Kenal pasti budaya membaca
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Benarkah rakyat Malaysia hanya membaca purata dua buah buku setahun? Persoalan itu dibangkitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang percaya bahawa keadaan itu jauh lebih baik pada masa sekarang.
"Tidak mungkin rakyat Malaysia masih lagi membaca dua buku setahun. Industri buku negara telah meningkat dengan purata 16,000 judul buku diterbitkan setahun. Jadi kita merumuskan keadaan itu telah berubah kini," katanya....
Bila saya membaca berita ini, saya tak tahu apa respon sepatutnya. Apa yang sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pak menteri ini?
Rais berkata, kementeriannya akan menjalankan kajian terbaru bagi mengenal pasti situasi terkini terhadap budaya membaca dan tahap pembacaan di kalangan rakyat Malaysia. Katanya, kajian yang mengambil masa enam bulan itu akan dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bermula April ini….
Saya sebenarnya hairan. Dengan perkembangan industri buku di Malaysia, sambutan orang ramai yang datang ke PBAKL saban tahun, kementerian masih bergantung kepada kajian yang berusia puluhan tahun itu? Seingat saya, sedari saya mula pandai memaham data dan fakta, kajian itulah termasuk dalam fakta yang saya kumpul. Itu cerita 20 tahun lepas. Tak kan lah masih tiada kajian baru mengenai trend pembacaan rakyat Malaysia. Sungguh aneh.
Kalau beginilah keadaannya, patutlah dalam hal buku-buku di Malaysia ini, dasarnya kelihatan tidak berapa memberangsangkan. Sebagai contoh, pelepasan cukai hanya RM1000 bagi pembelian buku, mungkin polisi kerajaan menggunakan hasil kajian yang lapuk ini!
Tak fahamlah!
Tapi, saya masih optimis dengan janji menteri nan seorang ini. Moga-moga ada hasil yang bakal melegakan kita semua - kerana saya tak mahu menjadi sebahagian daripada statistik yang statik itu!
P/s: Pak Menteri, ini buku terbaru yang saya beli. Saya dah baca sampai ke halaman 31 dan ia bermula semalam! Tapi saya tak tahulah bila pembacaan saya akan habis T_T
11 comments:
as salam, betul sangat apa yang u katakan... takkanlah sampai bila2 kita mahu bergantung kepada kajian lama.. pelik juga.. di kedai buku selalu penuh dengan orang, juga di libary.. kajian baru perlu dilakukan..
salam
setuju sangat pak menteri patut buat survey baru.
erm, buku the other malaysia ni tentang apa eh? nampak menarik gambar-gambarnya..
K.Nora:
Hmmm ... mmm ... mmm ... hehehe
Azie:
Buku tu tajuk dia WHAT YOUR TEACHER DIDN'T TELL YOU ... theotherMalaysia tu website nya ..
Saya pun membeli sebab terpikat tajuk dan cover nya ... hehehe
Terima kasih kerana sudi singgah.
Azie:
Sorry, x jawab soalan ... :p
Buku ini setakat yg saya baca menceritakan sisi sejarah dari pelbagai sudut. Contohnya cerita mengenai keris ... dan apabila membacanya, byk pula perkara yang saya tak aware dibicarakan ...
Dan sudah pastinya, cikgu2 kita tidak mengajar perkara2 tersebut .. mungkin kerana kekangan masa ...
terima kasih.
mungkin juga cikgu tak sempat ajar kerana kekangan masa =)
tuan rumah ini pun cikgu juga?
feesha: "mungkin juga cikgu tak sempat ajar kerana kekangan masa" sungguh berdiplomasi jawapan ko...have u try PTD?
Azie:
Ya, saya rasa kasihan pada cikgu2 kita! :)
Saya cikgu?
Kadang2 macam ya .. but most of the time ... not :p
Ajak:
Kau jgn tak tau ... aku ni frustrated diplomat! hahaahah.
Yes, I did try PTD ... but not good enough ... sangkut after assesment .. aku syak, daya pujuk dan bargaining skill aku fail T_T
well the truth is, kalau semua nak diajar, silibus tak habis.. cikgu jadi botak kepala sebab kena buat kelas tambahan pulak.. tanpa dibayar pun.. itulah sebabnya..
buku tebal.. pelajaran kita sebenarnya banyaknya macam orang belajat PHD.. itulah sebabnya.. he he he..
peesha,
saya bagi pihak warga GR menitiskan airmata sedey tatkala melihat statistik lapuk yang masih di takuk lama. statistik zaman tok naduk! :P
K.Nora:
Yeah .. bukan semua benda boleh ajar kat dunia ni. Nak lebih2, cari lah sendiri, kan?
Aidura:
Agaknya sebab depa tak tengok list pembacaan Aidura kat GR tu ... pemalas nak buat kajian, kita pulak dipukul rata tak membaca ... akai ada ka?
Post a Comment