Monday, April 20, 2009

Pesta. Pesta. KLIBF / PBAKL 2009.

Kali ini saya berpeluang menghadiri KLIBF pada hari pembukaan lagi – 17 April 2009. Ini pun disebabkan peluang mewakili fakulti untuk memilih buku. Satu peluang yang sangat rugi untuk dilepaskan!

Satu saja kekesalan – disebabkan tidak peka dengan jadual tahunan KLIBF, saya tidak banyak bajet untuk membeli buku. Makanya, not-not kertas itu berganti menjadi plastik. Ahhh, tak apa .. KLIBF setahun sekali sahaja. Ini buat hutang untuk buku. OK kot!


Banner yang sangat comel dan menggamit perasaan! 






Pentas aktiviti - sempat saya menyaksikan Dr. Fazley mempromosikan kamus Besta elektronik itu.

Dan, Tini Hot.FM itu tidaklah sebesar yang dilihat di kaca TV! Saya tidak sangka dia sekurus itu! Saya juga terlepas untuk menonton diskusi Datuk AKJ mengenai ... (ah, lupa pula tajuk diskusi) kerana mengejar masa untuk pulang ke rumah. Kenapalah diskusi itu pukul 12.30 tengahari! Ishhh ...












Pengunjung yang bertali arus. Gambar yang mungkin membuatkan orang tidak percaya saya berada di KLIBF kerana kualiti yang sangat amatur ini. Tapi, percayalah ... kerana ia BENAR!




Hasil tangkapan dengan bajet yang terhad. Saya kecewa dengan diri saya!


  • Dunia Sophie (Sophie’s World by Jostein Gaarder) - ITNM
  • Sense of Propotion (Adam Kadir) – MPH
  • Kembara Atiq Wazif, Satu Anugerah (Hasan Suyut) – Galeri Ilmu
  • Bercinta Sampai ke Syurga (Hasrizal Abdul Jamil) – Galeri Ilmu
  • Rindu Bau Pohon Tin (Hasrizal Abdul Jamil) – Galeri Ilmu
  • Do You Wear Suspenders – Lydia Teh – MPH
  • Ingin Sebebas Burung (Holger Warnk and Volker Wolf (ed) – ITNM
  • Motivasi menjadi Wanita paling Bahagia (Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni) – Galeri Ilmu

Itu belian di KLIBF. Yang menariknya, saya berkesempatan mendapatkan tandatangan Ustaz Hasrizal untuk kedua-dua buku tulisan beliau. Setelah penat mencari buku untuk fakulti di tingkat paling atas, melilau saya mencari gerai GALERI ILMU. Dua-tiga kali saya berpusing-pusing di tingkat satu - kerana keliru antara Galeri Ilmu dan Telaga Biru (saya syak saya mengalami kemerosotan ingatan di situ!) dan akhirnya, saya bertemu juga. Gembiranya!

Saya berkunjung dua kali ke Galeri Ilmu - kerana, pada kunjungan pertama, buku Rindu Bau Pohon Tin belum sampai di gerai tersebut. Kata petugas, petang nanti. Dan, kunjungan kedua, memberi bonus, kerana saya sampai bersama-sama dengan Ustaz! Terus saya minta tandatangannya. Saya ceritakan kepada Kak Marina saya bertemu Ustaz ... dia bertanya, "ambil gambar berdua tak?". Saya hanya "erk" saja dengan dia. Gilo hapo kau ni ... malu ah den ... Saya tak seperti dia, yang selalu over-excited! :p

Saya rasa Ustaz pun segan-segan dengan saya ... sebab macam tersipu-sipu sahaja. Hehehe ... perasan la kau perempuan!

Apapun, saya sangat gumbira! (Kalau saya tunggu sikit lagi, mesti saya berkesempatan bertemu dengan Ustaz Zamri mantoop itu ...).

Habis berbelanja di KLIBF, saya, Kak Marina dan Cik WD langsung ke KLCC untuk menonton Confession of a Shopaholic. Sebelum menonton, kami bertamu ke Kinokuniya. Saya menjadi hyper seperti mabuk gula melihat buku-buku di situ. Maka, saya swipe kad lagi untuk buku-buku ini ...

  • Urban Odysseys KL stories – Janet Tay and Eric Forbes (ed) – Kinokuniya, KLCC
  • Saya pun Melayu – Zaid Ibrahim – Kinokuniya, KLCC
  • The Last Lecture – Randy Pausch with Jeffrey Zaslow – Kinokuniya, KLCC
  • Slumdog Millionaire (originally published as Q&A) – Vikas Swarup – Kinokuniya, KLCC

The Last Lecture itu adalah naskhah ke 5 yang saya beli untuk birthday rakan-rakan. Dan, saya rasa, perbuatan menghadiahkan buku itu sesuatu yang menyenangkan ... lebih-lebih lagi kalau rakan itu suka membaca ...

Bila nak menghabiskan semua itu? Jangan ditanya. Kerana tidak akan ada jawapannya.

Namun, kalau tanya pasal perasaan ... sesungguhnya saya amat gembira pergi ke KLIBF tahun ini ... semoga dapat pergi lagi di tahun hadapan, InsyaAllah.

9 comments:

Alin Ahmad said...

Fisha :

"Dan, saya rasa, perbuatan menghadiahkan buku itu sesuatu yang menyenangkan ... lebih-lebih lagi kalau rakan itu suka membaca ..."

betul..betul..betul.. bagi i kalau dapat hadiah yg i suka i akn sangat syg hadiah tu... n hadiah yg terbaik adalah hadiah yg praktical....mcm buku kan.

Fetty said...

Memang. Terserlah kegembiraan yg maha hebat. Apatah lagi aku.. hua..hua..hua.. masih gumbira sehingga hari ini.

Pishaposh said...

Alin:
Okeh .. aku kontrak hadiah buku saja untuk kao .. birthday, kawen, anniversary dsb nya ... huhu ...

Fetty:
Aku pon .. esp hi-tea yang free dibelanja oleh bang wan + kak cik .. wohoooo!!!

quiche - mussels - squid .... ahhhhh ....

Faizah Roslaini said...

Hi. Website yang ceria tulisan dan gayanya!

Saya pun masih riang selepas ke pesta buku semalam. Selalunya keriangan sebegini akan tahan selama seminggu lebih. heheh

mudin001 said...

Salam.

Ada dua buah buku yang telah saya baca dalam senarai tangkapan kamu.

Dan ada empat yang sedang menunggu giliran untuk dikeluarkan dari rak.

Minat kita hampir sama, barangkali.

:)

Naj AB said...

"Saya menjadi hyper seperti mabuk gula melihat buku-buku di situ"

Fisha buat saya teringat kartun Open Season I semasa pet tu buat kacau di kedai selepas mabuk gula. He he he... saya rasa saya pun boleh mabuk begitu juga kalau nampak buku!

Pishaposh said...

Faizah:
Kalau anda suka blog ini, saya lagi la .... Ya, mood ke pesta buku memang selalu begitu .. tak kisah berapa berhabis, janji nampak buku2 nya ...

mudin001:
Iyakah? Makanya, kita boleh bicara tentang mereka bersama2 .. :p

Saya juga, masih ada sepuluh buah menjerit2 di rak berdebu itu! Ahhh ...

Najibah:
kan?

ye la, nak cakap mabuk as in drunk with alcohol tak pernah rasa cemana benda tu ... mabuk gula selalu ... hehehe

pondok buku said...

salam ziarah

slamat membaca ye. xkira lah perlu ambil berapa lama, sy pasti buku2 itu akan habis juga di baca suatu masa nanti.

smoga selalu dlm kebaikan ;=)

Pishaposh said...

pondok buku:
Salam kenal.

Terima kasih atas ziarah anda dan ucapan itu ...

Ya, insyaAllah, akan semua dibaca ... hanya masa yang menentukan :-)

Anda juga .. semoga sentiasa dalam kebaikan yang berpanjangan ...

Datang lagi ye?