Saturday, March 27, 2010

PBAKL 2010: Cerita 1

Saya baru sampai ke rumah. Aghhhh .. penatnya kaki. Habis melecet-lecet berjalan-jalan di situ (alasan saja, sebab pergi ke situ tidaklah lama pun, ke tempat lain yang lamanya ... hehehe).

Seperti yang saya beritahu, kali ini saya pergi atas biaya sendiri (selalunya tokey syarikat buku yang akan taja). Tapi, yang hairannya, sebab pergi sendiri ni lah, belian saya jadi biasa-biasa saja. Excitement itu seakan 'tidak mari'. Entah apalah sebabnya ... saya pun tak tahu ...

Oh ya, jangan salah faham, kalau pun pemergian itu atas biaya tokey buku, belian peribadi atas tanggungan sendiri. Kiranya, sambil menyelam minum air - tolong pilihkan buku untuk fakulti, sambil cari buku sendiri.

Kali ini macam tak ramai pembeli dari IPT yang saya temui dan dengar khabarnya, tiada langsung wakil-wakil dari maktab perguruan. Khabarnya juga ia berikutan tiada peruntukan untuk maktab bagi melakukan pembelian buku dalam belanjawan 2010 yang lalu.

Hmmm ... tidak mengapa ... buku bukannya basi. Berharaplah, tahun depan dimurahkan rezeki lagi.

Saya tidak mensasarkan pembelian buku-buku akademik kali ini, tapi lebih kepada buku-buku bacaan yang biasa. Maka ... inilah semuanya! (Jumlah yang sama seperti tahun lepas).



Buku yang kedua terakhir itu saya beli tanpa memerhati betul-betul. Bila membaca blurbnya pun seakan tak perasan bahawa buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Berpinar juga mahu memaham riset itu apa, ngobrol itu apa sebelum dapat mengagak apa maksud yang sebenarnya. Tapi, sebab bahasa Indonesia juga bahasa serumpun, perkara itu bukan masalah. Mungkin saya perlu mencari karya asalnya. Hmmmm ...

Jangan tanya bila akan habis baca kerana yang dibeli setahun dulu pun, hanya 6 yang terlangsai. Ingatkan resolusi tahun ini akan buat saya dinamik, namun macam tak berjaya saja. Tapi tidak mengapa ... membaca kan proses sepanjang hayat. Tak habis baca pun bukan buku akan bunuh diri, kan? -- ayat pengubat hati.

Dua buku ini memang saya nantikan, kerana karya AbuSaif sudah saya minati. Apa ceritanya saya tidak peduli, saya beli sahaja (saya tidak baca pun blurbnya ... saya sudah tetapkan di hati, buku ini akan saya cari bila saya nampak iklannya di blog AbuSaif). Semoga tiada kekecewaan ... :)

Itulah saja cerita bahagian pertama ini. Saja mahu menunjuk apa yang dibeli. Bahagian kedua saya tulis kemudian saja.

Kesimpulannya, saya suka berpesta! ... errr ... pesta buku, maksudnya.

6 comments:

miss cloudy said...

ter-miss la plak PBKL tahun nih.. uhuksss.. ku cemburu kamu.. hehe

Pishaposh said...

Miss Cloudy:
Awat missed plak PBAKL? Kan jenuh orang dok berkata2 ...?

Ya, kamu harus saja cemburu sama saya ... :)

Sofira said...

saya jugalah yg masih tercari-cari buku terbaru abu saif ini agaknya ahaks.

Pishaposh said...

Aidura:
Dah senang la nak dapat ... beli jer secara pos kalau malas nak ke kedai buku ...

saya baru tamat baca Murabbi Cinta .. Satu lagi tu, tak tahu bila mahu habis. Arghhh!

wnorhaslina said...

Saya teringin nak miliki dan baca buku Cinta di rumah Hassan Al Bana.

Buku-buku yang peesha beli tajuknya best2. Suka...

Pishaposh said...

Wnorhaslina:

Saya pun terjumpa buku ni secara x sengaja di PBAKL ... sebenarnya lebih tertarik pada tajuknya ... tp masih belum tertarik utk baca keseluruhannya ...

Terima kasih kerana suka pilihan saya =)