Wednesday, January 23, 2008

Kecek-kecek Awang Goneng



Buku ini asalnya adalah catatan di blog Tuan Awang Goneng (Wan A. Hulaimi) - seorang wartawan yang based di London. Saya menemukan blog dia apabila saya melayari blog isterinya, Kak Teh. Semuanya pun secara tidak sengaja. Memang itulah kebetulan dalam internet ini, kan? Ketidaksengajaan.

Buku ini saya baca sedikit demi sedikit, dan hingga ke hari ini, baru berkesempatan membaca kurang daripada 7 bab. Kenapa begitu? Pertama, kerana saya rasa sayang nak menghabiskan sekaligus (betul kah begitu? Hmmm). Keduanya, sebab saya nak merasai dan membayangkan apa yang ditulis oleh penulis. Jadi, saya masih tidak boleh mengulas dengan sepenuhnya apa yang saya perolehi daripada buku tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh ke blog penulis tersebut, dan nikmatilah tulisan beliau di sana.

Sebenarnya saya mempunyai "love-hate relationship" dengan negeri Terengganu (atau Trengganu seperti yang dirujuk oleh Awang Goneng). Saya datang kali pertama pada tahun 1995 sebagai pelajar UIA yang "digunakan" di dalam perjanjian menaikkan taraf KUSZA sebagai univeristi kolej. Datang secara paksa begitu memang membuatkan saya membenci apa sahaja di Terengganu ini - makanannya, orangnya dan segala-galanya!

Setelah meninggalkan bangku universiti, saya kembali semula ke Terengganu pada penghujung 2003 untuk mencari rezeki di sini dan bermula detik itu, saya mula jatuh cinta dengan negeri ini (belum lagi dengan sesiapa yang istimewa di sini!). Saya mula belajar memahami dan menghayati keunikan dan kecantikannya. Saya kira, kalau buku ini diterbitkan pada sekitar 1995, pasti saya tidak akan memandangnya langsung!

Gaya penceritaan Awang Goneng membuatkan saya boleh "relate" segala penceritaannya dengan apa yang saya saksikan selama ini di Terengganu. Gaya bahasa yang indah, membuatkan saya terbuai. Malah, beberapa kali saya tertawa sendirian apabila membaca perkataan-perkataan Terengganu yang kedengaran lucu dila dituturkan. Setakat ini, saya menggemari ceritanya berkenaan "beleda" ibunya. Kelakar! Ah, anda patut membacanya!

Saya juga bercita-cita untuk menulis sesuatu yang dekat dengan saya (seperti apa yang Awang Goneng buat) ... namun, tidak pasti sama ada ia akan menjadi nyata atau tinggal sebagai mimpi. Doa-doakanlah ya ...

Saya tak habis senyum pada catatan ini:

What is your neng? (name)

My neng is Awang Goneng ... hehehehe ...

2 comments:

ajako said...

"Sebenarnya saya mempunyai "love-hate relationship" dengan negeri Terengganu (atau Trengganu seperti yang dirujuk oleh Awang Goneng). Saya datang kali pertama pada tahun 1995 sebagai pelajar UIA yang "digunakan" di dalam perjanjian menaikkan taraf KUSZA sebagai univeristi kolej. Datang secara paksa begitu memang membuatkan saya membenci apa sahaja di Terengganu ini - makanannya, orangnya dan segala-galanya"- oooo itu dulu, sekarang tidak lagi kan???

Pishaposh said...

Ajak:
Iya ... perasaan nya dah lain ... dulu terpaksa .. sekarang rela ... huhu