Thursday, September 16, 2010

Bumi Cinta by Habiburrahman El-Shirazy


Image credit: Google


Selepas Ayat-Ayat Cinta (AAC), minat saya pada karya Habiburrahhman El-Shirazy (Kang Abik) serasa biasa-biasa sahaja. Apatah lagi, selepas saya membaca Rindu Cleopatra, saya jadi menyampah habis. Namun, apabila membaca Ketika Cinta Bertasbih (KCB) I dan II, saya ok kembali. Mungkin kerana watak yang hampir sempurna membuatkan saya tidak berapa selesa dengan karya-karyanya.

Itu cerita hari itu.

Hari raya kedua yang baru lalu, apabila tetamu sudah kurang berkunjung, dan saya pun malas mahu berkunjung ke mana-mana, selepas makan tengahari, saya berkurung di bilik. Saya capai novel gemuk yang saya beli hampir dua bulan yang lalu. Dan, pembacaan diulangkan [sebab dah mula awal Julai hari tu]. Larut dalam pembacaan … saya kemudian larut terus dalam mimpi tidur siang … hahaha.

OK, serius.

Sebelum menulis ulasan ini, saya ada membaca beberapa ulasan di banyak blog. Kebanyakannya menyatakan karya Kang Abik yang ini tidak semantap AAC dan KCB – kerana plotnya mendatar dan banyak perbincangan yang tidak berapa menarik. To each his own la, kan? – saya tak tahu kenapa saya gemar gunakan kata-kata itu sejak akhir-akhir ini! Bagi saya, selepas habis membaca, saya rasa puas. Walaupun tidak secara keseluruhannya, tapi pada skala 1-10, saya menarafkan kepuasan saya pada skala 8.5. Kenapa besar sangat skalanya? Mari saya ceritakan.

Watak Ada 4 watak utama – Muhammad Ayyas, pelajar sarjana bidang sejarah yang mahu mengkaji mengenai sejarah Islam moden dalam era Rusia moden, Yelenagadis Rusia teman serumah Ayyas, pelacur kelas pertama yang tidak mempercayai Tuhan. Linor EJ Lazarenko @ Sofia Corsova @ Sofia Ezzuddinjuga teman serumah Ayyas, ejen perisik Mossad yang menyamar sebagai wartawan dan pemain biola untuk orkestra, Dr. Anastasia Palazzo, pembimbingnya yang menggantikan pembimbing asal – Prof. Abramov Tomskii. Anastasia, gadis berdarah Rusia-Itali adalah pensyarah di MGU dan seorang pakar mengenai sejarah Asia Tenggara.

PlotAyyas diminta oleh profesornya di Aligarh, India, untuk pergi ke Rusia untuk mendapatkan first hand data mengenai sejarah Islam di Rusia bagi melengkapkan tesis sarjananya. Rencananya hanya tiga minggu di Rusia. Namun, dalam tempoh itu, pelbagai perkara yang berlaku yang menyebabkan hidup Ayyas terpusing 180 darjah kalau tidak 360 darjah. Dia terlibat dengan pembunuhan seorang ahli mafia, difitnah sebagai orang yang bertanggungjawab meletupkan hotel ternama Rusia, menjadi terkenal setelah berjaya mematahkan hujah seorang penulis kontroversi di dalam satu talk dan kemudiannya muncul di dalam sebuah talk show. Di samping itu, Ayyas menjadi pemuda idaman 3 gadis watak utama yang gedegang-gedegang kecantikannya. Happy ending untuk sebahagian, dan cliff hanger pada sebahagian. [Mungkin akan ada Bumi Cinta II?].


Nilaian saya:

Nilai tambah
Saya menyukai plot cerita ini kerana subjeknya sangat menarik – bagi saya lah. Subjeknya adalah mengenai negara Rusia – yang saya rasa sangat luas dan kompleks untuk diterokai. Saya selalu membayangkan Rusia itu adalah sebuah negara yang sentiasa dalam keadaan berkabus, misteri dan cold (bukan sebab cuasanya, tapi budayanya). Malah, membaca tentang Kremlin saja sudah menyeramkan saya – bukan kerana di situ tempat pembuat dasar – tapi kerana dibayangi cerita-cerita ganas Stalin dan Lenin. St. Petersburg pula kedengaran seperti kota yang kejam dan keras. Entah apa-apa, kan? Itulah padah kalau tidak mengetahui.


Perbahasan mengenai atheis. Fenomena (boleh dipanggil begitu?) atheis adalah sesuatu yang pada saya sangat menarik. Walaupun, dasarnya ia tidak mempercayai wujudnya kuasa Tuhan, atheis itu sendiri sebenarnya adalah satu kepercayaan [ini antara perkara-perkara yang membuatkan saya tidak ‘lalu’ dengan falsafah]. Menerusi Ayyas, Kang Abik menyajikan ilmu baru kepada saya mengenai jenis-jenis atheis serta evaluation setiap satunya. Dan, paling menarik bagi saya adalah part di mana Ayyas berlawan hujah dengan seorang penulis terkenal dan penuh kontroversi kerana tulisan yang bersifat provokatif, Viktor Murasov. Namun, ada sedikit kesalan, kerana setelah Ayyas berhujah, Murasov terus didiamkan oleh Kang Abik – sebagai tanda Murasov terkena pukulan KO dari Ayyas. Pada saya, Murasov perlu bangun menentang kerana dia adalah seorang yang kritis dan penuh provokasi [tapi, kalau nak masuk yang ini, mungkin mencecah ribuan halaman pula lah jadinya, kan?]


Sejarah Sabra dan Shatilla 1982 pembersihan umat Palestin oleh tentera Yahudi. Melalui watak ibu Linor, Ekatrina – seorang sukarelawan PRC ketika kejadian itu, Kang Abik memperincikan cebisan kejadian peristiwa itu, bermula dari serangan 16 September hingga 19 September 1982. Cerita ini mengingatkan saya kepada 2 perkara – satu, Dr. Ang Swee Chai, penulis Dari Beirut ke Jerusalem (yang setengah saja saya baca – saya akan cuba habiskan lain ketika), yang menjadi saksi kepada peristiwa itu, dan lagu Allahyarham Zubir Ali – Balada Seorang Gadis Kecil, yang dinukilkan bersempena peristiwa itu – dan satu lagi, tarikh peristiwa ini bersamaan dengan tarikh lahir saya – September 17.

Kekejaman bangsa Yahudi di dalam peristiwa ini memang sukar untuk dibayangkan. Andai mereka bijak melukis peristiwa holocaust demi menarik rasa simpati dunia kepada mereka, mereka juga sebenarnya bijak menyembunyi pembunuhan di Sabra dan Shatilla ini. Sehinggakan, kita (saya sebenarnya), lebih dulu mengetahui holocaust dan simpati terhadap ‘mangsanya’ daripada saudara seagama di Sabra dan Shatilla.

Paling mengesankan apabila watak ibu Linor menyuruh Linor merenung dalam-dalam kepada rakaman ke atas satu mayat seorang wanita yang dirobek perutnya, disiat payudaranya dan londeh pakaian serta tudungnya – kerana itu adalah mayat ibu sebenar Linor – Dr. Salma Abdul Aziz. Saya tidak pasti watak Dr. Salma fictional atau pun tidak, tetapi nama-nama yang disebutkan oleh ibu Linor seperti Azizah Khalid dan Ang Swee Chai itu memang saya ingat dari buku Dari Beirut ke Jerusalem itu. Tragedi sebuah bangsa yang entah bila akan tamat T_T


Saya sebenarnya kagum dengan ‘keperasanan’ penulis dengan negaranya dan rakyatnya – lewat watak Ayyas itu. Watak itu dilukis dengan penuh pesona dan Indonesia digambar sebagai negara yang indah dan muluk. Saya jarang sekali menemukan watak orang Melayu Malaysia digambarkan sebegitu – maksudnya, yang sampai memberi impak international sebegitu (seperti menjadi popular hingga dijemput ke dalam talk show pada waktu prime time di stesen TV Rusia).

Pengecualian mungkin kepada tulisan FT dalam 1511 dan yang sewaktu dengannya. Juga karya Ramlee Awang Murshid – ADAM (besar kemungkinan ramai yang telah menulis, cuma saya yang tidak terjumpa). Bagi kita yang maklum dengan keadaan Indonesia, pasti ada rasa lucu apabila membaca perkara-perkara ini, dan ini juga mengingatkan saya kepada Ideal-Type Construct theory dalam bidang Development Administration. Tapi, kekaguman saya mengatasi kelucuan itu, kerana kalau tidak kita yang bermegah dan berbangga dengan diri kita, siapa lagi? Tidak salah kalau memberi penarafan yang tinggi pada diri sendiri (walau hakikatnya kita tidak begitu bagus) – kerana itu adalah lambang kepada tingginya self-esteem dan self-confidence kita. Kuasa confidence itu sangatlah besar dan mengesankan walaupun over-confidence selalu mendajalkan kita.


Seperkara lagi, hikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah pada saya adalah kebolehan menerangkan dengan mudah perkara yang susah tanpa mengurangkan tuntutan kepada perkara tersebut untuk orang yang mahu didakwahkan. Ataupun, hikmah itu, bermaksud, sentiasa ada jawapan untuk perkara-perkara yang ditanya. Dan, hikmah juga bermaksud, pintar memilih tindakan mengikut keadaan. Dan, perkara ini tercermin benar pada Ayyas semasa di dalam talk show itu. Saya cemburu dengan watak Ayyas dan penulisnya kerana hikmah mereka!



Nilai susut
Hal- hal teknikal sahaja …

Pertamanya, pengulangan dan pengulangan. Mungkin, dek kerana novel ini agak tebal, penulis terpaksa mengulang beberapa kali benda yang sama supaya fokus pembaca tidak lari. Namun, ia sedikit mengganggu kerana kadang-kadang pengulangan itu sama panjangnya dengan bahagian asal yang sudah dibaca. Bagi orang yang jenis membaca laju, mungkin tak terasa, tetapi pembaca yang deep reading (baca: slow dan lembab) macam saya ia menerbitkan rasa kecewa kerana tiba-tiba kena baca benda yang baru dibaca pada 15 muka surat yang lepas …


Ejaan. Kalau novel itu tebal, dan tiada langsung kesalahan ejaan, ia merupakan bonus point kepada saya kerana saya tak tahu kenapa saya sangat sensitif dengan ejaan. Walaupun tak banyak salah, ia tetap mengganggu. Dan, masa terganggu itulah masa terbaik untuk saya larut sampai tidur … what an excuse! Lame sungguh! Tapi, seriously, ejaan salah memanglah mood spoiler.


Kebetulan. Apabila ramai pengulas mengatakan novel ini mendatar sahaja, saya menyedari ada kebenarannya apabila habis membaca. Banyak perkara yang anti-klimaks. Asalnya memang mendebarkan, tetapi, bila di pertengahan, sudah boleh ditebak apa jadinya. Mungkin ia bermaksud, oleh kerana Ayyas seorang yang berperibadi tinggi, segala kesulitan jarang menghinggapinya … ah, bosan!

Antaranya, bila Ayyas tergoda oleh Linor, tiba-tiba Ayyas tersedar perbuatannya, kemudian terus melumpuhkan Linor serta mengeluarkan Linor dari kamarnya. Kebetulan.

Bila Linor memasukkan beg yang mengandungi bukti palsu yang akan mengaitkan Ayyas dengan letupan hotel Metropole, beg itu boleh pula tertinggal semasa Ayyas berpindah dan Ayyas tidak langsung melihat beg itu. Kecuaian seorang perisik? Kebetulan yang pelik. Dan banyak lagi lah …


Kesimpulan:
Selepas membaca novel ini, terasa semangat Islam itu sedikit membara. Memang ia boleh membangunkan jiwa sedikit sebanyak. Semangat untuk melakukan sesuatu untuk agama, bangsa dan negara melambai-lambai. Namun, selama mana? Hanya Allah yang tahu.

Hidayah itu kerja Allah. Namun, usaha untuk mencarinya tidak pernah Allah halangkan. Semoga kita semua menemukan makna pada kehidupan yang sementara ini, InsyaAllah.



**Sebab novel ini tebal, maka, ulasannya juga panjang.

11 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Terima kasih atas ulasan. Ya, saya juga sama, selepas AAC dan Pudarnya Pesona Cleopatra, saya sudah tidak berminat menyentuh buku2 penulis ini. Membaca ulasan ini, saya mungkin akan berjinak kembali dengan karyanya.

Welma La'anda said...

Kak,
Kesimpulan yang saya dapat setelah membaca ulasan ini ialah :

Esok hari lahir akak. Hehe

Selamat Menyambut Ulang Tahun. Semoga usia yang lalu dan akan datang adalah mahakarya mu yang diganjari pahala yang bercambah.

Pishaposh said...

Tok Mudin:
Tiba2 saya rasa takut pulak ... sbb, nanti, bila Tok berjinak balik dgn karya Kang Abik ... ia masih tak berapa nak berubah ... huhu ... Good luck ye Tok ... dan terima kasih kerana membaca ulasan ini =)

Welma:
Pandai sungguh no dok baca antara baris ... hehehehe!

Terima kasih atas ucapan dan doa2 itu ... =)

Selamat hari raya semua!

ajako said...

wah wah, membaca di hari raya. Mu memang hebak pishaposh...respek mung...

p/s: happy belated b'day. ulasanmu adalah hadiah terbaik sempena hari lahirmu...eeeuuuwww, adakah?

Nora Fuad said...

as salam..pisha.

Hanya pernah membaca AAC, itu pun hanya 20 muka surat pertama, tidak berminat menghabiskannya.

Mungkin membaca selepas membaca ulasan ini.. mungkin..

Pishaposh said...

Ajak:
Apa hebatnya? Dah takde orang datang, aku bacalah buku tu. Tambah cerita2 kat TV masa raya kan macam hampeh ... pas tu, aku pon anti-social gak ... org tak dtg, aku x pegi rumah org .. elok la tu ...

BTW, thanks la ye 'hadiah hari jadi' untuk aku tu ... =p

Selamat Hari Raya Jak!

Pishaposh said...

K.Nora:

Hahahaha ... ada juga orang yang cannot go dgn AAC? Heheheh ...

Semogalah akak boleh go on dgn this novel ...

Selamat Hari Raya kak!

P/s: x de novel baru ke?

wnorhaslina said...

Setuju dengan ulasan pisha..Saya baru sudah baca novelnya. Lemas part pengulangan dan ejaan dalam novelnya.

pn noor arbaiah said...

Pisha : ada juga kawan2 yang cannot go the AAc.. he he

novel kedua on the way..

rasanya, ada taste masing2.. tepuk dada tanya selera.

Pishaposh said...

Wan:
Kan? tapi .. saya terkesan sungguh dgn perbincangan sejarahnya tu ...

K.Nora:
Iya ... selera ... ada org suka makan baulu cicah kopi ... ada org suka cicah dgn sos ... pilihan masing-masing =)

Good luck with your novel kak!

fatimah wahidah said...

salam.
novel ni memang agak mendatar.tapi isinya sebenarnya mengajak kita berfikir tentang pegangan kita,akidah kita,serta isu umat Islam di Palestin,tidak dilupa bagaimana jati diri seorang belia Islam dalam meneruskan 'survival' di negeri yang majoritinya bukan penduduk Islam.

bagi saya novel ni ada 'isi' dan mesej berbanding novel kang Abik yang sebelumnya