Monday, April 13, 2009

The Secret Life of Bees - Antara buku dan filem



Setelah tiga minggu berhempas pulas membaca, saya mengkhatam buku ini sewaktu laptop dihantar servis (besar rupanya faktor laptop ini dalam mempengaruhi kadar pembacaan saya!). Kemudian, keesokannya, sewaktu mahu menonton TALENTIME di Kuantan, saya mengecek Kak Marina supaya memasukkan DVD cerita ini dalam pilihan beliannya di samping THE READER, THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON dan SLUMDOG MILLIONAIRE .. dan, berjaya! Hehehe.

Saya masih berkira-kira bagaimana mahu mengulas novel ini setelah membaca dan menonton ceritanya. Namun, kunjungan ke Bukuria, memberi ilham kepada saya untuk menulis mengenainya. Di Bukuria, Najibah telah meletakkan artikel daripada Mingguan Malaysia dengan tajuk Apabila Q&A dihancurkan, nukilan Dr. Sohaimi Abdul Aziz.

Seperti kebanyakan pembaca (general assumption saja ya!), saya hampir tidak pernah menikmati karya bernada sama di dalam wadah yang berbeza pada kadar kenikmatan yang sama. Ish, berbelit-belit!

Maksudnya, tidak pernahlah saya merasakan perasaan yang hampir sama apabila membaca dan menonton cerita pada asas penceritaan yang sama -- mungkin juga bacaan yang tidak berapa meluas dan pilihan cerita yang agak terbatas. Anda pernah?

Dulu, saya jadi 'nanar' dengan The Client karya John Grisham. Namun, The Client ditangan Susan Sarandon dan Tommy Lee Jones berlainan sekali rasanya. Bukunya lebih sedap diuliti daripadanya ceritanya. Namun, apabila menonton Harry Potter, saya lebih suka menonton ceritanya daripada membaca - mungkin minda saya tidak cukup untuk membayangkan latar tempat dan suasana dalam Harry Potter itu.


Berbalik kepada topik.

Buku The Secret Life of Bees karya Sue Monk Kidd ini diterbitkan pada 2002 dan menjadi antara yang terlaris jualannya. Saya 'terbaca' novel ini kerana 'geram' dengan cover kulitnya yang meletakkan wajah-wajah Queen Latifah, Dakota Fanning, Jennifer Hudson, Alicia Keys dan Sophie Okonedo (barisan pelakon-pelakon cerita The Secret Life of Bees). Namun, keterujaan pembacaan saya jadi mendatar kerana pada saya cerita ini tidak terlalu dramatik. Lagipun, apa yang diharapkan daripada pengetahuan mengenai kehidupan lebah? :p

Mengambil latar 1964 di South Carolina ketika pengasingan warna kulit masih menjadi sesuatu yang sangat signifikan, cerita berkisar mengenai seorang budak kulit putih, Lily Owens yang selalu beranggapan bahawa dia adalah penyebab kepada kematian ibunya - kejadian ketika dia berumur 4 tahun. Setelah kematian ibunya, dia tinggal bersama ayahnya yang dipanggil T.Ray sahaja, seorang pengusaha ladang pic dan seorang pengasuh kulit hitam, Rosaleen.

Peristiwa Rosaleen ditumbuk kerana meludah kasut seorang deep racist (apa istilah Melayunya ya?) di situ, membuatkan perjalanan Lily untuk mengetahui misteri kehidupan ibunya juga bermula. Demi menyelamatkan Rosaleen daripada terkena siksaan yang lebih teruk, mereka berdua akhirnya lari ke Tiburon berdasarkan kepada gambar Black Virgin Mary yang ditinggalkan ibunya. Mereka kemudian bertemu dengan adik beradik Boatwright - pengusaha ladang lebah - August, June dan May Boatwright. Di rumah Boatwright itulah segala rahsia yang membelenggu Lily dirungkaikan satu persatu kerana kebetulan August adalah pengasuh ibunya - Deborah Fontanel Owens.


Selebihnya, anda baca sendiri.


Bila menonton cerita ini, saya akhirnya membuat kesimpulan, inilah antara adaptasi buku ke filem yang paling hampir - maksudnya, susur alur ceritanya tidak banyak berbeza atau meminjam istilah 'dihancurkan'. Cuma 2-3 adegan yang sedikit berbeza - mungkin untuk menimbul kesan dramatiknya. Selebihnya, perasaan menonton dan membaca saya menjadi hampir sama. Macam aneh pula rasanya.

Gembira atau tidak?

OK saja. Kalau ditanya adakah saya akan menonton atau membaca kembali cerita ini? - Jawapannya, mungkin ya ... andai saya tiada kerja lain untuk dibuat. Atau, waktu saya mahu bermalas-malasan dan perlukan sedikit dos untuk menampilkan 'rasa sayang dan belas kasihan' saya kerana kedua-duanya - buku dan filem - sarat dengan elemen kasih sayang yang mendamaikan.

Apa yang saya perolehi daripada keduanya?

Saya belajar bahawa, kadang-kadang kita perlu membiarkan apa yang berlaku, berlaku dengan adanya. Usah dicari apa rasionalnya atau kenapa ditakdirkan begitu kerana ada sesetengah perkara memang begitu sifatnya. Selebihnya, ia membenarkan apa yang dikatakan - ignorance is a bliss - kerana ada perkara yang kekal baik dan menyenangkan sekiranya kita tidak tahu apa hakikatnya. Namun, sekiranya anda memang jenis yang sentiasa mahukan jawapan pada setiap persoalan, mungkin anda menilai buku ini dengan pandangan yang sedikit berbeza.

Seperkara yang menarik perhatian saya mengenai novel ini adalah mengenai bagaimana pengarang bijak mengadun falsafah hidup lebah ke dalam ceritanya. Saya rasa, perkara begini jarang kita temui pada karya pop dan komersil di negara kita. Kalau ada, pasti buku itu tergolong dalam karya yang berat - seperti falsafah pakaian dalam Islam di dalam Manikam Kalbu karya FT (hehe!) dan falsafah 'kecil jangan disangka anak, besar usah disangka bapa' dalam Tawarikh Cinta karya Nisah Haron. Saya masih menunggu-nunggu kalau-kalau ada karya 'ringan' yang boleh mencuba garapan sebegini. Apa rasa agaknya ...?



Quote kegemaran saya:

"... people can start out one way, and by the time life gets through with them they end up completely different." - August Boatwright.

6 comments:

Olive Tree said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Pishaposh said...

Olive Tree Guitar Ensemble:
I don't know what makes you bumped into this blog, but I appreciate you stopping by.

Thanks for your nice words and have a nice day!

Dalam Dakapan Ibu said...

Salam Peesha,
I don't know how, but I was lucky to get to your blog! Rupa2nya you ada blog ya... all these while I tak perasan pulak masa you commented kat my blog.

I nak kena kampoi baca cerita2 you ni..

Pishaposh said...

Kak Ja ..

Mujog juga jumpa ... Mengkalu x jumpa langsung, tak tau nak karau ka, nak kirai ... hehehe ...

Tak pa .. take one step at one time ... tak byk mana pon ...

Feel good you're here!

Terima kasih ... mai lagi no ...

Anonymous said...

kadang-kadang kita perlu membiarkan apa yang berlaku, berlaku dengan adanya. Usah dicari apa rasionalnya atau kenapa ditakdirkan begitu kerana ada sesetengah perkara memang begitu sifatnya.

---> ya barangkali saya teringat pada kata-kata aluan Pahrol Mohd Juoi dalam buku terbarunya nota hati seorang lelaki yang saya baru dapati di pesta buku. Sangat mengesankan.

'Jangan memberontak asyik mempersoalkan kenapa dan mengapa justeru itu tidak akan mengubah takdir. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah kepada takdir yang mengatur sebaik-baik tadbir'

;)

Pishaposh said...

Ikmal:
Tapi ada org pernah tegur saya ... katanya .. "jgn nak salah takdir kalau usaha tak hadir ... pi balik baca buku Hizbut Tahrir ... kepala otak mau pikir ..."

Sungguh lah dia itu ...

Tapi ... bicara pasal takdir ini akan sentiasa tingkah bertingkah. yang penting, sentiasa didik diri menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.

:):):):):)