Tuesday, June 29, 2010

Tapai - Travels & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian by Hishamuddin Rais

Gambar dari sini


Buku ini saya capai secara rambang. Itu aktiviti biasa bila saya mengunjungi kedai buku. Maksudnya, mesti kena beli satu buku apa pun. jangan keluar dengan tangan kosong! Lepas tu, bacanya entah bila bila … ditanya di Mahsyar, haruslah saya! Huhuu.

Saya memang tidak kenal Hishamuddin Rais (HR) – tapi info tentangnya yang saya ada, dia pernah ditangkap di bawah ISA, pernah menjadi pelarian politik dalam masa yang agak lama dan selebihnya pembikin filem yang tidak ditayangkan (atau, saya yang tidak menonton?). Saya juga pernah membaca blog beliau – tukar tiub – namun saya tak rasa saya menyukainya.


Buku terbitan ZI Publication ini merupakan koleksi tulisan HR di dalam majalah Off the Edge (majalah ini pun saya tak pernah baca – itu isu lain).


Buku ini secara ringkas bersifat travelog makanan – HR memberi pandangan peribadi beliau mengenai makanan yang dicubanya di merata tempat. Falsafah sesuatu makanan itu juga dihuraikan dengan menarik. Saya admire perkara itu. Seharusnyalah seseorang seperti beliau mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan.


Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak bercerita mengenai buku ini – kerana pada saya, ia adalah satu catatan yang sedikit mengganggu. Seharusnya saya bercerita mengenai apa yang ditulisnya, bukan menilai siapa dirinya. Namun, banyak perkara yang membuatkan saya tidak boleh berasa begitu!


Pada muka pengenalan (dedication) ada dicatat:

Isham is part-time Bumiputera and full time human being.

Apabila membaca pernyataan ini, saya sudah mengagak apa yang akan saya temui – namun, hakikatnya, ia lebih mengejutkan!


Ya, saya adalah full-time Muslim, human being and Bumiputera – maka, apabila ada perkara yang ditulis beliau yang menyesakkan nafas saya, saya bersitighfar panjang. Dia terlalu berani malah pada satu-satu ketika terlalu bangga dengan kehidupan begitu. Iya, itu kehidupannya, sebagai full time human being, tiada yang salah mengenainya, namun apabila masih mengaku part-time Bumiputera itulah titik masalahnya (mungkin sebab dia tak nyatakan kelompok Bumiputera mana yang dia menjawat jawatan part-time itu).


Mewajarkan rasa, saya melihat sisi lain pula – dalam buku ini, HR berterus-terang bahawa dia adalah born-again agnostic (kalau ikut bahasa biasa, agnostic adalah satu kepercayaan tidak mempercayai kewujudan tuhan – boleh baca di sini) – maka, saya rasa saya patut berterima kasih kepada beliau kerana rela menjadikan dirinya guinea pig pada eksperimen yang pastinya mereka yang mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tidak boleh melakukannya – mengkonsumasi perkara-perkara yang diharamkan. Mungkin falsafah seorang foodies seperti beliau – makan ditanggung sendiri – adalah jawapan pada segala rasa terganggu saya ini.


Akhirnya, mungkin untuk mengurang rasa terganggu saya akan mengatakan bahawa buku ini ditulis oleh seorang lelaki misteri – tanpa diketahui asal-usulnya, anonymous agama dan budayanya - … tapi, masih juga tidak boleh!






P/s: Buku ini memang sesuai dengan tajuknya – dan adalah sebuah bacaan yang menghiburkan! Ironikah? Anda baca, dan boleh beritahu saya kemudian.

P/s/s: Saya rasa saya pernah terbaca mengenai apa yang
Isma kata mengenai penerbitan ZI Publication di GR … dan, selepas membaca buku ini, saya bersetuju. Pstt, Isma, saya ada satu lagi buku terbitan ZI mengenai Edd Hussain – belum dibaca.

13 comments:

Sofira said...

salam.

nampak menarik cover buku tu. :)

ajako said...

wah, wah, travelog psl mkn yg sarat dgn kekeliruan? ibarat nasi beriani terlebih rempah...tersedak...

Ayasu Kuro-Obi said...

majalah Off the Edge tu rasanya nak stop doh penerbitan...

HR tu ada makan pelik2 yang nyata ke?

Tapi mmg HR tu sendiri pelik...

Pishaposh said...

Aidura:
Salam. Semmemangnya itulah tarikan utama bila saya mahu membelinya =)

Ajak:
Hehehe .. tak pernah la plak aku tersedak makan nasi beriani lebih rempah ...

Haji Sepu:
Ye ke? Tak ambik port pun kawe pasal hal tu.

Makan pelik2 yang nyata? - Minum wine n beer tu mungkin biasa ... tapi makan babi di Jepun?

Tak terjangkau dek akal ambe!

Ayasu Kuro-Obi said...

mu jangang pisha...nok muntoh niii... tubik abih doh laksang hok mu dok wahiii...

Pishaposh said...

Haji Sepu:
Mu bace ah seniri ... tak tau la kot aku kompius sbb ye tulih dalang BI ... tp, ghase2 betul doh hok aku faham tu ... maghi ah, aku gi mu pinje wat kelik bace ...

Isma Ae Mohamad said...

Dulu masa sekolah, saya amat meminati Hishamuddin Rais(HR) menerusi kolum di Berita Harian selepas beliau pulang kembali dari pelarian kerana takut dengan ISA.

Namun, selepas reformasi, saya membaca tulisannya di dalam BI.Sungguh sangat menyakitkan hati, begitu bebas sekali ideanya, sampai arak macam air sejuk. Mula hari itu saya buang terusnya seperti saya membuang Astora Jabat setelah lama mengagumi.

Tapi saya pembaca setia majalah Off The Egde.Selalu saya abai ''tapai" HR.

(Tidak minat dengan ahli politik macam ZI?)

Pishaposh said...

Isma:
(Tidak minat dengan ahli politik macam ZI?) tu, pertanyaan untuk saya ke?

Kalau pertanyaan, ini jawabnya:

- Secara keseluruhannya. kurang gemar politician begini. Tapi, bukankah politikus begini yang banyak sekarang?

- Ada pandangannya saya boleh terima, ada yang tidak.

- Perasaan kepada dia? Neutral saja

=)

aediasri said...

salam,

saya kira, agnostic itu percaya pada kewujudan satu Kuasa, yakni Tuhan, tapi tidak kepada 'organized religion'.

saya kira definasi anda silap.

Pishaposh said...

Aediasri:

Terima kasih atas teguran itu. Ya, mungkin saya silap kerana saya tidak menekuni bidang comparative religion ... namun, berdasarkan pembacaan ringkas saya, agnostic somehow fall under same category as atheis or non-relgious.

Maka, menyimpulkan itu, saya kira begitulah tafsirannya.

Saya akan cuba memahamkan perkara ini lagi.

Terima kasih untuk itu. Dan, terima kasih atas kunjungan saudara/i.

aediasri said...

Sama-sama.

tak mengapa, saya pun bukan pandai sangat :)

cuma ingin berkongsi;

Richard dawkins menyifatkan agnostic ni golongan tak boleh buat keputusan.

Tak ingin menganut agama, tapi tak berani jadi atheist.

kata dia lah.

Pishaposh said...

Aediasri:

Keismpulannya ... mereka agak bahaya kedengarannya ... tidaklah berani sangat ... namun mahu bunyi seperti berani.

Tidak mengapalah .. pilihan masing-masing ...

Isma Ae Mohamad said...

Memang banyak dan sedang tumbuh. Kadang-kadang saya agak dukacita dengan kawan-kawan saya(penyokong Pas)begitu kuat membela dan mengangkat orang-orang seperti ini.Raja Petra misalnya.

Setuju dengan definasi Aediasri.Orang seperti bila hendak lemas di laut baru percaya ada kuasa yang kawal alam ini.

Umberto Eco antara penulis yang boleh dikelas sebagai agnostic; Katholik bukan, ateis bukan, liberal bukan.Baca buku debatnya, Belief or nonbelief?: a confrontation By Umberto Eco, Carlo Maria Martini


Memang mengikut faham orang barat, macam-macam kelas mereka kategori untuk manusia. Bagi saya ada dua kelas utama, kalau tidak Islam ia kafir.Oh, saya cuma orang Islam dalam kelas orang awam, bukan dalam kelas ulamak!..:)