Tuesday, March 25, 2008

Pandai Pinjam, Pandailah Jaga ...

Saya memang pembeli majalah dan buku. Ada majalah yang saya langgan saban bulan dan tahunan daripada agen yang datang ke pejabat saya dan ada juga belian langsung setiap hari, minggu dan bulan.

Bagi buku pula, saya akan pastikan, setiap dua bulan saya boleh membeli sebuah buku yang mampu saya habiskan (namun, sudah banyak yang dibeli, tapi belum dibaca-baca!).

Pada saya, koleksi majalah dan buku-buku adalah harta yang sangat saya sayang -- seperti saya sayangkan harta yang lain-lainnya. Kiranya berlaku sesuatu (nauzubillah!), yang saya paling khuatir adalah koleksi-koleksi ini. Di rumah, bila emak terpaksa memusnahkan sekotak besar majalah saya yang dimakan anai-anai, saya menjadi sangat depresi. Seharian saya membelek puing-puing buku dan majalah-majalah itu. Saya menjadi sangat sedih. Manakan tidak, koleksi saya yang bermula seawal saya tingkatan satu pada tahun 1990 terpaksa dimusnahkan ...

Tapi itu tidak terbanding kesedihan saya menghadapi peminjam buku-buku dan majalah saya yang tidak pandai menguruskannya. Tak diberi, kawan-kawan yang tidak berkira memberi pinjam barang mereka. Tapi, bila diberi, akan menangis tak berlagu saya kerana barang kita tak diumpamakan langsung.

Kalau saya meminjam buku orang, apa yang saya buat:

Pertama:
Saya akan pastikan keadaannya - adakah sebarang kecacatan pada majalah / buku tersebut. Sekiranya ada, saya akan buat nota (tak buatlah benda ni di hadapan tuan yang emmpunya kerana nanti apa pula katanya).

Kedua:
Sebelum meminjam juga, saya akan perhatikan bagaimana layanan tuan buku tersebut terhadap bukunya. Sekiranya dia seorang yang baik pengurusannya, saya akan menjadi extra sensitif apabila meminjam bukunya. Kalau pemiliknya biasa-biasa saja, saya masih mahu menghormati buku itu.

Ketiga:
Andai semasa meminjam saya terlihat kecacatan pada buku, saya akan membaiki buku tersebut mengikut yang termampu. Adalah sejumlah buku orang yang saya pinjam, saya tolong balutkan kerana saya rasa saya perlu berbuat begitu. Saya puas melakukannya.

Keempat:
Pulangkan buku yang pinjam pada masa yang dijanjikan.

Malangnya, ramai peminjam buku + majalah saya tidak mengumpamakan harta saya langsung. Mereka wewenang menanggapinya. Saat mula mereka menyelak helaian-helaian buku dan majalah sudah bisa merobek hati saya. Kadang-kadang, rasa seperti tak mahu bagi pinjam langsung -- biar buruk di rak daripada diperlakukan sedemikian.

Paling menjerut rasa, bila buku + majalah yang cantik dan elok rupa bentuk pada mulanya, dipulangkan dalam keadaan yang sangat nazak. Siap ada tandatangan daripada selebriti yang tidak sepatutnya. Lebih malang ada bekas sambal, ubi lenyek dan sebagainya di muka surat tertentu. Sakit jiwa!

Berhadapan orang begini, memang awal-awal lagi dia akan masuk senarai hitam -- dan sememangnya tidak akan diputihkan walau hebat mana dia merayu.

Nasihat saya:
Elokkanlah urusan anda dengan harta orang, nescaya orang akan berlaku sama terhadap harta anda.

4 comments:

Anonymous said...

sama la nasib kita...ada buku yg mak saya wariskan pada saya...tapi bila kwan2 pinjam..terkoyak rabak...

sedih sgt2...tu pasal saya kedekut...haha

Anonymous said...

Tu sebab sekarang ni pun saya dah jadi lokek nak pinjamkan ... Kalau koyak-rabak, masih ada harapan lagi ... tapi, kalau dia terus buat reta mak bapak dia .. wassalam lah jawabnya ...

Dahsyatlah peminjam macam ni!

Anonymous said...

Dan peminjam jenis tu yang ramai, Fisha. Kalau tidak PTPTN, MARA semua tu tak payah nak pening-pening. Susah nak cakap, perkara macam ini sudah menjadi budaya yang bukan setakat berakar umbi, tapi dah 'mendarah daging' (betulkan bahasa saya...).

Satu lagi, maaf lama tak komen. Maaf juga kerana lama tak update blog saya. Sebenarnya saya 'sibuk' dengan satu blog lain: http://www.depa-kata.blogspot.com.

Kalau ada masa, Fisha jenguk-jenguklah..

Salam

Pishaposh said...

Itulah pasalnya ... bila dah jadi budaya .. masalah juga. Tapi, kalau pandai pinjam, pandai jaga ... siapa pun akan bagi.

Tuan Hadi,
Siapa empunya blog tu? Banyaknya post dia ... saya tangguh dulu pembacaan saya di situ kerana bila nak membaca blog begitu perlu kelapangan yang sangat jitu :)

Salam