Saya mahu bercerita mengenai bengkel hari itu.
Bengkel anjuran UPENA dengan kerjasama UiTMT ini sememangnya sesuatu yang sangat menggembirakan dan menghiburkan. Walaupun ada 2-3 perkara yang membosankan (normal la tu, kan?), namun ia masih yang terbaik.
Seperkara lagi, inilah antara bengkel yang mendapat kehadiran yang hampir penuh untuk setiap masa, dan kesemua hari ia dijalankan. Satu pencapaian yang baik! Nanti saya cuba berikan analisis keberhasilannya itu, ya?
Saya sebenarnya agak skeptik dengan bengkel ini pada awalnya, terutama apabila melihat barisan "belia purba" (sasterawan-sasterawan itu sendiri yang menggelarkan diri mereka begitu) itu dari kenderaan.
"Aghh ... " - itu lintasan hati saya (biasalah, saya memang penuh prejudis).
Namun, setelah melalui acara pertama, hati mula disuntik rasa suka dan tidak sabar-sabar untuk menyertai acara yang seterusnya. Memanglah, kan ... tak kenal, maka tak cinta.

Sesi pertama, ucapan aluan oleh PM Dr. Ghafarullahuddin Hj. Din mengenai Membudayakan Aktiviti Penulisan Sebagai Ibadah. Dengan dialek utara yang pekat (sangat terserlah 'kekedahan' nya), pengucapan Dr. ini sangat mengesankan ... terutamanya apabila setiap ucapan disulami dengan quotes daripada deretan penulis-penulis Islam yang namanya kurang saya kenali seperti - Ibnu Tufail, Rumi, Hassan An-Nadawi (saya pernah dengar nama-nama ini, cuma belum berkesempatan menekuni karya-karya mereka).
Kak Marina sangat terkesan dengan quotes daripada buku bertajuk "Gulistan" yang berbunyi ... tapi tak sempat menyalinnya. Kala sesi berakhir, dia pergi bertemu dengan Dr. Ghafarullah untuk mendapatkan quote tersebut. Katanya, dia terkelu apabila Dr. itu memandang tepat ke wajahnya ... sampai terkelu untuk bertanya. Mujur juga ada saya sebagai penyelamat! Maka, dengan senang hati Dr. Ghfarullah menulis quote itu di buku catatannya.
"Thou .... (saya akan lengkapkan quote ini kemudian ya)

L-R: Cik Normalinjasari, En. Jamaluddin D dan En. Fadli Fizari Abu Hassan Asari (nalla nama!)
Yang di tengah itu sasterawannya, manakala mereka yang di kiri dan kanannya adalah pendeklamator sajak En. Din itu. Apabila En. Din itu berbicara mengenai sajak, intonasi suaranya juga seperti orang bersajak. Tertahan-tahan ketawa saya dibuatnya. Tak tahu di mana lucunya, tapi memang luculah.
Daripada En. Din saya belajar banyak perkara mengenai sajak - sedari sajak sebaris, seperti karya Sitor Situmorang - "Bulan di atas kuburan" - sampailah ke sajak 7 baris yang dipanggil OKTAF. Kak Marina terkesima dengan sajak 3 baris yang dipanggil TERZINA. (2 baris, DISTIKON, 4 baris QUATRIN, 5 baris SIXTET, 6 baris SEPTET). Macam-macamlah!
En. Din kemudian menyuruh kami menulis sajak. Ahhh ... sajak lah pulak.
Satu dah kerja rumah.
Kemudian, sesi seterusnya, dengan Datuk Abdul Halim "R". Cerita beliau saya KIV untuk entri akan datang. Dan, entri mengenai Tn. Hj. Ismail Restu. Saya suka kedua-duanya.

L-R: Dr. Osman Ayub, En. Rejab FI dan Tuan Sharif Tuan Putra
Sesi bersama Dr. Osman Ayub adalah mengenai novel. Sesi yang agak serius dan sedikit monotonous penyampaiannya. Dan, melalui syarahan beliau, barulah saya dan Kak Marina sedar bahawa "roman" itu bermaksud "novel". Maka, kalau dikata "roman picisan", maksudnya adalah "novel picisan". Beliau menerangkan bagaimana seharusnya novel itu perlu dibentuk - temanya, plotnya, latar tempat, watak dan sebagainya.
Beliau juga meminta kami memberi sinopsis novel kami.
Novel kami? Oh, tidak ... saya hanya berminat untuk membaca novel, tapi tidak bercita untuk menulis. Lupakan saja novel dari saya, Dr. Osman!
Beliau juga meminta kami memberi sinopsis novel kami.
Novel kami? Oh, tidak ... saya hanya berminat untuk membaca novel, tapi tidak bercita untuk menulis. Lupakan saja novel dari saya, Dr. Osman!
En. Rejab FI bukanlah nama yang asing. Bukunya sering juga saya uliti masa kecil-kecil dahulu, terutamanya cerita-cerita dongeng rakyat tulisannya. Apabila balik ke Perlis, saya suka memandu melewati kawasan rumah beliau di Repoh, kerana saya suka melihat lanskap rumah beliau, dan selalunya saya rasa kagum, saya melewati rumah seorang penulis!
Melalui En. Rejab FI, kami diberi panduan menulis cerpen dan diminta mengulas cerpen di dalam antologi karya beliau bertajuk "Kudrat".
Setelah membaca cerpen itu, saya dan Kak Marina mempunyai komen tersendiri - namun malu untuk diutarakan. Maklumlah, dia itu kan penulis besar, dan siapalah kami untuk mengomelnya. Kami simpan sahaja komen kami. Walaupun En. Rejab FI kerap mengulangkan frasa "berkata benar walaupun pahit," kami tidak rasa kami boleh berkata-kata begitu. Apapun, saya rasa cukup seronok mendengar ceramah beliau yang disampaikan di dalam pelat orang Perlis yang sangat autentik sifatnya (penggunaan perkataan seperti kasuit, puluit dan sebagainya), serta intonasi dan nada yang sangat ke'Perlis'an! Terubat rindu pada kampung halaman.
Encik Rejab juga meminta kami menghasilkan cerpen. Waduh ... mana bisa Pak!
Tuan Sharif Tuan Putra adalah speaker yang menutup keseluruhan bengkel dengan acara resensi novel "Harga Sebuah Maruah" karya Azizi Hj. Abdullah. Saya selalu juga membaca karya Azizi seperti Seorang Tua di Kaki Gunung, Abah, Tuk Chai dan 2-3 buah karyanya, tapi Harga Sebuah Maruah belum saya baca. Kata Tuan Sharif, buku itu mendapat tempat kedua dalam Sayembara Novel 50 Tahun DBP dan, hampir kesemua peserta bengkel belum membaca naskhah itu.
Saya tidak pernah berkesempatan menghadiri sebarang acara resensi buku. Apabila Tuan Sharif membicarakan buku itu, saya jadi sangat pelik + hairan dan sedikit kagum dengan cara beliau mengulas buku tersebut. Maklum saja, selama ini saya mengulas buku, sekadar ulasan 'bodoh-bodoh' sahaja (sekadar mengulas apa yang saya rasa dengan sedikit penceritaan plotnya).
Melalui resensi buku tersebut, ulasan dibuat mengenai banyak perkara - watak, kewajaran watak dan sebagainya. Dan, saya macam tidak percaya kita boleh mempertikaikan kewajaran sesuatu prosedur yang diungkapkan di dalam sebuah novel (dalam kes ini, Tuan Sharif mempertikaikan penerangan Azizi mengenai prosedur pengambilan tanah orang kampung oleh kerajaan untuk projek udang harimau serta mempersoalkan kewajaran watak Hijrah yang tiba-tiba menjadi pandai mengungkap kata-kata yang tidak sepadan dengan tahap pemikiran yang diterangkan oleh Azizi sebagai bodoh-bodoh alang dan berotak gelong).
Dan, kecenderungan Azizi menerangkan orientasi politiknya lewat novelnya juga diulas oleh Tuan Sharif. Kata Kak Marina - "memanglah begitu resensi buku - setiap aspek dinilai".
Oo, baru saya tahu. Ilmu baru untuk saya tu!

Sememangnya program ini sangat menarik secara keseluruhannya. Namun, saya melihat ada kecenderungan sasterawan-sasterawan ini mengekalkan corak pemikiran mereka berdasarkan apa yang telah mereka lalui. Maksud saya, kalau diteliti dari seluruh penyampaian dan analisis karya mereka, memang itulah mereka - tidak berubah cara berkarya dari dahulu. Dan ini bukan sesuatu yang menarik kerana pertembungan daya fikir saya dengan mereka menerbitkan satu perasaan yang tidak menyenangkan (mana mungkin pembaca muda seperti saya akan tertarik membaca karya mereka kalau penceritaan mereka tidak mengambil kira keperluan minda muda saya?).
Saya tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ada ruang dan peluang para sasterawan ini menyentuh mengenai mana-mana penulis muda seperti Faisal Tehrani, Nisah Haron, Zaid Akhtar, Salina Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) sepanjang ceramah mereka, namun tiada. Mungkin ini bukan medannya. Tidak mengapa.
Apapun, keseluruhannya, ilmu yang mereka curahkan sangat terkesan kepada saya. Tambahan bila En. Rejab FI mengulang-ngulang menyebut "tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir ke program ini dengan duit rakyat. Maka, selepas ini tuan-tuan dan puan-puan kena usahakan untuk berkarya sebagai membalas duit ini. Kalau tidak ....!"
Ish .. seram saya! Betul kah begitu? Hmmmm ....
No comments:
Post a Comment