Sunday, November 11, 2007

Dibeli, tapi belum dibaca ... siri 1

Buku-buku yang dibeli pada 8 November 2007 - Popular, Kuantan.



Cuti sempena Deepavali tempoh hari, saya berkesempatan ke Kuantan. Tujuan utama adalah untuk menonton Bee Movie. Saya mengheret Nadhrah bersama kerana K. Marina sibuk marking. Hajat hati sebenarnya nak juga menonton filem Otai lakonan Apek, tapi disebabkan sampai ke Kuantan jam 12 lebih, saya membatalkan hajat (Nadhrah mencebik bila saya beritahu dia yang saya mahu menonton filem tersebut. Dia tak tahu yang saya adalah big fan slapstick comedy!).

Sebelum filem bermula pada pukul 1.40pm, saya pun menuju ke kedai buku Popular, (kenapalah MPH tak nak buka outletnya di sini?). Ramainya orang. Hari cuti kot, semua pun nak keluar mencari sesuatu yang menyenangkan. Saya ke bahagian fiksyen untuk mencari karya Sohaer Kashoggi. Saya nak mencarinya kerana tertarik dengan ulasan di dalam tabloid KOSMO! tempohari. Tapi, malangnya, tidak ketemu satupun. Tak apalah, mungkin saya boleh berjumpa buku-buku tersebut bila saya ke KL nanti.

Kemudian saya ke bahagian "new arrival" mencari karya Amir Muhammad, Malaysian Politicians say the Darndest Things. Oh, ada 2 naskhah sahaja yang tinggal - cepat-cepat saya ambil. Kemudian mata saya menangkap karya Lydia Teh, Life's Like That, Scenes from Malaysians Life.

Kemudian saya terus ke bahagian fiksyen Melayu, mencari cerita-cerita lain daripada yang sedia ada ... Mata tertancap pada karya Shamsiah Mohd Noor - Bulan Berbisik, dan Aminah Hj. Mokhtar, Ku Usir Lara Ini. Saya sebenarnya menyenangi fiksyen Melayu, namun kadang-kadang sesak rasa dengan naskhah-naskhah cinta asyik maksyuk. Agaknya, bila bertambah usia, makin pening otak nak menggarap karya-karya ini. Tapi, saya salute penulis-penulis muda yang gigih menulis.

Berjalan mundar-mandir, mata terlekat pulak pada sebuah buku: Malaysia Public Policy and Marginalised Group. Bagus ni, untuk diajar semester hadapan. Saya ambil lagi. Di sebelah buku tersebut, ada sebuah lagi buku yang menggamit saya - Mad about Malaysia karya Dean Johns. Saya perhatikan blurb nya, saya rasa lebih kurang macam buku Lydia Teh saja, lantas saya letak semula. Kemudian, saya dapati Nadhrah membeli buku tersebut. Ah, pinjam sajalah dari dia ...

Sedar tak sedar, hampir RM150 saya berbelanja untuk semua buku-buku tersebut. Tapi, hati saya puas, walaupun saya tak pasti bilalah saya mampu membaca kesemuanya.

Falsafah saya yang sering membuatkan emak berbulu dengan saya:
"beli, kena beli. baca, bila-bila pun boleh... yang penting, ada depan mata."

Nota: Sampai ke hari ini, saya masih lagi membaca buku Lydia Teh. Rasanya buku Malaysia Public Policy and Marginalised Group adalah yang paling akhir dibaca. Nasib tak baik, saya akan baca secara skipping and screening untuk topik tertentu sahaja. Tengoklah macam mana...

6 comments:

Amir Muhammad said...

selamat membaca :-)

Pishaposh said...

Wah, Amir mengungjungi blog saya!! I'm flattered! Thanks!

Ya, saya dah khatam Malaysian Politicians Say the Darndest Things masa tengah jeda marking paper ...

Ketawa sorang-sorang ...

nanti saya buat ulasannya ya ...

Amir Muhammad said...

Pelancaran buku seterusnya dijadualkan untuk bulan Febuari. Kalau di KL waktu itu, ayuh!

Pishaposh said...

terima kasih.

ya, pasti pergi kalau saya di sana..

have a nice day..

Lydia Teh said...

Hi Fisha, terima kasih kerana membeli Life's Like That. Saya harap anda akan suka karya ini. Sekarang buku ini telah mendapat cover baru ala kartun seperti Honk! If You're Malaysian.

Pishaposh said...

Oh Lydia juga mengunjungi blog saya? Aduh, seronoknya! Teirma kasih ...

Ya, saya membeli Life's Like That dengan cover kartun .. dan saya menyukai kesemuanya ... terutamanya bab Couch potatoes ... specfically Versatile Mr. Subtitles. Very hillarious. Good work, really!

BTW, Honk! pun saya dah ada .. cepat saja saya habis ... dalam KLIA Express ke KL Sentral ...

Really love your work!!