Thursday, April 26, 2012

Sebelum berjumpa kamu.


Satu penyakit kronik saya, gila membeli buku, namun sukar untuk dibaca. Bermacam helah dan alasan saya berikan. Tak tahu bilakah tabiat buruk ini akan berakhir. Buku-buku di bawah ini saya beli sebelum menghadirkan diri ke PBAKL 2012. 



Mari saya ceritakan kenapa saya membelinya:




Buku yang ini saya temui di Borders Queensbay Mall Pulau Pinang. Tidak berhajat untuk membeli, namun bila mata tertancap pada kulit luar, terus fikiran melayang teringatkan keterujaan blogger ini bercerita mengenainya. Tanpa rasa bersalah, terus naskhah ini bertukar tangan. Baru diselak sedikit-sedikit. Bolehlah dihabiskan ... cuma tak tahu bila. 




Gila kamu untuk membiarkan karya Andrea Hirata begitu saja? Saya tak baca blurb, saya tak selak naskhahnya - dari rak terus ke kaunter - hanya kerana nama Andrea Hirata itu. Nipis sahaja. Lain kali kita cerita.




Yang ini tak pasti kenapa saya capai juga. Agaknya, mungkin tertarik pada satu dua baris jokes yang saya baca sepintas lalu. Mungkin juga kerana bentuk tulisan yang digunakan. Impulsive buyer? Apa kah ubatnya?



Yang ini saya beli kerana tertarik dengan catatan di blurbnya. Lagi pun, cerita cikgu-cikgu dan pelajar sememangnya ada tarikan tersendiri kepada saya. Cita-cita menggunung, untuk menjadi cikgu yang berperibadi luhur ... tapi .. kalau lah begini tabiatnya, haruskah saya melupakannya? Baru baca sikit, saya dah tutup sebab excited nak cari buku-buku di PBAKL 2012.




Kata Kak Marina:
"You'll make a good library but not a good librarian."




Well, am concur with that. I rest my case. =)

3 comments:

Najwa Najihah said...

ops, bibliohism...!

Nampaknya kita serupa. Aduhai.... Kadangkala kasihan dengan buku-buku yang rindu untuk dipegang dan diselak.

Blog ini, http://tuantanah.wordpress.com, menyebabkan degupan poket saya bergerak laju. haha...

apa2 pun, teruskan usaha mencari masa untuk membacanya. =)

Pishaposh said...

Najwa Najihah:
Ya, salah satu sifat bibliohism .. Gila membeli buku ... (tapi tidak dibaca) ... Andrea Hirata mungkin boleh masuk benda kepada gila nombor 31 kot =)

Dan, buku2 ini sudah makin bertambah dari hari ke hari .. kerana pembelian bertambah setiap minggu ... T_T

Semoga kita berjaya membaca semua yang kita beli itu ... (selain disedekah bila tidak mampu membaca lagi ..)


Terima kasih atas kunjungan ...

Najwa Najihah said...

Mujur sekarang ini jarang ke kedai buku.

Ya, kadangkala terpaksa melepas pergi buku2. Tak apalah, ada juga yang dapat manfaat.

Nampaknya blog ini pun menyebabkan degupan poket saya semakin laju. haha....

Sama2 kasih. =)