November dan awal Disember 2009 ini sudah dua kali saya terpaksa berpindah kerana banjir. Tapi, tidaklah sampai ke Pusat Pemulihan Banjir. Cuma ke rumah seorang teman di tempat yang tidak terkesan dengan banjir.
Sampai ke hari ini, masih belum boleh pulang ke rumah kerana jalannya masih ditenggelami air yang sudah pasti 'sport car' saya tidak akan mampu mengharunginya.
Entri ini bukan mahu bercerita mengenai banjir, namun mahu mencatat sedikit aktiviti pembacaan saya.
Bila sudah menumpang di rumah orang, banyaklah perkara biasa yang tidak boleh saya lakukan - seperti berfacebooking dan blog hopping. Maka, terpaksalah bertukar kepada aktiviti yang lebih konvensional - baca buku. Sebelum banjir, saya sempat membeli 2 novel. Fikir saya, saya mahukan sesuatu bacaan yang menenangkan selepas habis menyelesaikan semua urusan peperiksaan. Tapi, rupanya novel-novel itu menjadi peneman untuk tempoh masa yang agak lama.
[Dan, dalam entri ini juga, saya tidak rasa mahu mengulas panjang novel-novel yang saya lunaskan itu ...]
Sampai ke hari ini, masih belum boleh pulang ke rumah kerana jalannya masih ditenggelami air yang sudah pasti 'sport car' saya tidak akan mampu mengharunginya.
Entri ini bukan mahu bercerita mengenai banjir, namun mahu mencatat sedikit aktiviti pembacaan saya.
Bila sudah menumpang di rumah orang, banyaklah perkara biasa yang tidak boleh saya lakukan - seperti berfacebooking dan blog hopping. Maka, terpaksalah bertukar kepada aktiviti yang lebih konvensional - baca buku. Sebelum banjir, saya sempat membeli 2 novel. Fikir saya, saya mahukan sesuatu bacaan yang menenangkan selepas habis menyelesaikan semua urusan peperiksaan. Tapi, rupanya novel-novel itu menjadi peneman untuk tempoh masa yang agak lama.
[Dan, dalam entri ini juga, saya tidak rasa mahu mengulas panjang novel-novel yang saya lunaskan itu ...]
Sebelum paper saya masuk, saya telah menghabiskan Menunggu Cinta Ilahi, karya Lily Haslina. Saya terpaut untuk membacanya kerana terpengaruh dengan review yang positif dari pembaca-pembaca lain. Lagi pula, saya sentiasa menyenangi karya Lily sedari dia berkarya di Dewan Siswa (sejujurnya, saya rasa, angkatan penulis MPR zaman awal 90an, sangat mengagumkan! Itu cerita lainlah puak ..). Walau saya senang membacanya, saya mengambil masa hampir 2 minggu untuk menghabiskannya. Sebab cliche - mak busy nyah! Nanti saya tuliskan penilaian saya.
Kemudian, tengkujuh gelombang kedua dan ketiga datang melanda.
Kemudian, tengkujuh gelombang kedua dan ketiga datang melanda.
Saya bermula dengan Memoir Seorang Guru garapan sasterawan Azizi Hj. Abdullah. Telah lama saya mencari novel ini. Nak pesan secara online saya rasa tak berbaloi sangat kerana harganya cuma RM13. Tambah dengan kos penghantaran lagi ... [ya, saya kadang-kadang kupik walaupun selalunya saya tidak kisah berbelanja untuk bahan bacaan saya]. Dan, semasa keluar bersarapan di pagi hari minggu ketika tengkujuh masih di peringkat mula, saya menemuinya di rak paling bawah di sebuah kedai alat tulis. Saya terus membelinya. Dan, saya hanya habis membacanya seminggu yang lalu [+ tarikh beli, buku yang relatifnya nipis ini mengambil masa leibh kurang 2 minggu! Ish .. ish .. ish ...] - dan ini pun saya ulas kemudian lah, ya?
Bersama Memoir Seorang Guru, saya turut membeli 'novel suka-suki' [ngehehee] - Yang Sebenarnya karya Aisya Sofea. Kenapa suka-suki? Kerana, saya membacanya untuk mencetus angan-angan, berperasaan yang bukan-bukan dan pendek kata ... bersuka-sukaan lah ... Maka, jadilah ia 'novel suka-suki' ... Sama ada saya akan masukkan reviewnya di sini atau tidak, belumlah saya putuskan lagi. Tapi, selalunya, novel suka-suki, saya tidak buat reviewnya.
Walaupun novel suka-suki, saya masih tetap memilih penulis tertentu. Aisya Sofea antaranya. Saya memang menyukai hampir semua garapannya. Paling membuai rasa tentulah Jendela Hati. Sampai ke hari ini masih teringat-ingat watak-wataknya meskipun ingatan sedikit compang-camping.
Yang Sebenarnya saya tamatkan malam tadi.
OK, itu sahaja yang saya nak tuliskan buat kali ini.
Hujan sudah berhenti. Udara juga masih dingin. Saya tiada mood untuk buat kerja. Perlu stimulasi. Moga selepas ini, segalanya boleh saya beresi!
Selamat hari Khamis!
P/s: Bonus - gambar pemandangan sekitar banjir dan cuaca hari ini untuk anda semua.
7 comments:
as salam,
selamat berpindah randah.. he he.. apa nak buatkan..panas diperlukan,seperti juga hujan..
kadangkala rasa pelik juga,ada kawan di blog bila berjumpa terasa mesra,ada kawan di depan muka pun,tidak ada magnetnya..
harap dapat bertemu anda juga satu masa nanti...
p/s pisha kenalkan dengan saudara hadi,actually frens to my dad,kira kamcing juga..kalau kekl, dialah yang bapa saya cari..
kak nora
and fisha,satu saja masalahnya, buku saya bila pula nak baca, he he...
Aha ... Kak Nora (hehehe) ...
"kadangkala rasa pelik juga,ada kawan di blog bila berjumpa terasa mesra,ada kawan di depan muka pun,tidak ada magnetnya.. harap dapat bertemu anda juga satu masa nanti..."
Itulah 'keanehan' internet ini. Dan, saya rasa, kuncinya, kerana yang selalu bertemu muka itu makin hari makin mudah ditelah. Mudah ditelah, maknanya cepat menjemukan .. perlu sesuatu yang baru dan segar ... agaknya lah kan?
Sdr Hadi tu saya tak kenal, tapi saya suka baca tulisannya di Gila-Gila sekitar tahun 80an dulu. Dia datang ke blog saya, dan berbesar hati link saya di blognya. Itu juga keanehan, kan?
Buku Kak Nora? Sat ... pas ni saya nak pi cari la ni ... Year End Sale kan now ... or, is it possible for me to get let say .. ehemm ... complimentary copy from the author? Heheheh ... peace!
Tak takut ke kalau buku kak Nora masuk kategori novel suka-suki sahaja? Saya tak review tau novel suka-suki ...
Ya, saya juga berharap untuk bertemu Kak Nora. InsyaAllah!
Terima kasih ya .. kunjungan waktu hujan2 begini :)
as salam fisha,
kebetulan, ulasan buku i kat B.Harian 4.12.2009.. he he
as salam, baru baca semula dan fahamkan apa maksud buku suka suki... I tam minta u ulas pun, suruh baca je.. kira promote suruh belilah tu..
he he
Kak Nora:
1. Saya dah tgk review kat paper tu.
2. Saya dah beli buku tu kat Kinokuniya.
3. Saya baru buka balutannya.
4. Tapi, saya belum baca lagi.
Nanti ye ...
he he.. terima kasih daun keladi..
Post a Comment