday, June 5, 2008

Salah tu ..!

Dalam kehidupan seharian, bercanggah pendapat adalah sesuatu yang normal.

Pendapat saya begini, pendapat anda begitu. Tak ada masalahnya.

Tetapi, apabila saya mahukan pendapat anda menjadi seperti saya, maka di situlah masalahnya akan bermula.

Ada hikmahnya Allah menjadikan manusia ini berbeza-beza. Allah ciptakan sesuatu yang dinamakan pertemuan, Allah hiaskan dengan persamaan untuk kita saling bergantungan dan menjadikan perbezaan untuk membuatkan kita belajar memaham perasaan. Namun, bila ada segelintir yang tidak mahu memaham, asyik mahu menegak kemahuannya sahaja, maka, mengalah adalah jawapannya.

Agak tidak adil, namun, dunia memang tidak adil – hidup sajalah dengan ketidakadilan itu.

Kenapa saya bicara hal ini?

Kerana, saya rasa terganggu dengan sikap sesetengah orang yang cepat sahaja menjatuh hukum apabila pandangan orang itu tidak sehala dengannya. Asal tidak sama, orang itu bodoh. Dia sajalah yang pandai, kerana tulisannya amat didokong dengan fakta yang pelbagai yang menyerlahkan daya keintelektualannya.

Kita berbeza. Itu hakikatnya. Maka, apa pun pandangan saya, itu adalah hak saya. Nasiblah, pemikiran saya tak setanding dengan dia yang sangat memahami. Namun, saya juga punya fikiran. Saya tidak perlukan dia untuk menyatakan apa yang saya mahu fikir. Kalaupun fikiran saya salah, apa hak dia untuk menyatakannya salah? Mengapa tidak dibetulkan secara berhemah?

Sudahlah. Bukan selamanya fikiran kita itu cerdas dan benar sentiasa. Ada masa kecundang juga. Moga anda akan sentiasa waras dalam memberi buah fikiran.

5 comments:

Pak Cik Satu Dua said...

Yes.. agree to disagree..

Danielle_Corleone said...

perbezaan pendapat itu sangat wajar untuk diraikan!

Pishaposh said...

Mede:
Couldn't agree more

Danielle_Corleone:
bagi yang faham, ok. Ni untuk manusia yg x reti bahasa nih ...

Anonymous said...

Kak Fisha,

Kalau dahulu saya agak ralat kalau ada berbeza pendapat tapi lepas belajar undang-undang saya tahu bahawa berbeza pendapat ini adalah sesuatu yang lumrah (ada etika dan cara untuk berbeza pendapat contoh Yang Arif, I stand to be corrected atau in my humble opinion i submit blablabla)dan perlu diraikan asalkan jangan melampaui batas. Bukankah Allah tidak meyukai orang-orang yang melampaui batas?

Jangankan orang Islam saja tapi ada juga sesetengah golongan mcm liberal dsb agak melenting dan melatah tak tentu pasal sekiranya kita tidak sealiran dengan mereka. Dilabelkan jumud, kuno, mengikut arus dan sebagainya.

Tapi bagi saya yang penting kena ada prinsip agar tidak mudah diperkotak-katikkan. Sekarang sudah macam-macam serangan pemikiran dan budaya jadi kekuatan minda dan prinsip adalah penting dalam perbezaan pendapat itu sendiri. :)

Anonymous said...

Ikmal:
Mempertahankan pendapat itu boleh, tp, beri sedikit ruang utk memahami pendapat org lain juga, supaya pendapat kita lebih mantap.

Saya pun kdg2 susah nak terima pendapat org lain (kes ego la ni), tp sebolehnya saya cuba menghormati pendapat mereka. At the end, saya perlu menimbangkan semuanya (pendapat saya + pendapat org lain) utk saya buat keputusan walaupun pendapat org lain itu sedikit saja saya gunakan ...