Tuesday, July 3, 2012

I Want to Be a Writer: Ummu Hani Abu Hassan


Picture by Google


Buku ni saya nampak masa PBAKL 2012 hari tu - namun dikerling-kerling sahaja. Tiada niat untuk membeli pun. Tapi, masa jalan-jalan di kedai buku 2 minggu lepas, saya mengambil buku ini - tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Kemudian, baca sikit, terperap lama. Sampailah semalam, semasa perjalanan balik dari Shah Alam, baru habis membaca.

Ini adalah buku kedua mengenai menjadi penulis yang saya beli - pertama karya FT dan ini yang kedua. Niat nak menjadi penulis ke? Entah. Kadang-kadang rasa macam nak mengubah dunia melalui penulisan - ala-ala penulis best seller gitu. Tapi, selalunya hanya rajin mengkagumi kerja orang sahajalah.

Pertama mengenai buku ini - yang tidak saya fahami - mengapa ia menggunakan tajuk dalam bahasa Inggeris sedangkan dalam buku tersebut tiada langsung catatan dalam bahasa Inggeris. Strategi pemasaran, mungkin?

Keseluruhan buku ini adalah penceritaan proses kreatif si penulis. Bermula dengan catatan mengenai sejarah awal hidupnya - dan kemudian bagaimana ia berkembang menjadi minat dan seterusnya hingga beliau menjadi penulis yang prolifik. Ada perkara yang boleh dijadikan teladan bagi sesiapa yang mahu menulis. Saya yakin setiap orang ada proses berkreatif dengan cara tersendiri. Namun, tak salah kalau kita meninjau cara orang lain -- mungkin boleh menjadi pendorong kepada kita pula.

Yang buat saya tertarik pada buku ini, anekdot-anekdot yang ditulis secara santai, tapi disimpulkan dengan pengajaran tertentu. Kalau dapat faham, fahamlah. Kalau tidak, anda bacalah di antara barisnya berulang kali.  Ummu Hani pada saya adalah pencerita yang baik, yang boleh buat saya relate dengannya.


Kenapa mahu menulis?
Ramai orang berbeza pandangannya. Penulis buku ini beralasan bahawa dia berkarya adalah sebagai satu cara memberi nasihat kepada pembaca yang mungkin akan mendorong jiwa manusia kepada fitrah kejadiannya. Mungkin dia sudah berjaya - kerana apabila membaca karyanya, jarang saya ketemukan karya yang berplot kosong seperti roman picisan yang melambak di pasaran.

Seperkara lagi yang saya suka dengan karya Ummu Hani adalah pada sudut praktikaliti dan rasioanalnya. Membaca Baromkeh, Matamu di mataku, saya rasa tidak meluat atau stress dengan gambaran watak yang tidak rigid atau syadid dalam menjaga agama. Ada di kalangan penulis 'Islami', bila mengarang, melampau gila cara mereka memotretkan watak. Sempurna seumpama malaikat. Saya memang menolak pengarang sebegitu - tak kiralah murni mana pun pengajarannya. Saya mungkin tidak se-adventurous mana dalam pembacaan.

Balik kepada soalan kenapa mahu menulis - saya tak tahulah adakah penulisan saya boleh dikatakan menulis (soalan apakah itu?). Saya menulis kebanyakannya untuk bercerita mengenai rasa. Untuk bercerita secara lisan, saya tiada kemahiran itu. Saya lebih ekspresif melalui kata-kata.Tapi, di hujungnya, pasti ada rasa mahu mengingat, menasihat dan menganjurkan pembaca reflektif kepada diri. Oh .. anda sajalah yang menilainya.


Ada yang tak suka?
Keseluruhan buku saya suka, cuma saya tak faham mengapa bahagian akhir buku ini, dengan lampiran skrip drama DISAPA IZRAIL (saya tak menonton ceritanya), tiada sebarang catatan. Bagaimana proses menulis skrip ini berlaku, kenapa ia berlaku, apa iktibarnya, tiada. Apa tujuannya Ummu Hani buat begitu, saya tak dapat tangkap -- adakah disengajakan? Dia sahaja yang boleh menjawab.


Setelah membaca keseluruhan buku ini, saya ada rasa mahu berkarya seperti dia. Itu saja.

Marah tak anda membacanya? hehehehe. Peace!

2 comments:

依之汉 said...

Saya seperti anda juga. Pada awalnya terfikir buku ini bukanlah kisah tentang teknik bagaimana nak menulis tetapi lebih kepada perkongsian kisah seorang penulis.

Apabila dibaca dan dibaca, ya Allah, saya terus jatuh hati dengan penulisan Ummu. Pandai beliau berkarya. Dan akhirnya membuatkan saya terus bersemangat untuk menulis.

Pishaposh said...

Ya, teruskan semangat itu! momentum harus kekal untuk terus menjadi maju ... hehehe

Pandailah menasihat orang lain, kan?

Terima kasih atas kunjungan.