Friday, March 12, 2010

Suka. Suka. Suka.



... Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu ....
(*)
Sebahagian lirik AKAN TIBA (Amylea)


Overnya saya, kan?

Tapi , memang begitu selalu pun. Asal tiba PBAKL, saya akan jadi teruja macam apa saja. Kegembiraan 'melawat' lautan buku-buku, membeli dan bermacam-macam aktiviti lagi membuatkan PBAKL umpama kegembiraan menyambut raya di waktu-waktu kecil dulu. - Baca ke tidak buku-buku yang dibeli, belakang kira!

Tahun ini, saya akan pergi sendiri - tanpa biaya dari publisher seperti tahun-tahun dahulu. Mujurnya tarikhnya masih sempat bertemu waktu gaji, maka, sedang moleklah ... Lepas PBAKL, mungkin saya akan meringkuk diam-diam saja. T_T

Saya tak pasti apa yang saya akan cari. Mungkin sesuatu yang lama, yang baru, yang dihilangkan ... macam-macamlah. Semoga PBAKL kali ini akan terus mengindahkan hidup saya!

Jumpa di sana!

2 comments:

Nora Fuad said...

as salam,

betul fisha.. datangnya belum bergaji.. jadi, diam2 minum air kosong sahaja sebab duit dibelanjakan untuk membeli buku.

Pishaposh said...

Salam.

K.Nora ... tu la pasal ... seram nak membayangkan akibat selepas itu ... huhu.

K.Nora tak gi promo buku kat PBAKL ke? Boleh saya dptkan otograp :)