Isu Pulau Batu Putih sudah selesai.
Verdict: Malaysia kalah dan kehilangan.
“Win-win situation” kata Menteri Luar. Saya tidak mahu bicara tentang hakikat itu. Cuma, yang menarik perhatian saya di sini, adalah mengenai artikel yang disiarkan di akhbar Berita Harian (Sabtu, 24 Mei 08). Penulis memperihalkan mengenai usaha Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa Pulau Batu Putih adalah milik kita.
Antaranya:
Verdict: Malaysia kalah dan kehilangan.
“Win-win situation” kata Menteri Luar. Saya tidak mahu bicara tentang hakikat itu. Cuma, yang menarik perhatian saya di sini, adalah mengenai artikel yang disiarkan di akhbar Berita Harian (Sabtu, 24 Mei 08). Penulis memperihalkan mengenai usaha Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa Pulau Batu Putih adalah milik kita.
Antaranya:
... Malaysia dikatakan gagal mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan kedaulatan Johor ke atas Pulau Batu Puteh. Kegagalan Malaysia dalam mengemukakan surat meminta kebenaran daripada pihak British kepada kerajaan Johor juga dibangkitkan oleh Singapura dalam hujah mereka ...
... Singapura juga mengemukakan bukti bagi menunjukkan kuasa pentadbiran dan undang-undangnya di Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya melalui pelbagai aktiviti seperti kawalan akses dan lawatan ke Pulau Batu Puteh ...
Dua perenggan ini secara jelas menunjukkan kegagalan pihak Malaysia mendokumentasikan bahan bukti secara berkesan. Ada juga khabar angin menyatakan bahawa Malaysia menggunakan gambar palsu untuk menunjukkan bahawa lokasi pulau itu sangat hampir dengan kita. (Saya tak pasti sejauh mana kebenaran itu. Kalau betul, itu sangat memalukan!)
Saya dan Kak Marina pernah berbincang tentang aktiviti pendokumentasian di kalangan masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Kami sampai pada satu kesimpulan bahawa disebabkan kita ini lebih suka bercerita secara lisan, aspek pendokumentasian kita agak lemah. Kalau ada pun, masih banyak perkara yang boleh disanggah. Tidak seperti bangsa asing, yang giat merekodkan setiap perkara yang berlaku di dalam hidup mereka. Paling ketara sebagai contoh, sekiranya mereka ditanya mengenai riwayat leluhur mereka, mereka pasti boleh bercerita hingga ke asal keturunan mereka. Kerana apa? Kerana sistem pendokumentasian yang lengkap. Kita pula? Jangankan sejarah leluhur, cerita moyang selepas datuk dan nenek pun kita tak mampu nak cerita. Silap haribulan, adik beradik seibu sebapa pun kita lupa!
Kami juga tak faham kenapa bahan bukti seperti surat meminta kebenaran daripada pihak British kepada kerajaan Johor gagal disimpan dengan baik oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab? Dan, kami tertanya sama ada boleh atau tidak kami menyalahkan Arkib Negara dalam hal ini?
Jawapannya: Ya, mereka salah! (Pendapat kami sahaja).
Antara kewajaran jawapan itu:
* Bukankah Arkib Negara patut sekurang-kurangnya menyimpan dokumen salinan perjanjian yang pernah termaktub di semua negeri di Malaysia ini?
* Apa sahaja orang-orang di Arkib tu buat? Menjadi sebahagian daripada artifak kah?
Menuduh memang mudah. Namun dalam hal ini, kami memberikan beban bukti kepada Arkib Negara untuk membuktikan bahawa tuduhan / pertanyaan kami adalah salah. Rasanya kali terakhir saya mendengar sesuatu mengenai Arkib Negara ialah di zaman Datuk Zakiah Hanum mengetuainya. Selepas itu, arkib diam menjadi arkib dalam erti kata sebenarnya.
Memetik kata-kata pakar sejarah daripada UKM, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud bahawa keseluruhan isu Pulau Batu Putih ini adalah rahmat yang tersembunyi. Saya pula melihat seruan ini adalah untuk Arkib Negara. Mulakan dan giatkanlah aktiviti pendokumentaisan sejarah dunia Melayu dan bumi Malaysia ini dengan lebih lagi. Jangan biarkan keculasan kita mendokumentasikan bukti, kita bakal kehilangan yang sepatutnya kita miliki. Usahakan mencari apa yang perlu dan jangan lokek berbelanja untuk mendapatkan apa yang sepatunya milik kita.
Memang kadang-kadang sejarah menjadi tidak lebih daripada nilai sentimental. Namun, apabila terjadi kes-kes begini, bukankah nilai sentimental juga yang kita tangiskan dengan penuh penyesalan?
Jangan nanti, kita akhirnya seperti dialog Mak Dara dengan Kassim Selamat:
"Kenapa kau menangis di sini?" setelah segala apa yang kau lakukan!
Renung-renungkan, dan selamat beramal - PM Izi Hj. Ali
2 comments:
Saya sangat sedih dengan kekalahan Batu Putih walaupun sudah menjangka keputusan berdasarkan pemerhatian saya mendalam dalam kes ini. Bukan soal tidak patriotik pada negara tetapi gara-gara kecuaian kita dengan 'surat bodoh' itu saya katakan kita tewas dengan keadaan sunggu memalukan bagi saya. ICJ tidak melihat doktrin undang-undang antarabangsa berkaitan dengan 'title to territory' tetapi hanya surat itu sahaja!
Aduh, betapa lemah pendokumentasi kita rupanya, patutlah hingga terpaksa merujuk pada British Library dan Leiden University Library untuk mencari pelbagai sumber dan surat-surat. Adakah kerajaan kita mahu mencari atau membawa kembali surat-surat lama dan berharga itu?
Saya tiada jawapan dan hanya mengharap sahaja ia terjadi...
Itulah ... kalau lepas ni kerajaan masih tak reti2 nak ambik pengajaran daripada apa yang telah berlaku ni ... tak tahulah apa nak kata ...
banyak lagi isu tuntutan yang tak selesai ...
Saya rasa, kadang-kadang ADR cara diplomacy ni sudah tak relevan ... I vote for Machiavellianism!! Wohooo!!
Post a Comment