Tuesday, June 9, 2009

Tranformasi. Boleh kah?

Wah, lamanya tiada entri di sini. Inilah masalahnya kalau berbicara tentang apa yang kita baca. Lebih-lebih lagi kalau kadar pembacaan makin menurun. Boleh saja dipaksa diri, tapi, tahu sajalah, mana ada paksaan yang melahirkan rasa bahagia, kan?


OK, kali ini saya mahu bicara mengenai rancangan untuk memindahkan karya Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan (LBS) ke layar perak. Tapi bukanlah mahu bicara tentang karya beliau secara keseluruhan.

Apabila membaca satu artikel di NST (saya lupa siapa yang menulis, bila disiarkan dan muka surat berapa) mengenai projek buku-filem Ahadiat ini, saya terasa mahu respon. Dalam artikel itu, penulis cuba membayangkan bagaimana turn out filem ini - adakah akan menjadi filem yang akan memecahkan kotak pejabat (box office :p) atau menerima nasib seperti buku-filem sebelum ini - dan beliau memberikan contoh seperti Ranjau Sepanjang Jalan tulisan Datuk Shahnon Ahmad, serta Badai Semalam dan Mira Edora karya Khadijah Hashim.

<-- Gambar dari sini


Saya kemudian bertanyakan KakMarina - apa pendapatnya. Dia itu macam-macam idea ada, cumanya lebih malas daripada saya untuk menulis! Heee ...

Dia kata sebenarnya masalah projek buku-filem di Malaysia yang lebih banyak flop daripada berjaya adalah disebabkan oleh pemilihan karya yang mahu difilemkan. Hmmm ... ya juga!

Katanya lagi, filem orang putih pun yang diadaptasi bukanlah semuanya berjaya. Dia memberikan contoh filem Twilight - yang padanya lebih enak dibaca daripada ditonton filemnya. Boraknya lagi .... bidang penulisan kita tak pernah kekurangan karya yang menarik, namun, kemungkinan disebabkan pentafsiran filem itu tidak berapa kena dengan setting semasa, ia membuatkan adaptasi tersebut gagal. Dan, pada saya pula, kebanyakan filem kita yang diadaptasi daripada buku kebanyakan gagal mengambil semangat yang dibawa oleh buku itu. Kak Marina membantah, katanya bukan sebab itu, tapi kadang-kadang ia disebabkan oleh keupayaan pengarah luar menutup kelemahan adaptasi dengan props yang canggih kerana mereka mempunyai modal yang besar.

Hmmm ... banyak sebenarnya yang boleh diperkatakan mengenai perkara ini.

Berbalik kepada cerita Ahadiat Akashah - saya rasa ia satu perancangan yang bijak kerana LBS saya kira masih relevan dengan setting sosial semasa - kisah cinta remaja. Dan, sementelah dulu ada ura-ura KOMSAS mahu ditukar dengan karya pop komersial dan karya Ahadiat adalah antara yang disebut-sebut, kemungkinan besar filem ini boleh berjaya.

Saya sebenarnya tak kisah mengenai filem ini - kalau reviewnya nanti bagus dan menarik, mungkin saya akan tonton, kalau tidak, tunggu saja ditayangkan di TV masa hari raya tahun hadapan-hadapan ...

Kesimpulannya?

Malas mahu disimpulkan kerana isu ini akan berulang-alik begitu juga. Yang penting, pengarah mesti tahu menafsir cerita dengan menarik dan berupaya meramal bagaimana tanggapan penonton terhadap filemnya. Selebihnya, pilihlah karya yang dekat dengan khalayak. Kalau sasarannya remaja, usahlah difilemkan cerita yang ditulis berabad yang lalu kecualilah kalau karya itu boleh disesuaikan dengan imaginasi mereka - boleh saja pengkarya kita belajar daripada siri Lord of the Ring itu ...

Anda rasa, bagaimana?


P/s: Saya tidak berapa gemar kepada LBS, tapi, BUNGA JANTAN akan sentiasa melekat di minda. Kenapa? Adalah rahsianya .... :p

4 comments:

Isma Ae Mohamad said...

LBS dan mana-mana karya Ahhadiat sampai hari ini pun saya masih tidak tergerak hati untuk membacanya.Walaupun pernah membeli LBS untuk kawan. Tidak minatlah dengan novel Pop

Pishaposh said...

Ae:
Tidak mengapalah Ae ... selera manusia kan berbeza ... asalkan bahagia, ok aje ...

najibah said...

Peesha,

Lama tak kelihatan di GR - atau kebetulan di sana semasa saya tak 'kelihatan'?

Ahadiat, uh, terkenang zaman tinggal di asrama 15 tahun dulu. Buku-bukunya diseludup masuk dengan leluasa - tapi tukang seludupnya bukan sayalah :). Di rumah saya, buku-buku pop 'diharamkan' oleh arwah ayah, jadi tak berpeluang beli buku begitu. Waktu remaja saya baca semua, pantang ada buku di depan mata - jadi banyak jugalah buku-buku Ahadiat saya pernah khatam :). Cuma tajuk-tajuk yang dikhatam itu sudah ingat-ingat lupa.

Apapun, saya bantah keras buku pop dijadikan buku KOMSAS.

Pishaposh said...

Najibah:

Maaf, baru sempat membalas respon ini ... Jgn marah haaa ...

Bagus kalau ibubapa rajin memantau pembacaan anak-anak ... refleksi kebijaksanaan dan keprihatinan yang tinggi ...

Ibubapa saya jenis tak kisah .. Alhamdulillah, saya ada self-filter yang boleh diharap ... membaca untuk mencari jawapan kepada byk persoalan ...

Sastera pop diKOMSAS? Saya pun seperti anda!