Sunday, April 26, 2009

Book Review: Pengalaman Pertama

Isnin. 13 April 2009. 2.30pm. Tarikh yang akan saya ingat buat satu masa yang lama – andai diizin Allah – kerana pada tarikh inilah, saya pertama kali berbicara mengenai buku yang saya baca dengan penonton ‘hidup’. Permulaannya sangat meresahkan, namun, akhirnya saya rasa seronok. Apa ceritanya?

Selaras dengan konsep perkongsian ilmu, Pengarah Kampus telah mencadangkan agar diadakan satu sesi book review – pembaca mengulas mengenai buku yang mereka baca, supaya orang lain juga merasa seronok untuk sama membaca dan akhirnya dapat membentuk satu budaya penting – budaya membaca. Sesiapa sahaja yang merasa untuk berkongsi bacaan mereka, amatlah dialu-alukan.

Dan, pada bulan Februari yang lalu, hasrat ini telah terlaksana dengan ulasan novel The Kite Runner oleh Mr. G, seorang pensyarah bahasa Inggeris dan diikuti oleh TP Kampus, Cik WD dengan buku The Ice Cream Maker.

Sebenarnya, saya tidaklah bercadang untuk turut serta memberi review kerana saya masih seronok menjadi penonton daripada peserta. Namun, ‘kerelaan’ Kak Marina untuk mengisi slot bulan April, menyebabkan saya ‘terheret’ sama dalam kejadian yang tidak diingini ini. Inilah ‘masalah’ kalau punya rakan yang selalu ‘terlebih excited’ dalam melakukan banyak perkara! Dan, secara ‘paksa rela’, saya menyetujuinya.

Buku yang kami pilih ialah – The Last Lecture, oleh Prof. Randy Pausch daripada Carnegie Mellon University USA (yang ditulis bersama oleh Jeffrey Zaslow). Apa yang menarik minat kami untuk mengulas mengenai buku ini adalah kerana cerita di sebalik tabir buku tersebut.

Kata Kak Marina, dia pertama kali mendengar mengenai buku ini semasa menonton The Oprah Show, dan saya pula mendengar daripada dia. Selepas itu, kami mencari dengan lebih lanjut dan mendapati buku ini dibincangkan dengan meluas di internet. Saya kemudiannya mendapatkan naskhah ini di MPH (tak ingat outlet mana) dan kemudian menghadiahkan Kak Marina sebuah, bersempena hari ulang tahun kelahirannya.

Saya sebenarnya memang tiada idea macam mana mahu melakukan book review ini. Kata Kak Marina, just speak the thing that you’re interested with or may be something that you can learn from the book. Begitukah? Macam senang saja bunyinya.

“Kalau I relate cerita dia dengan apa yang jadi kat I, boleh?” – saya bertanya lagi.

Honey, it is not all about you,” dia menjawab yang kemudian membuatkan saya terfikir – hey, ini cara saya melihat kepada buku ini. Apa pendapat saya, ia tetap pendapat saya. Tak kiralah bagaimana. Saya membaca dengan rasa, dan dengan rasa itu jugalah saya mahu meng’apresiasi’ buku ini (menghargai sama tak dengan apresiasi? Hmmm … ). Dan, akhirnya saya menetapkan untuk bercakap mengenai apa pengajaran yang saya perolehi daripada buku ini.

Hari kejadian.
Kami tak pasti kenapa kami berdua menjadi resah dan berdebar bagai nak gila. Bukannya tak pernah buat presentation atau bercakap di hadapan orang.

Kata Kak Marina – “now I know how WD feels the other day when she said she so nervous.”

Mungkin ia menjadi sesuatu yang mendebarkan kerana kita akan bercakap dalam nada yang formal dengan rakan-rakan yang kita yang biasa. Atau, mungkin juga ia melibatkan subject matter yang berbeza daripada kebiasaannya?

Kak Marina memulakannya dahulu – dengan review yang banyak menyentuh mengenai siapa itu Randy Pausch, bagaimana kehidupannya serta sedikit ulasan mengenai buku itu. Kemudian dia bercerita mengenai apa sebenarnya yang dikisahkan oleh Randy dalam buku tersebut – really achieving your childhood dreams. Kak Marina memang seorang pencerita yang bagus. Cara dia mengulas keseluruhan buku itu daripada perspektifnya membuatkan ramai yang tertarik.

Ah, macam mana dengan saya?

Kemudian, tiba bahagian saya – [dalam keadaan nervous yang menggila, selalunya saya akan bercakap cepat, dan selalunya, kalau saya mengacarakan apa-apa, ramai yang membuat remarks, saya bercakap macam dikejar hantu! – tapi, pada masa ini, saat microfon di tangan, ia bagaikan penenang perasaan saya. (Teringat pula cerita Maid in Manhattan bila si Senator (lakonan Ralph Finnes) mengajar anak si maid (lakonan Jennifer Lopez), Ty, untuk bertenang semasa memberi ucapan dengan memegang klip kertas – supaya rasa gemuruh dapat di salur ke klip itu.).

Dan, saya rasa tenang. Bila dah tenang, barulah boleh bercakap dengan teratur dan yakin. Hehe.

Oleh kerana saya dipaksa Kak Marina, maka bahagian untuk saya cakap sedikit sahaja. Itu perjanjiannya. Maka, apa yang saya simpulkan daripada buku The Last Lecture ini adalah seperti berikut:

  • Don’t complain, just work harder – susah untuk tidak komplen, kerana saya memang seorang yang suka mengkritik. Saya kelahiran September dan berbintang Virgo! Can’t help it. Kata Pausch, kritik tanpa sebarang penyelesaian tidak akan memberikan apa-apa. Maka, kalau mahu kritik, back up dengan sesuatu agar kritikan kita itu membina dan tidak menyakitkan hati orang lain. Bahagian ini mengingatkan saya kepada kata-kata Toni Morisson - "If there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it." – maksudnya, kalau tiada buku yang kita mahu baca, haruslah kita yang menulis buku itu. Relevannya? Kalau sesuatu itu tidak ada, jangan komplen, berdaya kreatif, selesaikan tugas. Bercakap banyak tanpa tiada tindakan adalah tong kosong. Dan, saya berazam untuk tidak mahu sangat komplen dan kritik. Tapi, bolehkah?
  • Don’t obsess over what people think – ini adalah penyakit daripada kebanyakan kita. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita bukan hidup seorang. Walaupun kadang-kadang saya boleh selamba berbuat sesuatu perkara, masih banyak perkara yang tidak saya lakukan kerana saya selalu memikirkan apa yang orang lain akan katakan. Padahal, kadang-kadang tiada siapa pun nak berkata apa … fikiran kita sahaja. Agak sukar untuk diikuti, tapi tak mustahil, kan?
  • Watch what they do, not what they say – ini nasihat Pausch yang didedikasi kepada anak perempuannya Chloe. Kata Pausch, sekiranya ada lelaki yang mengaku mencintai seorang gadis, jangan dilihat kepada perkataannya, tapi kepada perbuatannya kerana perbuatanlah yang membuktikan sejauh mana si lelaki jujur dengan pengakuannya. Dalam konteks bekerja, saya melihat pesanan ini sangat sesuai untuk diri saya – saya tidak perlu mendabik dada atau bercanang cerita mengenai kehebatan diri sekiranya apa yang saya lakukan sememangnya bagus. Seperti yang selalu Kak Marina katakan – quietly done our works. Oh, nampaknya Kak Marina ini punya pengaruh besar dalam kehidupan saya! Hmmm ... jangan bagitahu dia, ya?
  • The lost art of thank you note – berapa ramai daripada kita menulis nota terima kasih apabila menerima sesuatu? Mungkin perkara ini tiada dalam budaya kita kerana kita selalunya akan membalas kembali berian orang dengan berian lain. Ibarat kata pepatah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Pausch bercerita mengenai seorang gadis yang memohon kerja sebagai team member of Imagineer di Disneyland. Namun, oleh kerana keputusannya biasa, permohonannya di KIV sebelum dibakul sampahkan. Pausch kemudian tergerak untuk melihat semula permohonan itu, dan kemudian beliau menemui nota terima kasih daripada gadis itu – bukan kepada orang yang menemuduga (sebagai perbuatan mengampu), tetapi kepada kerani yang menolongnya menyusun borang-borang permohonannya (dan kerani itu tiada interest langsung kepadanya). Permohonan gadis itu kemudian dipertimbangkan. Saya sangat tertarik dengan kisah ini. Selalunya kisah begini, saya golongkan kepada apa yang saya panggil – small act of kindness – yang sering menyentuh jiwa saya. Saya fikir, saya mahu meniru perbuatan gadis tersebut setiap kali menerima hadiah. Hadiahkan sesuatu kepada saya, dan bolehlah saya uji niat saya itu! Hehehe.
  • All you have to do is ask – kita selalu berprasangka dan jarang benar mahu bertanya sekiranya ada sesuatu. Kita lebih suka berspekulasi. Sudah banyak kejadian bodoh yang menyusahkan saya sepanjang hidup 30 tahun ini, akibat saya tidak bertanya. Pausch berpesan, jangan mengagak, tapi bertanya kerana kadang-kadang perkara yang kita agak itu adalah salah sehinggalah kita bertanya. Tahukah anda bahawa saya membiarkan diri saya tidak disahkan ke dalam jawatan untuk tempoh yang terlalu lama hanya kerana saya tidak bertanya kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah saya? Kalau tidak kerana ada rakan yang bertanya TP HEA mengenai pengesahan jawatan kami, kemungkinan besar proses tersebut akan mengambil masa yang lebih panjang. Maka, bertanya dan bertanya, kerana ia akan memudahkan hidup kita. Ingat pepatah Melayu – malu bertanya, sesat jalan.
  • Have something to bring to the table because that will make you more welcome – ini berkaitan dengan memberi added-value kepada diri sendiri. Jadikan diri kita berguna dengan segala apa yang kita ada. Allah tidak mencipta kita tanpa mengurniakan kelebihan dan kelemahan kepada kita. Dan, walaupun kelemahan adalah perkara yang paling kita tidak mahukan dalam hidup, ia bukanlah dicipta Allah dengan sia-sia. Saya ada kekuatan mengingati perkara yang bukan-bukan di dalam minda saya – namun, ‘kelebihan yang tidak berguna ini’ sedikit berguna kerana saya boleh menjadi pengingat kepada perkara-perkara kecil kepada housemate saya yang sedikit pelupa itu :p
  • When you’re screwing up and nobody says anything to you anymore, that means they have given up on you. – pernah tengok cerita Madu Tiga? Ingat dialog Encik Jamil: “Aku bukannya marah … aku nasihat!”? Apa kena mengena? Kita selalu rasa kecewa apabila ditegur atau dimarah atau dinasihat mengenai kerja kita, kan? Kerana apa? Kerana setiap orang ada maruah dan air muka. Tambahan pula kalau teguran itu dalam bahasa yang tidak enak kedengarannya. Namun, itulah tanda masih ada orang yang kisah dan mahu memperbetulkan kita. Maka, hargailah setiap teguran walaupun pahit sekali untuk diterima (saya pun selalunya tidak suka ditegur mengenai kerja saya walau yang menegur itu emak sendiri!).
  • How to live your life - Saya percaya, setiap orang ada cara tersendiri dalam menanggapi hidup. Maka, hiduplah seperti apa yang anda mahu. Anda mahu kehidupan yang berjaya? Berusaha keras. Anda mahu kehidupan yang biasa? Usaha yang biasa juga. Pendek kata, pilihlah bagaimana untuk hidup - sama ada mahu menjadi looser atau winner kerana kedua-dua itu tersedia dalam diri kita. Namun, bagi saya, whatever worked for him might not work for me! I don’t dream and I don’t plan. It simply because I just don’t feel like doing it. Even if I were about to die very soon, I don’t think I’ll come out with this kind of last lecture. I’ve to be in the situation, and only then I can determine what I can do. Whether I’ll regret or not, I just don’t know – and, please … don’t tell others .. I’m happy just the way I am! :p

Saya terpegun dengan keseluruhan cerita Pausch. Walaupun cerita yang sebegitu sudah sering kita dengar, namun semangat dan kesungguhannya serta positifnya dia dalam hidup adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Pasca review.Sesudah menghabiskan persembahan kami, kami merasa sangat lega!

Dapatlah planner ini sebagai tanda penghargaan. Namun, ada sesuatu yang saya rasa -- saya rasa seperti nak buat lagi begini. Kerana ...
  • Ada penonton yang rasa sangat terharu dengan cerita itu sampai mengalir air matanya - dan saya syak, dia terpegun dengan cara Kak Marina bercerita.
Ada juga penonton yang datang mengucapkan tahniah kerana kami berjaya 'mempromosi' buku ini sehingga menyebabkan beliau mahu terus membacanya.

Ada kepuasan dalam berkongsi apa yang kita baca. (Dan, dengan ini saya mahu mengajak pengungjung blog ini ke goodreads untuk sesi Aku baca, Kau baca, Kita Bedah!)



Di akhirnya .. kami menuju ke kopitiam untuk menjamu perut yang lapar. Sebelum presentation tak rasa lapar sebab perut bersaing dengan perasaan yang berdebar.

Saya gembira.

12 comments:

OH_44106 said...

Rugi sangat rasanye tak dapat tengok hang bedah buku ni hari tu. Nanti hang bedah lagi lah mana2 buku yang menarik ye..kadang2 tgk pembedahan secara live ni lagi membuka mata.InsyaAllah kalau takde perkara urgent yg kena buat, mesti aku datang mendengar punye. See ya :)

Alin Ahmad said...

Fisha : wah... makin tak sabar rasanyer diriku utk membaca buku ini. u tahu, buku ni i sorok kat dalam laci office sejak beli 2 bln lps sbb nak elak dr membacanyer..ms beli tu, i janji nak bc lps final exam.. tak pe, june i'm free.. yippieee dapat la diriku membaca buku ini...

en_me said...

salamm.. menarikkk buku tewww..

shariza said...

Fisha: Bila baca review ni rasa nak gi beli and want to have the experience of reading it. The way you all buat ni rasa terpanggil nak baca buku ni, tak sabaq woooo.

Pishaposh said...

Ras:
"Nanti hang bedah lagi lah mana2 buku yang menarik ye.." -- hahah ... u wish ... lambat le lagi tu ... hang la pi bedah plak ... i dare u ... bedah pasal research method so that layman cam aku ni excited nak buat research.

Amacam ... ada ber?


Alin:
Kesiannya kau sampai kena sorok nak elak baca ... den tak do doh sorok2 ... dah ada den baca je .. pedulik hape keje ke, exam ke ... now pun, aku berblog di saat aku kena marking 109 skrip jawapan x 4 soalan each ...

Happy reading though!


en_me:
Memang menarik me ... sungguh insaf tau ...! bacalah ... :p


Eija:
BAguih ... cepat, pi cari satu .. 34 hengget saja ... sekali kentut pun boleh habis ... tp jenis buku macam ni kena baca sikit2 .. sbb sayang nak dihabiskan sekaligus ...

Happy reading y'alls!

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Apa khabar? Cuma mahu maklumkan, buku terbaru saya terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009 baru-baru ini.

Tajuknya, "Jadi, Anda Mahu Menulis?" terbitan JIMedia Kuala Lumpur.

Perkongsian minda dan ide supaya dapat dilahirkan lebih ramai penulis, terutamanya bahan bacaan dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.

Mudah-mudahan Cik Fisha beroleh ide dan suntikan ilham menerbitkan hasil penulisan sendiri, ya?

Wasalam...

Anonymous said...

Tidak tahu bila saya boleh memulakan pembacaan.Menarik walaupun kekangan masa, tapi den tertarik pada 3 perkara yang dihuraikan:-

1.Don’t complain, just work harder - amat terkait dengan diri ini. Ya adakala kita banyak mengomel yang pada hakikatnya kita perlu buat kerja!

2. Watch what they do, not what they say - kita selalu beranggapan orang pandai bercakap lebih hebat, canang sana sini akan kehebatannya. Dah buat itu ini blablabla namun hakikatnya 'what they do' adalah terbaik. Unsung hero barangkali lebih baik daripada glamorous people :)

3. The lost art of thank you note - semasa daku di bumi Inggeris satu perkara yang daku amat takjub ialah keupayaan masyarakat Inggeris itu terutamanya old generation mengucapkan terima kasih hatta membuka pintu dan memberi tempat duduk dalam bas sekalipun. Mood yang muram (tambahan cuaca juga suram) diceriakan hanya dengan ucapan seorang wanita Mat Salleh 'thank you love' mengubah kesuraman daku tika itu.

Terima kasih atas huraian yang mantap. Harus ku letakkan buku ini dalam main list reading ku :)

Pishaposh said...

Dr. Umi:
Oh, ye ke? Harus dicari senaskhah ni ... kalau dapat tahu awal, mungkin ia sudah saya miliki :)

Terima kasih Dr. Umi atas maklumat itu, dan InsyaAllah, saya sedang berdikit-dikit mula menulis sesuatu ...

Ikmal:
Itulah .. banyak adab Islam yang dipraktik oleh non-Muslim ... kenapalah begini ... kan?

Mantap ke? Hehehe ...

Ya, kamu harus mula membacanya ... SEKARANG!

OH_44106 said...

Adoii..hang nak aku bedah buku research methodology??? hahaha..aku pun merangkak lagi fisha. :P

Alin Ahmad said...

Fisha : Tu la hakikatnyer diriku ketika ini..lebih ngeri n kecut perut bila final exam ths 16-24... semua yg dibuat rasa tak sempurna jerk..alahai.

bukan buku ni jer yg den sorokan.... ada 5 buah buku kat dalam laci opis den tu...

apa-apa pun, doakan den berjaya melepasi sem akhir den ni yea...

Pishaposh said...

OH_44106:
Alah, hang merangkak ... aku nak kalih kiri kanan pon belum tentu lagi ... pi la buat ...


Alin:
Alah, ko tu madang je kecut perut bila exam ... den tak bleh kecut2 ni ... nanti lagi tak leh nak jawab ... den kena baca buku lain before baca nota ... baru ilham mau mariii ...

Yep, I wish you all the best in the final ... buat elok2 ... pastu kita pi huray kat pulau kentut besar ... hahaha ... [seriously ... i want to go there. google if you want to know where is it ...]

Den rasa den akan cuti [insyaALlah] sama ada start 14/6 or 28/6 ... nak cuti dalam 2 minggu gitu ... can't wait ... huhu!

Alin Ahmad said...

Fisha : well u know me..bab2 exam ni memang tak leh nak elak kecut perut..lbh2 lg study time dah tua ni..ahaksss...

btw, tqsm for ur wish dear

pulau kentut besar...wah....sound cliche tu beb.

u confirm kat i bebetul tarikh cuti u, nanti i apply cuti i laks...i dah mula tgk ticket flight..ada promotion sekitar jun n july. jgn lupa ajak geng kita yg lg sorang tu..baru meriah!!