Monday, November 3, 2008

Ketika Cinta Bertasbih - I dan II by Habiburrahman El-Shirazy


Bulan ini saya mulakan pembacaan dengan karya Kang Abik (Habiburrahman), iaitu Ketika Cinta Bertasbih (KCB) episod 1 dan 2 sekaligus.

Buku ini buku pinjam atas pinjam.
Milik Kak Nor dan dipinjamkan oleh Ras kepada saya. Semasa mahu menyerahkan buku ini kepada saya, Ras seperti 'orang salah' kerana menyorok-nyorok takut dilihat orang. Kemudian, Ras mengakui bahawa dia rasa segan kalau orang lain nampak dia baca buku itu - dah tua, tapi baca buku cinta! - begitulah pula.

Buku ini sudah lama dipinjam, namun baru kini berkesempatan membacanya. Sibuk dengan urusan dunia yang tidak henti-henti saya kira :p

Kala memegang buku-buku ini, saya sebenarnya tidak dapat menahan diri daripada membuat andaian bahawa buku ini pasti sebahagian inti patinya sama seperti
Ayat-Ayat Cinta (AAC). Dan, andaian itu juga sebenarnya menghalang saya daripada terus membaca tatkala baru memperolehinya daripada Ras.

Apakah andaian saya itu?

Kalau sebahagian besar pembaca kagum melongo dengan AAC, saya pula adalah sebahagian kecil yang rasa biasa sahaja. Namun, saya akui, ada beberapa aspek AAC yang saya kagumi dan selebihnya, biasa sahaja.
Dengan watak yang keterlaluan sempurna, Fahri yang sungguh alim dan bijak dan Aishah dengan kecantikan yang memukau dan menyihirkan, saya sukar 'menghubungkaitkan' cerita novel itu dengan realiti. Saya rasa sukar untuk menghargai kenyataan yang begitu kerana kesempurnaan yang keterlaluan.


Dan, tatkala membaca karya lain Kang Abik,
Pudarnya Pesona Cleopatra, (baca reviewnya di sini sini) saya melihat kecenderungan pengarang untuk mencipta watak wanita dan lelakinya dengan penuh pesona. Wanitanya cantik 'gedegang' dan amat-amat sempurna dan lelakinya alim 'gila'. Maka, sebagai pembaca awam, saya tidak rasa bersalah untuk merasa sedikit bosan dengan semua ini.

Ah, panjang pula andaian saya ni. Teruskan membaca ya ...

Dan, andaian itu saya rasa ada benarnya ketika saya mula membaca KCB I, dengan watak
dan Azzam, mahasiswa Al-Azhar yang bijak dan sangat berakhlak muslim sejati, Anna Althafunnisa, mahasiswi, anak seorang Kiai besar Indonesia yang sempurna serba serbi (dan, cantik 'gedegang' pastinya), serta watak antagonis, Eliana, anak Pak Dubes (Duta Besar Indonesia ke Mesir) yang dikurniakan sosok model dan dilengkapi dengan pelbagai kehebatan. Saya hampir-hampir memberhentikan pembacaan saat 'diperkenalkan' watak-watak ini.

Tapi, bila habis semua watak diperkenalkan, saya rasa tertarik untuk membaca semula. Kerana apa?
Kerana Azzam itu digambarkan sedikit 'tidak sempurna' - maksudnya, pintar, tapi sengaja tidak meluluskan dirinya dari pengajian sehingga tertangguh selama sembilan tahun tak bergraduat hanya kerana mahu memperbaiki hidup serta membantu adik-adiknya di Indonesia setelah kematian bapa mereka dengan menjual tempe dan bakso di Mesir itu.

Walaupun watak Azzam masih kental bernuansakan muslim sejati (dengan kecintaannya pada ilmu dan amalan sunat), saya masih boleh menerima cara pembinaan wataknya. Namun tidak kepada watak Anna - yang dikagumi banyak mahasiswa di situ.
Digambarkan Anna itu keterlaluan cantiknya dan keterlaluan pula cerdasnya. Ya, mungkin ada orang begitu, namun, bagi saya ia seolah-olah meletakkan manusia biasa dan 'super human' dalam satu ruang yang sama. Susah untuk diterima (pada saya lah .. anda, saya tak tahu).

KCB I sebenarnya
tidak bercerita padat mengenai soalan substantif tetapi lebih kepada memperkenalkan watak-watak serta bercerita mengenai hubungan antara satu watak dengan watak yang lain. Namun Kang Abik pandai memancing rasa ingin tahu saya kepada apa yang akan terjadi selepas KCB I (walaupun saya oleh mengagak kesudahannya).

Dan, telahan saya memang betul, kerana apa yang saya fikirkan semasa membaca KCB I terjadi dalam KCB II - iaitu, moral ceritanya -
kalau itu sudah jodoh kamu, buatlah bagaimanapun, ia tetap akan terjadi ... Subhanallah.


Satu hal yang membuatkan kurang rasa 'meluat' saya kepada karya ala cinta soleh-solehah ini, adalah kerana keupayaan Kang Abik
menterjemahkan Islam sebagai satu cara hidup dan bukannya sebagai retorik semata.


Contoh jelas, apabila Azzam diperkenalkan oleh Eliana sebagai kekasihnya setiba mereka di lapangan terbang Indonesia (dan berdepan dengan wartawan kerana Eliana seorang pelakon terkenal), Azzam dengan selamba mengiyakan sahaja - kerana untuk tidak memalukan Eliana walaupun dia menyedari Eliana bergurau sahaja. Azzam adalah seorang penuntut Syariah yang bagus, namun hubungan sesama manusia ditadbir dengan seadanya sesuai dengan nature manusia itu -
bukannya dengan menjadikan agama sebagai halangan bermuamalah sesama insan seperti seorang lelaki bila bicara dengan perempuan sepanjang masa harus menundukkan pandangan kerana pandangan merupakan muqaddimah zina!
Saya juga terasa lucu dengan cara Azzam mencari jodoh dirinya sebelum bersatu dengan Anna - sesiapa saja yang diperkenalkan oleh orang sekeliling untuk menjodohkannya, diterima tanpa banyak soal. Maksudnya, dia berani mencuba dan tidak terkesan sekiranya usaha itu gagal.


Mungkin maksud 'Cinta Bertasbih' adalah dengan keazaman yang kuat dan kekuatan doa dan harapan kepada Allah SWT, memungkinkan tasbih (memuji) itu menukarkan takdir hidup Azzam dan Anna. Mungkin juga ia bererti, kekuatan mereka yang bercinta kerana Allah SWT membuatkan mereka memulangkan semua pujian kepada Allah, dan kerana itu mereka dikurniakan sebenar cinta oleh Allah.


Saya rasa kelakar sebenarnya untuk membuat tafsiran ke atas karya seseorang. Mungkin sahaja orang itu berkarya kerana tercetus idea begitu tanpa ada apa-apa maksud. Tapi, ada orang lain bersusah-payah memeningkan kepala mentafsir dengan ribuan teori!

Teringat kata-kata Afdlin Shauki -
"filem tidak seharusnya mendidik penonton, kerana itu bukan fungsi utama filem. Namun, sekiranya penonton boleh mendapat sesuatu daripada filem, itu adalah bonus bagi seorang karyawan filem." - dan, dengan mengambil kira kata-kata ini, saya kira kita boleh mentafsir apa sahaja daripada karya seseorang, dan inilah tafsiran dan kefahaman saya.



P/s: Saya membaca versi terjemahan, dan kualiti terjemahannya sangat teruk - penuh dengan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Saya mahu cari versi asal dalam bahasa Indonesia pula untuk simpanan saya.



8 comments:

Anonymous said...

Adeih...tak pasal2 gue dpt free publicity..now satu malaya tahu aku malu nak baca buku cinta...hahaha

AinRidz said...

wah, ada pula cinta dan tasbih, mcm2 novel...slm fisha, aku tak sempat lagi nak baca ayat2 cinta sbb aku ada list buku cerita nak baca termasuk komik2 adik aku hehehe...sampai masanya nanti harap2 puas hati baca buku tu...

btw, kak alin, selamat membaca2 blog2 fisha, baca jgn tak baca, dia ni rajin mengupdate...

buku akak ops suppose to be hadiah belated birthday lah, sorry nak masuk birthday baru, akan diposkan seberapa segera sbb masalah takde pejabat pos kat klsentral tu yg kelakar tu, biasa kat stesen2 terminal mcm tu ada pejabat pos, ada bsn ni semua yg canggih2 aje kat dlm tu [alamat sory fisha jd tempat komplen plak heheh]

orait, gd luck kak alin, baca blog fisha sure rasa kembang kempis hidup tak pun rasa malu bila tetiba dia tercerita pasal kita kan... hahaha... fisha tq sbb rajin menulis...ni kira bahan sejarah ni, 20-30 tahun akan datang mesti boleh jadi reference nih...

Mede said...

1. AAC ada masalah - Fahri agak pekak pada 'ayat-ayat' cinta yang dilontarkan oleh Maria.
2. Walaupun cinta kadang-kadang buta, tapi amat jarang untuk pekak.

Alin said...

Mede : tu la yg dikata kan ego seorang lelaki. Tahu sebenarnya tp buat2 tak tahu.

n in ths novel, Fahri pernah kata yg dia akan terima cinta perempuan yg menghulurkan cinta kepada dia bukan dia yg menghulur cinta.

tinggikan ego seorang lelaki?....

Fisha Fawwaz said...

Anonymous @ November 4, 2008 12:04 AM (AKA Ras .. hahaha):
X pe .. den memang suka ajak kengkawan den glamer same ... hehehe.

Fisha Fawwaz said...

Ain Ridz:
Bukan setakat tasbih dan cinta je ... segala mak neka ada pasal cinta. Semua disebab oleh hitsnya AAC kang Abik tu la ... semua pon nak tiru. Bosan!

Den dah decide den nak bg hadiah bday buku la plak lepas ni kat korang ... baca .. jgn diperam.

Fisha Fawwaz said...

Mede:
Kdg2 ada org begitu, blur tak menentu ... nak kena dibgtau, baru nak faham. Apa nak buat ... kalau x, x meriah la plak dunia ni.

"Walaupun cinta kadang-kadang buta, tapi amat jarang untuk pekak"

Boleh elaborate sikit yang ini?

Fisha Fawwaz said...

Alin:
Huih ... pedas nih ... hehehe ...

Lelaki perasaan dia x halus, kerana akalnya 9.

Itu sebab Men from Mars and Women from Venus .. look what happen when both collide ...

Satu analisis yang mantop!