Thursday, May 15, 2008

Gangguan Teksual by Sindiket Sol-Jah

Gambar pinjam tanpa izin daripada http://gangguan.blogspot.com/



Pertama kali mendengar judul buku ini apabila saya melayari blog Cik Daun - beliau bercerita dengan penuh keterujaan mengenai projek ini.

Kemudian, apabila saya berkunjung ke blog Jowopinter (JP), mata menangkap iklan Nabil Raja Lawak mempromosi buku ini. Pesan JP, kalau nak membeli, bank in kan saja duitnya ke Maybank accountnya sebanyak RM20.

Maka, pada 6 Mei yang lalu, saya pun memasukkan sejumlah wang yang diperlukan ke akaun beliau untuk tujuan pembelian. Menariknya, En. JP sangat mempercayai pembeli akan memasukkan duit, tanpa meminta pun resit sebagai bukti. Saya salute kepercayaan beliau. Namun, saya nak tunjuk juga resitnya untuk memuaskan hati saya (bukan hati dia!).



Agak lama juga lah saya menunggu buku yang diorder. Nak bertanya kerap kepada beliau, saya segan - karang dibilang tak reti bahasa pula (biasa, selalu terasa sendiri). Kemudian, petang semalam, 14 Mei 2008, saya menerima sampul ini di kotak surat saya. Comel tulisannya, dan saya sudah mengagak siapa yang mengirimkannya. Tekaan saya betul, buku Gangguan Teksual sudah selamat saya terima. Terima kasih En. JP!


Autograph En. JP


Bila dibuka halaman awal buku ini, terpampang autograph En. JP. Lagi lah gembira. Terasa begitu bermakna .. hehe (En. JP, perasaan ini memang ikhlas!). Petang, selepas pulang ke rumah, terus saya baca buku ini. Walaupun ada sesetengah entri telah saya baca dalam blog-blog tuan empunya kompilasi ini, saya tetap menyukainya. Ingat lagi kata-kata Shahrom TM Sulaiman yang telah saya petik daripadanya bukunya itu?

Sepanjang pembacaan semalam, terkekeh-kekeh saya ketawa seorang diri. Ada masa-masanya pula, saya ternganga kagum dan ada kala melongo buntu memikirkan apa yang bloggers ini tulis. Perbuatan saya itu rupanya menangkap perhatian Kak Marina yang sedang bertungkus lumus memeriksa skrip jawapan peperiksaan pelajar, dan tengah saya sedang asyik mengulit buku itu, disergahnya saya: "Hoi, apa tu baca? Sampai begitu sekali ternganga?"

Potong stim betullah dia ni!

Saya sebenarnya tidak begitu memahami apakah maksud Gangguan Teksual itu - ia boleh saja bermaksud teks yang memalukan (?) atau sesuatu yang ditulis untuk memalukan orang lain (?). Namun, menurut kefahaman saya, Gangguan Teksual merupakan himpunan teks-teks yang ditulis sebagai pengakuan sesuatu yang memalukan diri sendiri dan pemberitahuan mengenai perkara-perkara yang memalukan yang dilakukan oleh orang lain. Mana tidaknya, lihat saja entri MAKNA dan MENGURAT, bukankah itu penulis mengaku dia melakukan perkara yang memalukan diri sendiri? Dan baca pula entri mengenai CPU vs. CPR dan Terdesak. Mana saya tidak menganga dan melongo dibuatnya?

Begitu juga entri yang membuatkan kita menilai perasaan sendiri - seperti entri Kalau Cikgu itu Patung Lilin dan Aku, Dia dan Tuhan.

Saya bersetuju sangat dengan tajuk kompilasi ini ... memang satu gangguan. Namun, kalau gangguan itu boleh membuatkan kita terkesan (tak kira dalam apa bentuk kesannya pun), saya mahu diganggu sentiasa - teksuali, maksud saya!

7 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Terima kasih atas sokongan.

Pishaposh said...

En. JP,

Benda baik memang saya sokong!

cik puan daun said...

Siapa yang beli GT adalah cool!

Tabik!

Anonymous said...

Kali ni baru saya perasan betul-betul kulit Gangguan Teksual ni, ada imej lipas. Weee... saya takut dengan lipas... Kalau beli, mesti saya kena balut kulitnya.

Anonymous said...

Cik Daun:
Ya, dan saya adalah seorang yang 'sejuk'!

Najibah:
Ayo, takut lipas? Tengok gambar pun geli ke? Hmmm .... balut, jangan tak balut ... Teringat cerita hadiah katak Ali Setan kepada Asmidar ... hehehe!

en_me said...

wah, me nak beli buku itteww laar.. camaner yer?

Anonymous said...

en_me:

Saya beli melalui En. Jowopinter ... cuba check di http://gangguan.blogspot.com/

kalau masih ada ...

Semoga berjaya.

Terima kasih atas kunjungan anda.