Monday, March 2, 2009

Mengomen dan dikomen - belasah saja!

Apabila tamat pembacaan saya pada sesebuah buku, saya selalu mencari-cari apa komen orang lain terhadap buku tersebut. Bukanlah bermaksud untuk meniru apa yang orang lain rasa, cuma mencari apakah akan ada persamaan tentang apa yang kita rasa dan faham dengan orang lain. Biasalah tu, kan? (Maaf, kalau anda tidak berbuat demikian).

Kadang-kadang, bila membaca komen-komen orang lain, terutama kalau komen mereka banyak yang positif daripada negatif mengenai buku tersebut, saya berasa cuak juga untuk memberi komen apa yang saya rasa di blog ini. Walaupun saya tak seharusnya takut apa yang orang akan katakan kepada saya, tapi, sebagai ‘seseorang’ yang terbiasa merasa berasa bersalah walau tidak membuat salah, saya terasa gentar juga.

Kenapa begitu?

Kerana saya tiada latar belakang dalam analisis penulisan kreatif. Saya tidak pernah mempelajari sastera dan saya tidak mesra dengan istilah metafora, aphorism, antagonis, protagonis dan selainnya melainkan sewaktu saya belajar topik prosa dalam kertas Bahasa Melayu.

Saya akan jadi lebih cuak, apabila saya melawat blog penulis itu sendiri, dan membaca apa yang dia rasa mengenai karyanya. Kadang-kadang saya mendapati, ada 2-3 orang penulis yang menjadi seakan-akan defensif keterlaluan apabila mereka membaca komen berbaur negatif di blog lain. Saya faham perasaan defensif itu. Itu kan nature manusia. Tapi, itu jugalah yang membuatkan saya gentar.

Sebenarnya, kegentaran itu bukanlah seperti gentar untuk dihentam. Ia lebih merupakan kepada perasaan, kalau saya faham lain daripada maksud penulis, macam mana? Kalau sebenarnya saya tak faham langsung apa yang disampaikan penulis macam mana?

Saya maklum, berlainan pendapat adalah sesuatu yang perlu diraikan dan patut diambil sebagai sesuatu yang konstruktif. Tapi ….

Walau apa pun, saya tetap akan menulis apa yang saya rasa … ini hanya secebis luahan yang kadang-kadang bertamu pada sesuatu ketika, kerana saya masih berpegang teguh:
“Sesungguhnya sesuatu itu tergantung kepada niat pelakunya” – dan saya tiada niat lain, melainkan untuk berkongsi apa yang saya rasa.


P/s: Macam mana ya untuk menghalau perasaan itu? Anda ada apa-apa nasihat yang praktikal untuk ‘penyakit’ saya ini?

2 comments:

Anonymous said...

Tuan punya blog,assalamulaikum dan salam perpaduan,
mohon izin iklan disini,
PNM berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk hadir ke Bengkel Teknik Bercerita. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghebahkan serta memanjangkan program ini kepada orang ramai yang berminat terutama masyarakat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi menyertai program tersebut.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh :14 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat :Bilik Serbaguna,
Aras Satu, PNM

Sasaran :Remaja/ Dewasa

Pengendali : Sakae Sasamori (Pencerita dan Pakar Runding Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Jepun

Penyertaan : *Percuma
*Makanan dan alatan
disediakan
*Sijil diberikan
kepada mereka yang
hadir pada setiap
sesi susulan (4 siri).

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami Puan Norhasliza (03-26871743) atau Cik Cherana (03-26871711).

Anonymous said...

IdzaRis79:
Tak ada masalah. Iklankan saja. Bukan rugi apa pun.

Program yg menarik, tp sayang, batas jarak dan masa menghalang ...