Thursday, July 10, 2008

I've met the Celebrity!

Siapa? Siapa dia?
Siapa lagi, penulis Travelog Haji yang glamor itu … Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim (Prof. Kamil).

Hari ini, 10 Julai 2008, kampus kami menjemput Prof Kamil untuk bercakap mengenai “Falsafah MIM” – cerita di sebalik tabir. Dah ceramah ini dibuat pada hari kuliah, ada juga lah nama yang terpanggil merasa diri paksa rela menghadirinya. Bagi saya yang tiada kelas hari ini, sememangnya menunggu-nunggu peluang bertemu dengan ‘penulis selebriti’ ini sejak sekian lama.

Ceramah bermula jam 9.12am – lewat 12 minit daripada waktu yang sepatutnya. Biasalah tu :p

Prof Kamil mempergunakan keseluruhan masa hampir 2 jam bercakap mengenai Falsafah MIM dan juga apa yang dia lakukan sebagai refleksi kepada apa yang dibicarakan dalam buku tersebut. Tak lupa juga sedikit sebanyak cerita yang terkandung di dalam Travelog Haji dan PhD: Kecil Tapi Signifikan.

Ada 2-3 kali sepanjang Prof Kamil bercerita mengenai apa yang dialaminya semasa sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji, saya tidak dapat menahan diri dari rasa sebak. Tapi tertahan-tahan .. sebab nak jaga ke’machoan’ saya di sebelah Fathiyah dan Kak Azamina (saya ni memang ‘machur’ yang hancur … hehehe). Perasaannya sama seperti membaca Travelog Haji tu, malah lebih terasa kerana penceritanya mengisahkan perkara itu sendiri. Sememangnya sentuhan manusia ke atas manusia yang lain itu lain kesannya kan? Kiranya, semua ini adalah satu dèja vu bagi saya.

Apa yang boleh saya simpulkan dari keseluruhan ceramah itu sama lebih kurang apa yang saya pernah katakan pada review Travelog Haji – kuasa berdoa. Doa senjata mukmin. Memang benar bagi yang mempercayainya dan agak kurang menjadi bagi yang skeptik. Masalah semua daripada kita, kita rasa tidak yakin dengan doa (saya pun pada ketika-ketika tertentu). Malah, banyak perkara yang Islam gariskan kita rasa tiada kekuatan untuk melaksanakan. Halangannya memang terlalu banyak … namun meminjam pesanan hukamak – kalau tidak boleh dilakukan semua, janganlah ditinggalkan semuanya … beristiqamah (senang cakap dari buat!). dan, sekiranya niat kita baik, InsyaAllah, kesudahannya baik.

Bercakap tentang niat, saya teringat kisah saya ber’shopping’ dengan teman pada bulan puasa. Kebetulan, teman saya itu dapat cuti puasa, sedangkan saya ‘kena’ puasa. Namun, yang aneh, sampai ke waktu berbuka puasa, saya masih boleh tak rasa letih, lapar atau dahaga sangat, sedangkan, waktu berbuka, laju saja teman saya itu meneguk air (bahkan, masa kami menonton wayang, dia telah menghabiskan sebotol air mineral – dalam gelap, orang tak nampak dia minum!). Rupanya, niat untuk berpuasa membuatkan kita rasa tidak letih berbanding yang tidak berniat apa-apa. Dan, benarlah sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sesuatu itu tergantung pada niat.” Niat baik kita mungkin akan disalahanggap oleh orang lain, namun kekuatan niat InsyaAllah akan menyokong apa yang kita lakukan.


Ah, ala-ala ustazah lah pulak!

Autograf Prof di buku PhD saya


Tapi, begitulah ceritanya. Dengan penuh kekaguman saya melihat ‘selebriti’ ini. Di akhirnya saya menerima autograf untuk kedua-dua buku beliau – Travelog Haji dan PhD: Kecil tapi Signifikan. Saya akan ulas mengenai buku PhD tu sedikit masa lagi … namun, buat seketika ini saya mahu memperkukuhkan kepercayaan saya mengenai hakikat dan kekuatan doa. Doa-doakanlah saya, ya?

4 comments:

Anonymous said...

Fisha, buku travelog haji tuh memang best...kire lepas baca tuh mmg betul2 rase insaf la...tapi tulah bila lama2 lalai balik....adeih...lemahnye imanku..eh tapi kalau nak beli buku PHD kecil tapi significant tu melalui pos cane ek...bole trus transfer duit dlm back account die ke...wa takde credit card la

Anonymous said...

Kak Fisha

Bestnya dapat jumpa Prof Kamil!Saya memang teringin nak jumpa sebab nak tanya mengapa dan apa yang menyebabkan prof berubah secara drastik, dari saya baca bukunya pasal VC kita sampailah ke blog dengan entri terbaru (maaf tak dapat baca Travelogue Haji lagi) saya dapat lihat ada perubahan ketara pada cara penulisan prof.

tu pun kalau saya dapat bersembang dengan prof lagi best (in case sekiranya dicadangkan 'transfer' ke uitm johor hehehe..dalam hati tak nak sebenarnya hehehe)

Anonymous said...

fisha...
saya suka gaya dan olahan fisha yg bersahaja tp penuh makna...
teruskan menulis..

Pishaposh said...

Anonymous @ July 10, 2008 5:17 PM:
Ya ... memang menginsafkan! Tapi, kita manusia yang mudah lupa ... 5 minit je insafnya. Minit ke 6 dah mula pikir nak buat maksiat .. hehehe ... ^._.^

Pasal buku Phd tu, Prof kata email je ke dia, nnt dia akan post ... email dia: mkamil@salam.uitm.edu.my

Bank in boleh rasanya dan dia kata belanja post free ... contact le di situ.

Selamat berjaya :)

ikmalhmt:
Masa talk tu pun dia cerita macam mana dia boleh berubah ... sama macam yg dia cerita kat blog dan buku dia ... tapi, memang mengkagumkan ... kerana manusia ni, kalau kemahuannya tetap dan pergantungan kepada Allah sangat jitu, insyaAllah, segalanya akan terjadi spt yg kita harapkan ...

IdzaRis:
Terima kasih atas kata-kata itu. Kerana ada mereka yang seperti anda, saya akan terus menulis (cam poyo jer, kan? hehehe)

Semoga sudi berkunjung lagi ...