Monday, April 26, 2010

Tajuknya? Waduhhh!

Ya, ya, saya tahu. Tak payah nak kenyit-kenyit mata. Dah lama dah saya sedar, tapi tak cukup kuat untuk memotivasi saya menulis.

Dah, dah, abaikan. Mana larat, every time nak menulis setelah lama terhenti, mesti nak kena bagi reason. Dah .. dah ...

OK, apa kena tajuk tu?



Seperti pembaca-pembaca semua, saya ada penulis favourite. Ada yang saya minat secara obses, dan ada yang saya minat secara selektif. Apa yang obses dan selektif tu?

Untuk penulis yang diminati secara obses, selalunya saya akan membeli dan MEMBACA buku mereka tanpa banyak soal. Tak kisah apa ceritanya. Kadang-kadang blurb nya pun saya tak baca. Ambil, bayar, dan baca.

Dan, untuk yang saya minati secara selektif, perkara pertama yang akan dilihat - tajuk. Kemudian, baru plot cerita.

Point saya:
Adakah tajuk memainkan peranan dalam menentukan pembelian dan pembacaan sesebuah buku?

Bagi saya, ya.

Bukan sekali dua saya rasa tertipu bila membaca tajuk yang menarik, blurb yang mengundang rasa, tapi cerita yang entah apa-apa.

Anda bagaimana?

Tu saja lah yang saya nak catitkan.

Sakit hati? Hehehehe.

Tajuk yang memancing!

3 comments:

Nora Isma Fuad said...

Hai pisha, sis rasa dalam membaca ni kena positifkan diri. Sis petik apa yang kawan sis katakan, "dalam setiap buku yang kita baca, kalau kita katakan kita tidak dapat ilmu langsung, maka kita termasuk dlm gol.yg sombong.. kerana dlm setiap buku, paling tidak, mesti ada ilmu yg.baru yg,kita pelajari" Kata sis balik, "betullll sangat."

Kadang2 tu, buku yang begitu laris di pasaran pun, tidak kena dengan bacaan kita. Berkemungkinan selera kita berbeza. Jadi, tidaklah boleh menyalahkan buku!

ajako said...

akukah ikan yg termakan umpanmu itu? still a worth entry though...

Pishaposh said...

K.Nora:
Betul tu ... tu sebab jgn sekali2 kata sebarang buku itu tiada nilai kerana tidak ada penulisan yg ditulis tanpa diperah akalnya ... cuma, berhati2 dalam menilai ...

Ajak:
Hehehehehehe ... kau agak? Tapi, aku sgt berterima kasih dengan kesudian kau melawat blog ini.

=)