Tuesday, December 29, 2009

Teater Natrah: Cerita II

2 minggu yang lalu, semasa dalam perjalanan ke Shah Alam dengan bas (sebuah syarikat yang pernah accident di highway, tapi bukan Sani Ekspress!), saya menghabiskan masa dengan membaca banyak perkara seperti ingeredient roti dan air kotak, poster dan sticker di cermin bas, buku cerita dan akhirnya akhbar, Berita Minggu.

Bila membuka akhbar sisipan (Bi-Pop), mata saya tertancap pada tulisan seseorang – Khalid Salleh. Saya agak, dia mungkin Khalid yang selalu menjadi pelakon teater itu. Saya jadi ter’prihatin’ kerana tulisan itu mengulas mengenai teater Natrah di IB itu.

Dengan menggunakan tajuk “Natrah: Apa yang dilihat oleh Erma Fatima?”, saya membaca dengan pantas apa yang dikemukan oleh penulis ini. Muka saya mula berkerut, kening bertaut dan saya mula memuncung mulut. Kenapa?

Inilah sebabnya …

Pertama:
Dalam konteks Natrah, Erma Fatima bertindak sebaliknya. Tanggungjawab pengarah digunakan untuk menggerakkan misi ‘mengKristiankan’ Natrah atau nama asalnya Bertha Hertogh yang berbangsa Belanda. Imej Kristian terlalu menyerlah dan menonjol pada detik-detik penghujung persembahan dengan penampilan pintu yang gagah kukuh terbuka mengalu-alukan Natrah memasuki gereja yang terpasung patung Jesus pada tiang salib. Malah adegan sebelumnya Natrah dikelilingi rahib perempuan (Nun) selain imej patung St. Mary.


Apa yang saya fahami dari perenggan ini, Khalid menyalahkan Erma kerana mengangkat “Misi mengkristiankan Natrah” menjadi satu scene di dalam teater ini (walhal, mungkin bagi Khalid, banyak lagi perkara-perkara yang significant daripada hal ini).

Panggillah saya seorang penonton yang ignorant, tetapi apabila saya pergi menonton, saya tidak meninggalkan akal saya di luar pintu IB. Saya tidak merasakan apabila scene itu dihidupkan, ia merupakan satu perkara yang salah. Itu hanya penceritaan yang diadun dari realiti dan dicampur sedikit nilai dramatik dan artistik. Misi mengkristiankan Natrah? Bukankah itu sebenarnya yang terjadi? Kalau teater ini hanya menonjolkan kronologi, apakah ada kronologi yang perlu dikesampingkan? Dan, andai scene itu dibuang, adakah ia akan menukarkan fakta bahawa Natrah tidak dikristiankan semula? Saya pening! This such an insult to my intelligence!




Kedua:
Sutradara atau pengarah dalam konteks seni kreatif adalah pemangkin ke arah sebuah gagasan pemikiran yang mengandung pengertian muhasabah diri selain mengangkat sesebuah persoalan dan titik penyelesaiannya. Ertinya nilai pengarahan harus mengaplikasikan elemen kebenaran yang bersandarkan harga kedaulatan masyarakat setempat di samping mendukung persepsi ke arah amal maaruf nahi mungkar.

Teater bukan pentas permainan semata-mata. Ia adalah kebenaran manusia mengenalkan erti kebaikan dan keburukan. Definisi teater ialah lakon. Lakon adalah lakonan semula dari kehidupan sebenar. Nilai kebenaran pentas bukan mendokumentasikan apa yang pernah atau sudah terjadi. Ia berperanan memberi penghakiman tentang apa dan siapa yang membelakangkan nilai-nilai sejagat.

Saya membaca perenggan ini dengan perasaan yang berbeza terutamanya pada ayat “Ertinya nilai pengarahan harus mengaplikasikan elemen kebenaran yang bersandarkan harga kedaulatan masyarakat setempat di samping mendukung persepsi ke arah amal maaruf nahi mungkar.”


Pada saya, ayat ini sangat bertentangan dengan apa yang dinyatakan di awal tadi. Mungkin Khalid mahukan seluruh naskhah ini terus-terusan mengajak penonton berusaha segigih mungkin dalam mencari kebaikan-kebaikan dan pengajaran. Maaf Khalid, kadang-kadang bila menonton, saya tidak kisah sangat apa pengajaran cerita itu. Itu hanya bonus. Saya tidak peduli. Saya pergi menonton, kerana saya tertarik pada ceritanya, bukan motif atau maksud yang mahu disampaikan oleh pengarah! Jangan membimbing saya untuk bertindak begini untuk scene ini, dan begitu untuk scene itu. Saya mahu berfikir sendiri.



Ketiga:
Peranan Erma menggerakkan teater Natrah sehingga ke saat Natrah menjadi Kristian selepas lapan tahun bergaul dengan kehidupan Islam bersama ibu angkatnya Aminah, adalah naratif yang sengaja dibangun untuk mendukung pemikiran ke arah betapa kuat dan agungnya agama Kristian. Sebab itu imej masjid hanya ditampilkan oleh Erma dalam bentuk slide di cyclorama berbanding imej Kristian yang megah dan gagah dari segi penampilan setnya.

Saya sangat tidak bersetuju kerana saya tidak melihat begitu. Maaf!


Keempat:


Dalam pengertian lain Erma tidak sensitif langsung mengenai nilai Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Apakah ia memang tidak disedari oleh pengurusan Istana Budaya (IB) sendiri?

Boleh saya ketawa dengan ayat-ayat ini? Hahahahaha!



Akhirnya …. Kata Khalid:
Maka tanda tanya yang merimaskan ialah: Apa yang dilihat Erma dari sejarah Natrah? Puas barangkali mempamer set yang gah dengan pintu yang kukuh serta artistik di mana lambang Kristian melimpahkan cahaya menuju ke palang salib sebagaimana dikatakan Esa anak Mariam terpasung di situ. Itukah kebenaran kerja Erma termasuk IB selaku pendukung wawasan budaya seni pentas yang diwarwarkan bertaraf dunia? Masya-Allah.
Saya biarkan perenggan ini untuk anda respon.





Satu persoalan / cadangan dari saya untuk Encik Khalid:

Cuba anda arahkan teater ini kembali menurut pentafsiran anda sebagai counter attack apa yang telah dilakukan oleh Erma. Saya juga berminat untuk menontonnya. Mungkin saat ini saya mempunyai bias terhadap apa yang anda tulis kerana saya menyukai teater ini.


Selamat Tahun Baru!


7 comments:

Isma Ae Mohamad said...

Suka baca entri ini.

Mungkin Khalid antara orang Melayu(seperti yang lain-lain) agak gelisah dengan lambang Kristian dibesar-besarkan.Dan kakak, yang saya agak mungkin antara segelintir orang Melayu boleh menerima akan hal itu.

Saya teringat pada kawan Melayu saya yang kurang senang dengan Saint John Ambulan.

Pishaposh said...

Isma:

Terima kasih kalau suka.

Kadang2 kita ni paranoid yang bukan2 ... tu yang begitu jadinya ... namun, kalau tak ada rasa langsung pun, tak betul lah juga ...

Macam isu penggunaan kalimah ALLAH sekarang ni ...

Alin Ahmad said...

fisha : totally agreed w u beb! macam u kata malam tu, teater adalah hiburan bangsawan..sehinggakan nak masuk IB pun berpakaian kemas.pastinya sesiapa yg memilih untuk menonton teater adalah penonton yg bole berfikir secara logik.

Wahai En Khalid, Natrah adalah fakta..fakta sejarah yang kita terpaksa terima walau kita rasa tak wajar.

cuma mungkin i bole share kat sini, katalah kes Natrah berulang kembali.. kita bole gunakan "intended Matrimonial Home test" untuk menunjukkan Mansor Adabi benar2 mahu bermastautin di Singapura kerana beliau meninggalkan kelantan untuk mengajar di sana. Dan Natrah yg berkahwin di bawah Mohamedan Law, adalah tertakluk kepada salah satu "matrimonial home" suami atau isteri.

Selamat Tahun Baru jugak!

Pishaposh said...

Alin:
Sebab den tau ko buat mock trial pasal kes ni, maka, I rest my case ... hehehe.

Peace!

shariza said...

Fisha,

Rasanya tak patut Eirma dihentam sebegitu. Cubalah baca buku Natrah yg telah ada di pasaran. Rasanya lepas baca buku tu, mungkin org2 yg suka menghentam akan faham selok belok cerita Natrah ini.

Eija teruja sangat baca buku Natrah kerana Eija dah start kenal Natrah melalui majalah Dewan Masyarakat yg Ayah eija beli tiap bulan.Samapikan teater Natrah pun sanggup gi without my Hubby.

Dah beli ka belum bukunya sis?

Pishaposh said...

Eija:
Khalid mungkin memandang dari sudut pengkarya teater ... and I don't think that he not aware about the whole story. Mungkin tafsirannya dan kehendaknya pada karya Erma menyebabkan dia cakap macam tu ...

Pasal buku, belum beli lagi. Hari tu masa pi tgk teater tak dan nak beli ... sibuk dok bergambar ... Kena cari satu ni ...

shariza said...

Fisha: Buku ni dah dijual di MPH. Eija adalah org yg ke4 beli buku ni...