Dari sekian banyak genre penulisan, genre cerpen adalah kegemaran saya. Saya masih ingat lagi, saya mula berkenalan dengan genre ini sekitar usia saya 10 tahun, dan, antologi cerpen pertama yang saya baca adalah karya Fatimah Busu (tapi lupa tajuknya). Yang kelakarnya, oleh kerana saya tidak tahu bahawa istilah antologi itu merujuk kepada kumpulan atau himpunan puisi atau prosa yang ditulis oleh penulis yang sama, maka, setiap buku yang ada perkataan antologi, semua saya ambil tanpa melihat sama ada ia antologi cerpen atau puisi! Maka, bila terkena antologi puisi, saya menyumpah diri kerana saya memang tidak berminat dengan puisi. Itu cerita masa kecil.
Berbalik kepada kumpulan cerpen Kimono Ungu Bersulam Bunga.
Berita mengenai buku ini saya perolehi daripada laman Goodreads. Kemudian, Najibah si up-to-date-hip-and-cool perpustakawan itu =) mencadangkan agar buku ini dimasukkan sebagai input untuk program ganding baca (oh Najibah, berpuluh kali baca tentang ganding baca pun, saya masih tidak terhadam apa maksudnya! - apa kehai lembab bebenor teman nih!) membuatkan saya makin teruja. Akhirnya, pencarian di blog tuan tulis buku ini, terus membuatkan saya tidak berlengah untuk mendapatkannya. Dan, pada 14 Jun yang lalu, buku ini selamat sampai kepada saya (tapi, hari ni baru habis baca!).
Apabila membelek blurb di belakang buku ini selepas saya menghadam keseluruhan buku ini, saya rasa ulasan itu tidak memberi satu gambaran jelas mengenai apa yang Rebecca berikan pada keseluruhan antologi itu. Saya termenung seketika kerana sekiranya saya hanya membaca blurb itu, mungkin sukar untuk saya jatuh cinta dengan buku ini. Mujurnya tidak!
Apabila membaca catatan mula Rebecca mengenai projek antologi ini, saya sudah mula terasa kagum. Saya maklum karya-karya Rebecca sebelum ini, namun, oleh kerana ia sering muncul di akhbar perdana, saya surrender untuk membacanya! Kenapa? Tak tahan untuk menekuni tulisan di situ - melainkan kalau ceritanya benar-benar menggamit (yang pastinya jarang sangat terjadi .. hehe). Setiap satu cerpen ada kisahnya dan saya suka dan dalam masa yang sama menjadi cemburu - cemburu pada bakatnya dan cemburu pada kesempatannya untuk meneroka banyak perkara!
Terdapat 15 cerpen semuanya. Dan, daripada 15 cerpen-cerpen itu, yang jelas pada saya mengangkat 4 disiplin ilmu: Sains Politik dan Sejarah - dua bidang yang sangat mesra pada saya - dan dua yang tidak – Kejuruteraan dan Seni bina. Namun, yang mengujakan saya, jalinan keempat-empat bidang ini membuatkan saya yang tidak terdidik dengan ilmu kejuruteraan dan seni bina sedikit sebanyak boleh faham apa yang dimaksudkan penulis – terutamanya pada cerpen Mencari Tuhan di Celahan Cambrian dan Protokol Cinta serta Perca-Perca Cinta untuk Palestina. Malah, cerpen Mencari Tuhan di Celahan Cambrian memberi saya tambahan kefahaman kepada teori Darwin mengenai the origin of species itu. Dan, sekali lagi saya menyimpul rasa geram dan cemburu kerana Rebecca mampu memaham banyak fenomena sejarah dan politik dan menulisnya secara effortless! (hehehe, whatever does it means!)
Saya menyukai perkara ini kerana bagi saya, penulis dan pencerita yang baik haruslah pandai membuatkan orang senang memahami sesuatu yang sukar, dan untuk itu, Rebecca memang lulus cemerlang pada saya – cumanya, saya tak pastilah sama ada apa yang saya lahirkan dalam ulasan ini menjawab maksud penulis kepada pembacanya. Fikiran manusia kan dinamik, mencapah-capah dalam memaham suatu perkara itu kan sesuatu yang lumrah?
Dengan tag 15 cerita gadis perantau, Rebecca jelas membuai fikiran dan imaginasi saya. Sudah berkali-kali saya katakan bahawa saya ini bukanlah seorang yang boleh berimaginasi tinggi sangat kerana saya MALAS untuk melakukan demikian (maka, secara rasminya juga saya bukan seorang yang VISIONARY), namun, kesemua cerita Rebecca bagai mengajak saya melakukan begitu tanpa paksaan. Saya pun tak faham kenapa saya terasa semacam berada bersama dalam perbualan Mazlina dan Rodrigo Diaz di puncak Sierra Morena (cerpen ke 14). Haih!
Sememangnya antologi cerpen ini merupakan pembacaan yang worthwhile – kerana memang mengisi seluruh expectation saya.
Untuk anda? Reading this book is at your own risk!
P/s: Tapi saya kurang berkenan dengan cover buku ini. Kenapa? pandangan modelnya tajam sangat dan tiba-tiba membuat saya seram. Ntahapapa kan saya ni? hehehe

4 comments:
Fisha,
Terima kasih memaut ke BukuRia dan sebutkan mengenai Ganding Baca di sini :)
Alamak, betul ya orang tak faham baca mengenai Ganding Baca tu? Patutlah tak ada orang nak join?
Hmmmm.... Tak apa, nanti saya contact Fisha in person, bolehlah buat sesi GB tu nanti berdua dengan Fisha ;)
Berkenaan antologi & kumpulan cerpen, memang ada beza antara keduanya. Himpunan karya seorang pengarang dikelas sebagai 'koleksi', manakala 'antologi' adalah himpunan karya lebih dari seorang pengarang.
Najibah:
Orang lain tak tahu le plak faham ke tak ...
Tapi, kalau nak bagi private tutor about ganding baca ni .. saya sangat berbesar hati!
Pasal koleksi dan antologi tu ... terima kasih, ilmu baru tu. Tapi, masa cari2 di internet, antologi tu bermaksud koleksi seorang pengarang pun boleh, himpunan karya beramai-ramai pun iya ... macam mana ye?
Salam Sdr Fisha.
Terima kasih kerana sudi membaca naskhah Kimono Ungu dan mengongsi pandangan saudari.
Semoga ia bermanfaat untuk kita ;)
Rebecca Ilham:
Terima kasih kerana sudi bertandang.
Karya yang baik pastinya saya akan seronok membacanya ...
InsyaAllah, tak banyak, sikit pasti ada manfaatnya ... terima kasih sekali lagi kerana menulis naskhah itu!
=)
Post a Comment