Adakah anda pendengar yang baik?
Saya rasa saya adalah antara pendengar yang baik. Konsep pendengar yang baik bagi saya adalah, mampu mendengar setiap penyampaian, mampu berinteraksi dengan penyampai penyampaian dan mampu memberi respon setiap kali diperlukan (respon terjadi dalam pelbagai bentuk sama ada menjawab pertanyaan atau boleh juga berdiam diri tanda menyokong atau memprotes emosi pencerita).
Kemahiran menjadi pendengar yang baik menjadi sangat penting sekiranya anda perlu berhubung dengan orang ramai. Konflik terjadi apabila kita hanya mahu orang mendengar apa yang kita bicara, tanpa kita mahu mendengar apa yang orang lain rasa. Komunikasi yang berkesan terjadi apabila terdapat interaksi dua hala antara penyampai dan penerima. Ah, anda semua pasti tahu hal ini, kan?
Kenapa saya bicara soal pendengar yang baik?
Tiada sebab sebenarnya. Cuma, mahu memberitahu bahawa pendengar yang baik, tidak semestinya menjadi pencerita yang baik. Saya adalah antara orangnya.
Saya selalu dikelilingi kawan-kawan yang pandai bercerita - maksudnya, bercerita dengan teratur, suara teralun mengikut situasi dan tidak monotonous. Namun, apabila tiba giliran saya bercerita, saya jadi sangat kelam kabut. Saya jadi teruja untuk cerita semua perkara dalam satu masa, dan akhir sekali, cerita saya jadi tidak lengkap. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi pendengar daripada penyampai - dan kesannya, saya ada banyak cerita yang telah dan pernah saya dengar untuk saya jadikan modal untuk bercerita.
Namun, kerana saya bukan narator yang baik, saya berusaha menjadi seorang penulis, kerana penceritaan secara penulisan lebih membuatkan cerita saya jadi tenang.
Anda rasa, anda faham apa yang saya sampaikan? Kalau belum faham, nampaknya, saya harus saja kekal sebagai pendengar yang baik .. Hmmm ...

7 comments:
as salam,
pandangan anda menarik! saya tabik! penulis biasanya pendengar yang baik kerana mereka akan menulis berdasarkan apa yang mereka lihat, dengar dan rasai..
sudikan ke blog saya, norafuad..
Cik / Puan Norafuad,
Ya, seharusnya penulis berkarektor begitu kalau dia mahu menjadi penulis mapan. Saya kira, perjalanan saya ke arah itu masih jauh...
Terima kasih kerana berkunjung ke sini. TUnggu lawatan balas saya, ye.
The boy picture upon the internet pages seems Cute!
Faublous,Blessing yours!
happy!
Assalamualaikum warahmatullah,
Cik Fisha Yang dihormati,
Semoga dirahmati Allah selalu..
Terlebih dahulu, terima kasih tidak terhingga di atas komen panjang lebar serta 'promosi' secara tidak langsung buku-buku saya.."Seindah Dafodil" dan "Seungu Lavendar".
Saya pasti Cik Fisha juga bercita-cita mahu menjadi penulis...
Tuliskan sahaja apa yang Cik Fisha alami..terus dari hati...sesuatu yang datang terus dari hati akan dapat membekas id hati pembaca..
Dan selalu-selalulah bawakan buku catatan (personal journal) apabila perpergian, ya? Buatkanlah catatan apabila ke mana-mana...apa yang mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa kita dapat hidu, yang menyentuh hati dan dapat kita rasa...untuk dikongsi bersama pada suatu ketika nanti dengan pembaca...
Selamat Maju Jaya!
Moga Allah terus berkati segala usaha..Amin
Wasalam..
Dr. Umi Kalthum Ngah
PS. Saya google secara 'seronok-seronok' dan terjumpa blog ini..hi! hi! Terima kasih daun keladi...
Wsalam,
Wah, bangganya saya ... Dr. Umi menziarahi saya! Terima kasih.
Ya, pesanan yang sangat berguna. InsyaAllah, akan saya gunakan bila tiba waktu dan kesempatan. Masih belajar bagaimana mahu menyusun perkara-perkara yang bersepah-sepah dalam kepala otak, di buku catatan dan di PC.
Buku catatan memang sentiasa saya bawa .. cumanya kdg2 bila dah byk catatan, bila dibaca rasa keliru sahaja ... tapi, tak apa .. itukan cabaran?
Kalau ada buku baru jgn lupa bagitahu saya ya, Doc?
P/s: Tak pe .. saya pun kdg2 google nama sendiri .. hehe .. u're not alone :p
Assalamualaikum warahmatullah,
Cik Fisha,
Bagus begitu...
Banyakkan membaca karya yang berbahasa indah (ini pesanan Puan SifuPTS)..otak kita anugerah Allah..seperti span (sponge) meresap masuk segala perkataan. Nanti pabila tiba waktu kita mahu menulis, otak kita akan menyusun ayat-ayat secara tersendiri mengikut gaya bahasa kita yang tersendiri. Kerana gaya penulisan seseorang itu adalah unik, seperti cap jari, seperti DNA...oleh itu perlu selalu berlatih..asah selalu 'pisau' menulis itu...
Jika berkesempatan, marilah ikuti bengkel penulisan yang saya anjurkan dari masa ke semasa...(beri emel kepada umi_kalth@yahoo.com)
Oh ya! buku terbaru saya bertajuk Puteri Salsabila..sebuah cubaan karya gaya dan lenggok bahasa lama..menyahut seruan Puan Ainon menulis karya semi-klasik yang tidak lagi memperbodohkan minda bangsa seperti contohnya, Lebai Malang (mempersendakan ulama), Bawang Putih Bawang Merah (sifat buruk si ibu tiri sepatutnya adalah seorang yang baik hati dapat anak orang lain menumpang kasih)..Sleeping Beauty (puteri cantik tetapi tidak cerdik, tidur 'semedang'..celik mata dapat kahwin dengan anak raja kaya raya..) dan menggantikan kisah-kisah klasik itu dengan kisah menanamkan nilai-nilai murni..jikapun tidak popular sekarang..maka 50 atau 100 tahun yang akan datang(bacalah dalam entri di blog saya,ya?)..Insya Allah...
Ceria selalu!
:-D
Dr. Umi,
Ya, membaca karya yang disulami dengan bahasa yang cantik dan menarik memang menjadi praktis saya selama ini ... dan InsyaAllah akan diteruskan begitu.
Bengkel Dr. Umi kedengaran menarik ... namun tak pasti boleh ikut ke tidak. Nanti saya tengok kelapangan diri. Apapun, saya berbesar hati dengan pelawaan ini.
Pasal buku baru, saya akan cuba cari nanti. Cubaan yang baik saya kira - menvariasikan bentuk penulisan. Tahniah Doc!
Maaf - saya masih belum boleh membaca secara tuntas apa yang ada di blog doc ... nanti saya pergi ya ...
Have a nice day!
Post a Comment