Sunday, June 29, 2008

Gila apakah Ini ..?

Minggu lalu saya mengunjungi MPH Mid Valley selepas selesai bengkel membuat soalan peperiksaan akhir di Shah Alam. Kebetulan, hari itu hari gaji. Seperti tahu-tahu saja.

Selalunya saya mempunyai senarai buku yang mahu dibeli sekiranya berkunjung ke kedai buku. Namun, oleh kerana ini kesempatan yang tidak terancang, saya menuju ke MPH dengan risiko untuk terlebih beli. Untungnya kali ini, kad kredit sudah saya tinggalkan di rumah.

Kali ini, masuk saja ke situ, terus saya menuju ke bahagian karya bahasa Melayu. Saya memang hendak mencari bacaan ringan dan mudah sahaja kali ini. Tapi, sebelum sampai ke situ, mata saya terpaku pada timbunan buku karangan Karen Armstrong, A History of God, yang pernah diharamkan suatu waktu dulu. Menyelak-nyelak 2-3 halaman, dan blurb nya, saya tertarik untuk memilikinya (walaupun saya tahu ia akan mengambil masa yang sangat panjang untuk dihabiskan sementelah subjeknya agak berat untuk dihadam!).

Selesai di situ, mata tertancap pada Karya Nan Indah buat Semua karya Faisal Tehrani. OK, ambil juga. Kemudian, ternampak Laskar Pelangi – sebuah buku pengarang Tanah Seberang, Andrea Hirata. Saya tidak mengetahui mengenai buku ini sehinggalah disarankan oleh teman Indonesia saya, Evi, selepas kami berbicara mengenai buku dan filem “Ayat-Ayat Cinta.”

Saya kira itu sajalah pilihan saya. Namun, tatkala melewati rak yang tertampal poster besar Oprah Winfrey, mata saya melihat Lions in Winter Stories karya Wena Poon, penulis dari Singapura yang kini bermastautin di USA. Saya tertarik untuk membaca buku ini apabila membaca mengenai temubual Wena di dalam majalah Quill edisi April – Jun 2008 (Dr. Sheikh Muszaphar sebagai penghias muka depannya). Kali ini, terus diambil, tanpa membaca pun blurbnya. Gila!

Akhirnya, daripada mahu tinjau-tinjau, saya telah membeli 4 buku lagi. Ditambah dengan belian semasa Pesta Buku hari tu, saya masih terlalu banyak bahan bacaan sehingga hujung tahun ini! Oh, banyaknya hutang dan pembaziran! Ketagihan? Obsesi? Tolong saya!

6 comments:

Anonymous said...

Kak Fisha,

Saya pun banyak list buku nak dibaca, kadang-kadang bukan stok tahun ni saja mungkin juga tahun depan pun belum tentu habis baca. Di UK harga buku sangatlah murah dan adakala mengujakan.Semua nampak gaya masuk kontena saja hehe.

Tu tak masuk buku-buku Malaysia lagi, buku oh buku hehehe

Pishaposh said...

Ikmal:
Tu la pasal ... rasa bersalah. tapi, itu juga la yang diulang buat ... tak pe .. asal tak mati sebab ditimpa buku sudah ...

P/s: I've met ur beloved Dr. Ahmad Naqiyuddin last week ... and I think I know why u admire him so much .. :)

Anonymous said...

Yea ker jumpa Dr.Ahmad?Apalah digossipkan tu yea hahaha...Keciknya dunia ni...pensyarah saya di Australia pun boleh jumpa supervisor master saya di sana..banyak sungguh kebetulan.:D

Anonymous said...

Tambahan:
saya sangat menghormati pensyarah DPA saya dahulu kerana di sana saya ibarat 'bermula segalanya' dan 'human touching'yang cukup kuat. Adakala melebihi segelintir pensyarah undang-undang saya pun ada hehehe. Hidup DPA!

Anonymous said...

Salam,

Alahai nampaknya saya dah ada geng baru (itu pun kalau boleh join). Ingatkan saya dan adik saja gilakan buku...beli, beli dan beli tapi masa untuk membacanya terhad..........tapi takpa at least enjot kan?

Pishaposh said...

Ikmal:
Tak de la sembang panjang apa pun ... dia jadi vetter untuk my paper ... tapi, terkesan jugak la cara dia mem'vet' paper tu ... nice man ...

Aisya:
Sila kan join! Saya sangat berbesar hati menambha kenalan ... ya, kita patut tubuhkan kelab pembeli buku yang membazir ... saya jadi presiden ya? Hehehe ...

Terima kasih atas kunjungan.