Sejak saya dilanda keghairahan menulis blog, sedar tak sedar, saya ada empat blog. Kesemuanya berkisar pada perkara yang berbeza. Dan, sedar tak sedar juga, blog-blog itu menarik kelompok pembaca tertentu.
Apabila menerima respon daripada pengunjung, ia membuatkan saya terfikir - "betapalah orang lain melihat keistimewaan dalam diri kita, tapi kita masih menolak untuk menggunakan keistimewaan itu."
Apa yang saya merepek ni?
Dalam satu blog saya yang berkisar mengenai kerjaya saya, saya tidak menyangka ia akan memberi satu kesan kepada orang lain (in fact, banyak benda yang saya lakukan, tak pernah saya rasakan akan ada yang terkesan kepada orang lain). Oleh sebab itu, saya merasa pelik dan lucu bila saya mendapat remark seperti, "terima kasih kerana menulis begini. Anda memberi inspirasi kepada saya" atau "Anda tidak tahu yang beberapa perkara yang anda lakukan membolehkan saya berada pada tahap ini".
Oh, bukanlah saya tidak terkesan dengan remark begitu, tapi sampai pada satu tahap, ia menyebabkan saya berkata pada diri, "haih, betul ke I'm that good?".
Sikap untuk sukar percaya dengan kebolehan diri ini sebenarnya sudah terlalu lama terjadi dalam diri saya. Walaupun orang lain memberitahu yang saya ini mampu melakukan, saya masih tidak berupaya meyakinkan diri sendiri. Dengan kata lain - saya yang menolak untuk membenarkan kecemerlangan berlaku pada diri saya.
Kerana apa?
Mungkin kerana kita merasakan we'll never be good enough?
Mungkin kerana kita akan beranggapan bahawa apa yang kita hasilkan nanti akan ditempelak orang lain?
Atau, mungkin kita memang begitu?
Bila ada pengunjung blog yang mencadangkan agar saya membukukan penulisan saya, saya tertarik dengan idea itu. Namun, skeptikal saya juga inifiniti sifatnya. Mungkin ini ada kaitan dengan pandangan saya terhadap orang lain juga (semestinya saya ada judgment yang bias dan negatif. Saya manusia biasa). Lagi pula, what comes around, goes around ...
Tahun baru masih baru lagi. Belum terlambat untuk menukar orientasi pemikiran.
Terbitkan buku? Hmmmm ...
Haih!

2 comments:
Haha akhirnya akak Fisha termakan jua 'hasutan kejiku' :p
apa lagi...mehla jd book co-author hikhikhik :p
Ikmal:
Apa sangat le hasutan kejimu itu ... x terasa pun.
Itu sekadar nak bg dirimu rasa senang je .. hehehe :evil :evil
Post a Comment