Friday, January 1, 2010

Buku dan Azam Tahun Baru.

Apa cerita di tahun baru? Bagaimana? Permulaan yang baik atau tidak? Apa pun saya doakan yang baik-baik sahaja.

Satu perkara yang sering saya lakukan semasa bermulanya tahun baru adalah melaluinya seperti hari-hari biasa. Saya tidak meletakkan azam apa-apa. Yang pasti, saya mahu terus bersyukur kerana masih berpeluang untuk hidup.

Tapi, untuk 2010 ini, saya ada azam dengan buku.


Pertama:
Saya berazam untuk membaca setiap buku yang saya beli. Kerana, sebelum ini terdapat banyak buku yang sudah bertahun dibeli, namun belum dibaca-baca. Adakah buku-buku ini akan bersoala jawab dengan saya di mahsyar nanti?

Kedua:
Saya berazam untuk lebih membaca buku-buku ilmiah di samping bacaan ringan dan yang sewaktu dengannya. Ilmiah di sini bermaksud, yang berkaitan dengan apa yang diajar dan apa yang pernah dipelajari ... buat meningkatkan keupayaan diri.

Ketiga:
Mahu menulis review bagi setiap buku yang dibaca dengan segera -- bukan bertangguh-tangguh seperti sekarang.

Keempat:
Mahu menghadiahkan kawan-kawan dengan buku untuk meraikan hari istimewa dalam hidup mereka, walaupun mereka bukanlah tergolong dalam kelompok yang suka membaca.


Cukuplah setakat itu rasanya. Saya kira cukup realistik kot azam tu.

Dan, pada 1 Januari 2010, ini yang telah saya lakukan:




Adakah anda rasa saya akan berjaya berdasarkan bahan bukti yang saya kemuka kan itu?

Selamat tahun baru!

4 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam,selamat menyempurnakan azam. Yang azam pertama Pisya,sis pun ada juga berazam sama,tapi... list buku panjang sangat. Hari ini pun beli lagi.

yang kedua tu,ada juga baca sekurangnya seminggu sekali. Ketiga,memang tak buat.

yang keempat,selalu buat.. he he.. nasib lah kalau mereka tak ada membaca.

Pishaposh said...

Kak Nora:
Ya, susah kan nak hindari diri dari beli buku-buku? Saya rasa terkilan sebab ada satu buku yg terpaksa saya lupakan utk beli kerana limit saya sudah cukup dan buku itu terlalu menggiurkan! Haih!

Selamat Berazam dan menunaikan azam :p

Alin Ahmad said...

go..go chaiyok Fisha!

Pishaposh said...

Alin:
Hadiah kau nanti la ye ... hehehe