Monday, October 20, 2008

Menilai Ayat-ayat Cinta

Ini bukanlah review filem itu.

Cumanya mahu menjawab soalan Cik Mia Shakira yang telah sekian lama meninggalkan komen di rumah saya ini [dan, terima kasih, kerana mencetuskan idea buat saya!]:

Saya kurang faham dengan sifat syiah faisal, maaf kata saya kurang pandai dalam ilmu agama. Yang saya tahu islam itu satu, mazhab apa pun ia, ia tetap islam teman sesaudara saya. Kita tak boleh kawan dengan orang yang syiah ke?? Hum, tak fahamlah...

Jawapan saya ...

Seharusnya kita berpegang kepada "Setiap mukmin itu bersaudara." - Dan, sesiapa yang membenarkan kalimah "La ilaha illaLLah, Muhammadur Rasulullah" - mereka itu memang saudara seagama. Persoalan mengenai baiknya kepercayaan kita daripada kepercayaan dia, biar Allah SWT yang mengadilinya.



... "dan, damaikanlah mereka yang bertelingkah itu ..."

Saya kira saya bersetuju dengan Mia tentang perkara ini.



Soal Mia lagi:

Tunggu teduh dulu tu ada ala-ala ayat-ayat cinta ke??

Jawapan saya ...

Ayat-ayat cinta itu saya terjemahkan sebagai tanda-tanda cinta. Maka, dalam TTD, banyak ayat-ayat cinta di situ - Cinta Salsabila pada tanah arwah ayahnya terungkap pada ladang betiknya. Cintanya pada Makcik membuatkan dia melupakan kisah lampaunya. Cintanya pada sahabat-sahabat, dia tidak menoktahkan persahabatan dengan percintaan [logiknya - persahabatan akan berakhir sekiranya menjadi percintaan ... namun, percintaan boleh memulakan persahabatan].

Dalam AAC, Fahri dicinta sekian banyak orang kerana akhlaknya, pegangannya, ketakwaannya dan sebagainya.


Operative term nya di sini - tanda-tanda cinta itu lah.


Maka, untuk menyatakan TTD ala-ala AAC, bukanlah satu inferen yang salah, kerana keduanya berbahas pada operative term yang sama - beza pada plot dan wataknya.


Lagi pula, namanya pun ala-ala ... kiranya saling ada persamaanlah ...


Makanya Mia ... kadang-kadang persamaan pun membuatkan orang berkonflik .. apatah lagi pada perkara yang berbeza ...


Harap Mia faham maksud saya ...


6 comments:

AinRidz said...

SLm Fisha, hang dah baca ke buku ayat2 cinta tu? sama ke dgn cerita ayat2 cinta kat tv tu hari? aku tengok best sedih pengorbanan...kat mana nak beli buku tu?

Hartini Omar said...

salam tuan,

sekadar meninggalkan jejak. saya senang melayari laman tuan ini, krn apa yg tuan baca telah juga saya baca.. semoga dapatlah sedikit sebanyak menambahkan bekal di dada

untuk AAC ini, novelnya sudah tentu lebih dalam dan sempurna berbanding cerekanya. hati saya lebih tersentuh bila membaca dari melihat dan mendengar cuma. novelnya ditulis dr jiwa, sudah tentu kembali ke jiwa. namun filemnya, bolehlah.. sekadar halwa mata telinga

selamat menulis dan terima kasih

Pishaposh said...

Sue:
Tu sebab den hadiahkan buku tu kek kau .. baco la yo ... den tak do la suko amek buku dia .. tapi ok-ok je la ...

Hartini:
Terima kasih kerana sudi menjejak ke sini ...

Ya ... saya setuju dengan pandangan anda ... "novelnya ditulis dr jiwa, sudah tentu kembali ke jiwa"

MOga sudi berkunjung lagi ....

P/s: Saya tidak memakai gelar 'tuan' itu .. :)

Alin Ahmad said...

slm Fisha

hmm... kagumnya ngan blog2 hang.
Wish to have time like u Fisha.

Ms tv kuarkan cite ni, kita tak tgk coz ada midterm esoknnya. so, bila member2 citer kat class esoknya,mcm tertarik lak nak beli n baca ths book. tp till la ni tak g beli lagi.

anyway.. the best thing is sue nak hadiahkan buku ni kat kite sebagai hadiah birthday hrtu. so, kena baca after final exam nanti.

Pishaposh said...

Alin:

Kalau kutahu kau belum baca buku ni, harus juga kuhadiahkan kepada mu buku itu ...

Good luck for your exam .... (isy ... apa rasanya ye buat exam waktu ni? wakakakaka ...)

Alin Ahmad said...

Tq Fisha

exam... ya Allah.. haru biru hidup i kala ni.
tidur tak nyenyak, mandi tak basah, makan tak kenyang... alahaiii...
nape la masa muda2 dulu tak settlekan study semua kan...ahakkkss