Friday, January 8, 2010

Resolusi ke 4. Rekod dan Testimoni.

Nota:
Catatan yang tiada tujuan. Sekadar mahu mencatat sesuatu.


Saya sudah melaksanakan resolusi yang keempat yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya harus berterima kasih kepada 2 rakan yang hari jadi mereka jatuh pada penghujung 2009 dan permulaan 2010 .. lalu membuatkan resolusi saya menjadi!

Penerima pertama:
Kawan yang ini paling senang - kerana dia sentiasa akan memberitahu saya apa yang dia mahu untuk hari jadinya. Dan, mujurnya, kemahuannya sentiasa dalam range yang berpatutan .. hehehehe ... Sebenarnya, buku yang saya hadiahkan padanya adalah buku yang dipesannya untuk saya belikan semasa saya ke KL bulan lepas. Tambahan, dalam majalah flavours ™ ditawarkan diskaun 25% terhadap buku-buku yang dia mahu. Lalu, ia memberikan idea kepada saya. Saya katakan pada dia, kalau salah satu buku itu berharga kurang daripada RM50, anggaplah itu hadiah daripada saya untuk hari jadinya!

Dan, apabila dapat buku-buku tersebut, salah satunya memang berharga kurang daripada RM50, dan satu lagi saya belikan dengan diskaun 25 % itu. Saya memang gembira kerana katanya dia sangat menyukai buku-buku itu!



Dan, setelah selesai membaca My Life in France, dia jadi gila menonton filem Julie & Julia itu. Saya juga tengah berkira-kira untuk mengulang nonton cerita itu! Hehehe ...




Penerima kedua:
Kawan yang ini susah sikit untuk diberikan hadiah ulang tahun kerana ... entahlah ya ... dia macam ada segalanya. Dia tidak kisah pun apa yang diberikan, namun kadang-kadang itulah yang memeningkan kepala. Maka, saat saya berjalan-jalan di MPH Jusco Bukit Raja, saya telah ternampak buku ini, dan lantas terbayangkan dia! It really represents her. Dan, saya sangat gembira kerana memberikan dia buku itu!

Testimoni kawan yang ini ...

Pertama:
(sic) Finish reading d Birkin TWICE! Soo me like! D places mentiond some i hav been to - wow great nostalgia! My fav book ever, tq! (Jan 7, 2010)

Kedua:
(sic) If u love money, shoppin, handbag n travel - ths birkin is a MUST READ! I'm inspired already! (Jan 7, 2010)



Dua testimoni dalam masa yang hampir sama. Memang saya agak dia amat menyukainya.




Bagaimana dengan anda? Ada cerita gembira mengenai apa yang anda berikan kepada rakan-rakan anda?

Mulakan lah memberi ... pasti anda akan rasa hidup makin bererti ... la la la la ...

4 comments:

ajako said...

entry yg bersifat inspirational esp. time so many heavy issues been around. thanks fisha...nak cari hadiah wat wifelah, eh, kita tak perlukan special occassion utk beri hadiah, as everyday is special, kan?

Pishaposh said...

Ajak:
Glad u think that way .. :)

Wah, untungnya isteri kamu ... dapat hadiah tak kira ocassion ... Aku cemburu!

Ya. Belikan buku untuknya ... dan anda memberinya ilmu! Tahniah.

ajako said...

great, that would be great...

AinRidz said...

SLm Fisha,
Wah, azam yg sgt2 bagus!! By the way, menghadiahkan buku mmg sgt bgs sbb bgs dan bgs...bnyk fadhilat dan pahalanya Insya'-Allah. Selamat Maju Jaya in everything you do sis!