Hanya mahu memberita ... saya masih ada. Cuma kelelahan untuk menulis sesuatu.
Saya juga mahu berkata ... saya telah menelusuri karya Tere Liye ... Hafalan Solat Delisa, Bidadari-Bidadari Syurga dan Moga Bonda disayangi Allah -- saya temui sesuatu. Nanti saya perincikan.
Saya juga telah menekuni Catatan di setiap Sujudku karya Asma Nadia, setelah tertarik dengan ulasan Najibah di Bukuria.
Sekarang, sedang menghabiskan Maryamah Karpov ... tapi belum ada hati untuk khatam Laskar Pelangi, Melarik Mimpi dan Edinsor.
Lentera Mastika juga tamat dibaca, tunggu masa untuk diulas bicara.

Banyaknya kerja saya di bulan puasa! (hey, berima pula :))
6 comments:
akak dah tak sabar tunggu review buku2 tersebut di blog ni. ;)
Aidura:
Hehehe .. jgn tinggi sangat mengharap ... takut saya!
Terima kasih atas kunjungan ...
(P/s: Jgn2 kita sebaya ... atau saya yg lebih tua ... tp, seronok juga kalau ada akak2 yg bertandang .. rasa muda forever .. hahahaha)
buku catatan di setiap sujudku beli kat mana?
saya tgh mencarinya...
Aidura:
Tak beli .. tapi hadiah teman dari Bandung ...
Saya mencari2 juga selepas dihebahkan Najibah .. tp x jumpa ... cerita2 dgn teman itu, tiba2 dapat kiriman 2 karya Asma Nadia ... satu lagi KARENAMU AKU CEMBURU ... tapi macam tak berapa minat untuk dibaca lagi ..
as salam.. sudah lama saya mengkagumi tulisan anda..mungkin anda sendiri mahu mencuba menulis.. menjadi writer.. atau mungkin saya yang tertinggal..anda mungkin seorang penulis..
buku saya,dimensi cinta,karya nora fuad... penerbit karnadya solutions.. diterbitkan pktober,after raya, sudi-sudikanlah membaca.
Pn Noor Arbaiah:
Salam.
Terima kasih atas kata-kata itu.
Saya bukanlah penulis ... ini hanya cubaan suka-suka sahaja. Saya tak berapa cukup imaginasi untuk menjadi seorang penulis.
Terima kasih juga kerana memaklumkan karya anda itu ... insyaALlah, kiranya ada kesempatan saya akan mendapatkannya.
Dan, terima kasih atas kunjungan ... jemputlah datang lagi ya ... :)
Post a Comment