Friday, January 16, 2009

"Sahaja aku menulis kerana Allah SWT"



Hari ini saya berkesempatan menghadiri satu kursus penulisan kreatif bersama kumpulan penulis utara - Rejab FI, Hj. Ismail Restu, Jamaluddin D, Dr. Osman Ayob dan Datuk Abdul Halim "R" (orang-orang 'kampung' saya :p). Tapi, entri ini tidaklah mahu bercerita mengenai mereka.

Apabila mendengar lecture mengenai Membudayakan Aktiviti Penulisan Sebagai Ibadah oleh PM Dr. Ghafarullahhuddin Hj. Din (Koordinator Karya Islam UPENA UiTM Malaysia serta pensyarah CITU), saya terkenang perbualan saya dengan seorang sahabat.

Saya mengkagumi sahabat ini kerana beliau adalah seorang yang sangat rajin melakukan penyelidikan (tanpa mengabaikan aspek tugasan hakiki beliau). Pada beliau, penyelidikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan melengkapkan hidupnya. Segalanya terasa mudah sahaja bagi beliau - tidak seperti saya, nak mencari problem statement pun tak lepas lagi, apa lagi membicarakan soal metodologi! Urgh ... research menyusahkan!. Dan dia sampai membandingkan sekiranya dia disuruh mengambil ujian memandu, dia lebih rela melakukan research daripada berbuat demikian (gila! dan beliau memang tiada lesen memandu!).

Pada ketika saya menemubual beliau untuk mendapatkan bahan bagi kajian sebab-sebab pensyarah UiTMT menulis dan tidak menulis, beliau memberikan saya satu jawapan yang membuatkan saya rasa libang-libu. Tak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan itu. Dan, perasaan itu masih sama pada setiap kali saya memikirkannya.

Soalan saya: Mengapa anda menulis?

Jawapan beliau:
"Saya ni tak berkahwin dan mungkin ini saja bekal saya di akhirat esok. Anak yang soleh mungkin tidak ada (tapi tak mustahil boleh berlaku, InsyaAllah), amal ibadat pun tak seberapa. Maka, research boleh menjadi suatu ilmu yang bermanfaat - saya kira, kalau banyak saya menyumbang kepada body of knowledge melalui research saya, moga Allah akan menganggap inilah bekalan untuk saya. Bukankah Nabi SAW dah berpesan - apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segalanya daripada urusan dunia melainkan tiga perkara: doa anak yang soleh, amal sadaqah, serta ilmu yang bermanfaat. (pengertiannya kepada saya)

Saya terpaku kepada jawapan itu. Ya, saya pernah mendapat bermacam jawapan - bermula menulis kerana suka-suka, hinggalah menulis untuk meng'impres'. Tapi jawapan nan satu itu, membuatkan saya sangat terharu.

Nasib dia dan saya tak banyak beza - belum diizinkan Allah berumahtangga. Andai ditakdir maut menjemput sebelum usai menggapai cita dan cinta itu, apa hal jadinya?

Berapa banyak ilmu yang bermanfaat yang telah saya berikan kepada orang lain?

Saya perlu menukar cara fikir!

Status: Saya masih mencari-cari pembayang pantun saya yang merupakan homework dalam program di atas itu!

6 comments:

cikgu ilmu hukum said...

Menulis untuk kebaikan umat bukan mengimpreskan diri, azimat yg tepat untuk diriku yg asyik dok pikir menulis ni glamer, leh masuk tv blablabla lagi..aduss...

yg penting teruskan menulis.

Roza said...

Assalamualaikum Fisha Fawwaz,

Menuntut ilmu juga sebahagian daripada ibadat jika diniatkan kerana Allah Taala. Pelajar adalah mujahiddin..berjihad ke jalan Allah.

Lakukan lah segalanya dengan niat kerana Allah Taala.Tiada amalan yang tidak di kira walau sebesar zarah sekalipun..

Alin Ahmad said...

Fisha : last two week class, Dr Norhashimah i ada bg satu hadith (masa tu dia citer pasal mulianyer jd seorang yg menyalurkan ilmu- tu memang statement yg tak bole nak tolak)yg lebih kurang bermaksud.. ayat penulis adalah lebih mulia dari mati syahid.. begitu terkesima dgr hadith tu. just imagine, dengan menulis tanpa pergi berperang, ganjarannya sungguh lumayan.hmmmm...gogo chaiyo Fisha utk menulis..aku menyokongmu darling!!

Anonymous said...

Fisha,

conclusion yg aku nampak..ko n lecturer tu macam saling memenuhi lak..kalo kawin bagus tu..ko pun kan ada lesen memandu. hehe

ayue

Anonymous said...

Ikmal:
Ku pikir menulis untuk glamer? Ish ish ... keji!

Pn. Roza:
InsyaAllah ... terima kasih atas ingatan itu.

Alin:
Ya, jihad itu kan byk perkara jihad. Jihad paling akbar kan jihad melawan nafsu. Tapi jihad begitu yg rasa paling tak mampu ... haih!

Chayok 2 u 2 darling!

Ayue:
Hoi, dia pompuan, aku pompuan, apa jadahnya conclusion kau tu ...

Tak ndak haku join umat Nabi Luth kat akhirat karang ...

Alin Ahmad said...

ayue : selalu conclusion die tak kena ngan topik tau..wakakakkakakakka