Tuesday, July 22, 2008

Menilai penulis atau tulisannya?

Entri ini terilham daripada apa yang saya baca di blog Faisal Tehrani – kekecewaannya mengenai bandingan tidak adil antara karyanya Tunggu Teduh Dulu dan novel Indonesia popular, Ayat-Ayat Cinta.

Saya sudah membaca kedua-dua buku itu. Masih berkira-kira bagaimana nak mengulasnya. Sudah penuh semuka kertas A4 menulis mengenai Tunggu Teduh Dulu, tapi bila mencari input baru, terasa apa yang saya ulas itu entah apa-apa. Nantilah.

Apabila saya memperkatakan mengenai buku-buku Faisal Tehrani di web-web tertentu, respon yang saya dapat: “Awak baca buku si Syiah tu?”

Astaghfirullah. Bila masa pula ada hukum mengatakan bila nak membaca kena tengok pengarangnya? Sejak bila pula peribadi, kepercayaan pengarang menjadi taruhan pembacaan?

Respon mudah saya:
“Saya melihat kepada ilmunya, bukan watak pengarangnya. Ilmu itu didatangi dalam pelbagai wadah. Cedoklah ia dari mana-manapun kalau ia masih ilmu yang membantu.”

Selalunya jarang buku-buku yang saya baca, saya kenal benar penulisnya (baca: kenal secara peribadi), atau memang tiada! Sebab, saya tak punya kawan yang menjadi pengarang. Maka, saya berkenalan dengan mereka melalui apa yang mereka tulis. Perkenalan yang setakat itu. Selebihnya, pegangan dia, orientasi seksualnya atau apa saja, bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya.

Lantas, bila orang bicara Faisal itu Syiah, dan kita yang berpegang kepada Sunnah wal Jamaah ini tidak seharusnya ‘bermuamalah’ dengan Syiah, saya jadi amat jengkel. Cakap Syiah tu teruk, tapi kenapa gambar Ahmadinejad tidur beralas tangan dibuat bandingan dengan kehidupan Pak Lah? Dan, kenapa majlis kenduri anak Ahmadinejad, Presiden negeri Syiah itu juga dijulang masyhurkan sebagai tindakan Islamik? Cakap apa itu?

Benarlah kata orang .. kita hanya nampak, apa benda yang kita nak tengok sahaja.

Sudah-sudahlah membesarkan amalan menilai orang secara keterlaluan. Kita pun bukan bagus sangat. Kalau bagus, kita takkan duduk mengomen saja. Komen tanpa alternatif bukan sikap penilai yang bijak.

Lagi, kita berjuang dalamcara yang berbeza. Ingat lagi lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad?

... Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini ...


Ada hikmahnya Allah menjadikan kita ini berbeza. Berbeza bukanlah tiket untuk berbalah, namun adalah peluang untuk saling memahami. Tambahan pula kita seagama. Kalau tidak, takkan Rasulullah boleh berpesan: “Perbezaan adalah rahmat bagi umatku …”?
Kenapa baca Mein Kampf kalau dah tahu Hitler itu jahatnya nauzubillah?

Kenapa nak baca Satanic Verses kalau dah terang Salman Rushdie itu menghina Islam?

Kenapa leka dengan “A History of God” karya Karen Armstrong tu? Dia kan bekas nun? Tak takut ke apa yang dia tulis itu mencabar minda dan boleh memesongkan akidah?

Aduhai kawan ... selalunya, apabila kita luas pembacaan, masalah terpengaruh ni hanyalah perkara yang sedikit kesannya. Akal yang ada tu, gunalah dengan sewajarnya. Pokoknya, apa benda sekalipun di dunia ini, sekiranya permulaannya sudah ada satu persepsi dan ekspektasi yang tertentu, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat berlapang dada.

Mungkin ada yang bakal menyangkal tulisan ini dengan ingatan saya memberikan satu pandangan yang bias kerana saya menggemari karya Faisal Tehrani.

Saya ingatkan anda sekali lagi, nilailah tulisan, dan bukan pengarangnya.

8 comments:

Anonymous said...

Kak Fisha,

Ni lah masalah mentaliti segelintir orang-orang kita. Gemar persepsi dan ekspektasi yang bukan-bukan. Bagaimana kita mahu berkembang minda. Kita yang muda gemar diacah oleh yang lain jangan jadi begitu walhal kita sekadar mahu mengetahui.

Salahkah kta menjadi lain dari yang lain?Orang melayu rupanya sangat sukar menerima perubahan mendadak lantas dicopkan 'tiada prinsip' ataupun 'ibarat lalang'. Adakala saya kesal dengan perkara sebegini.

Macamana Melayu mahu maju dan buka kotak pemikiran mereka?Kalau begini tiada jawapan saya mampu berikan.

Kaktiny said...

salam fisha..

time kasih singgah blog kaktiny.. dan kaktiny try gak bukak blog fisha tapi 'block' but finally I met yours kat ikmal site..

pasal komen org.. bagi kaktiny org yang 'mengomen' ni sbb dia cembutu atau sbb dia malas.. cemburu sebab dia tak hebat utk baca dan memahami apa yang di baca dan malas utk menaksir baik buruk bahan bacaan yang dibaca.. dan bilamana ada org lain yang begitu prihatin dan teliti dan memahami, membuat perbandingan dan mencerna ilmu bahan bacaan yang dibaca.. maka org yang dengki itu akan merasa 'cemburu dan iri'..

jadi.. biarkan si luncai terjun dgn labu2nya.. biarkan biarkan..

teruskan membaca, mencerna dan mengulas (ilmu dtg dlm pelbagai sudut ruang dan hanya org yang 'sedar' akan kewujudannya yang akan merasai dan menikmatinya..) so.. LANTAK KE MEREKA yang 'tuuuuutttt' (hihihihi)

Pishaposh said...

Ikmal:
Kalau betullah ini memang sifat orang Melayu Islam Malaysia, mungkin berdoalah saja kita ni ... Selebihnya biarkanlah mereka syok dengan persepsi dan ekspektasi mereka ... Selagi boleh diterima, kita ok kan aje lah ...

Kak Tiny:
Ya, biarkan luncai itu ... tak payah kawan dengan dia ... biar dia mampus** ... oppss!!

Terima kasih atas kunjungan ...

miss cloudy said...

salam fisha....
saje nak nyibuk...kat kuantan..kat mall yg baru bukak tu ada gak kedai buku yg best...popular gak if im not mistaken...kat kbmall ada gak popular bookstore dgn size yg lebih kurang kat megamall kuantan..sekian laporan saya... hehe

Pishaposh said...

Miss Cloudy:
Terima kasih attas laporan anda. Roger and out. Hehehe ...

P/s: Komen ini salah tempat ni ... tapi tak pe, terima kasih kerana mengomen ...

Sila datang lagi ..

miss cloudy said...

ya laahh..salah tempat la..hehe..satu lagi salah.. MBS bukan fofuler ek kat ECM tu..hehe..

Pishaposh said...

Miss Cloudy:
Ya. memang pun. Tak tahan la masuk situ .. dia ada satu macam bau ... erkhhh!!

Mia Shakira said...

Salam Kak,
Saya kurang faham dengan sifat syiah faisal, maaf kata saya kurang pandai dalam ilmu agama. Yang saya tahu islam itu satu, mazhab apa pun ia, ia tetap islam teman sesaudara saya. Kita tak boleh kawan dengan orang yang syiah ke??
Hum, tak fahamlah. Tunggu teduh dulu tu ada ala-ala ayat-ayat cinta ke??