Monday, February 4, 2008

Respon terkini terhadap isu KOMSAS

Hapuskan saja Komsas
KHABAR angin yang mengatakan Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas) akan diisi dengan novel-novel ringan pada masa depan sebenarnya tidak ada suatu yang luar biasa. Ini kerana Komsas diwujudkan setelah desakan daripada kalangan sasterawan bahawa sastera itu penting untuk membina manusia. Tetapi hakikatnya kewujudan Komsas bukanlah iltizam yang datang daripada jiwa yang tulus. Sastera dan kesusasteraan di sekolah-sekolah seboleh-bolehnya mahu dipancung. Semuanya kerana tidak banyak yang duduk dalam barisan pembuat dasar pendidikan faham peripenting kesusasteraan kepada sesuatu bangsa...

Saya amat bersetuju dengan pendapat Ku Seman ini, dan saya kira, inilah yang sepatutnya kita lakukan - penuhkan sahaja kepentingan pihak-pihak tertentu tanpa mengira masa depan generasi sendiri. Persetankan masa depan! Pergi mampus dengan sastera Malaysia! Siapa sahaja yang nak pening-pening kepala nak cari makna prosa, memaham sajak, atau mengambil tauladan daripada karya sastera lama itu? Bukannya semua nak bekerja jadi sasterawan, tak minat pun.

Bosan! Bosan! Bosan!

Semuapun mahu dipolitikkan. Arghh!

4 comments:

Anonymous said...

Fisha,
Barangkali tak lama lagi akan diwujudkan subjek mengkaji Bahasa SMS. Barangkali. Tapi begitulah jadinya kalau manusia terus-menerus mengikut rentak perubahan persekitaran.
Apa pun nak tumpang masukkan link blog saya di sini...http://www.adialhadi08.blogspot.com Mudah-mudahan tak mendatangkan apa-apa kemudaratan.
Teruskan menulis kerana ia satu bentuk bebelan yang indah.

Pishaposh said...

Tuan Alhadi,

Sebarang kajian tidak mengapa ... tetapi mengorban sesuatu yang sudah menjadi darah daging, bijakkah begitu?

Sedih dan pilu ... seperti pertanyaan karya terbaru tuan "SIAPAKAH MEREKA?" ... mungkin tidak lama lagi tuan boleh menulis mengenai "APAKAH ITU SASTERA MELAYU?"...

Pasal link ke blog tuan, tak apa ... masukkan saja ... saya pun teruja nak membaca apa yang tuan "bebel" kan ... :p

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya memerlukan pandangan, kritikan, dari saudari tentang apa yang saya wacanakan ie isu komsas di dalam laman blog saya http://bluechip-arena.blogspot.com/

Sekian, Terima Kasih

Anonymous said...

Wsalam,

Sdr Bluechip,
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Saya berbesar hati menerima pelawaan anda ... namun, seperti yang saya katakan, saya bukanlah orang yang layak memperkatakan hal ini ... ya lah ... ambil subjek sastera pun tak pernah.

Saya akan usahakan permintaan anda .. tapi, ambil masa sedikit ya ...

Wassalam