Thursday, September 25, 2014

Reming... Dari Sungai Bayor ke Kalamazoo: Taaherah Zainuddin


Sekarang ini semakin ramai orang yang mula membukukan pengalaman hidup masing-masing. Bermula di blog, kemudian diteruskan menjadi naskhah bercetak. Fenomena ini sangat bagus kerana pastinya ia akan membanyakkan khalayak pembaca - kerana bukan semua orang mempunyai akses internet dan bukan semua yang tahan matanya membaca di skrin (saya salah seorangnya). Apatah lagi apabila satu-satu entri panjangnya bukan main.

Naskhah Reming... Dari Sungai Bayor ke Kalamazoo ini adalah hasilan rakan sekerja - Pn. Taaherah, pensyarah FSKM UiTM (Terengganu). Khabarnya dicetak dan dijual sendiri oleh penulis (banyak kerenah penerbit katanya).

Buku ini mempunyai sekuelnya - Taaherah... Dari Kalamazoo ke Teri Haute. Tapi buat masa ini, saya hanya baru selesai melunasi yang ini (setelah hampir satu sentengah bulan diperolehi daripada penulisnya sendiri). Yang lagi satu tu, entah bila lah pula akan mula dan berakhir. Jangan tak mula-mula, sudah. 

Pn. Taaherah yang saya kenali adalah seorang yang tidak banyak bercakap - namun bila membaca tulisannya di blog, ia seumpama mengenali seseorang yang lain - cool, funky dan penuh dengan kehidupan. Mungkin pada beliau menulis merupakan satu bentuk escapism dirinya. Semua orang pun mempunyai sifat ini. Saya pun tidak teerkecuali.

Bila beliau memberitahu bahawa buku-bukunya ini sudah dicetak, saya segera memesan. Macam yang saya selalu 'hint' kan - saya memang suka membaca catatan kehidupan orang lain. Setiap orang ada cerita sendiri. Cuma yang membezakan, bagaimana untuk mencantikkan penceritaan kita. Kira apa kalau realitinya ia sesuatu yang membosankan - asal kita pandai bercerita, ok sahaja. OK, itu sebenarnya persoalan lain. Mungkin boleh bikin kontroversi pula.

Reming merupakan nama timangan Pn. Taaherah di kalangan keluarganya - dan ia seakan kena dengan tema buku ini - to reminisce the past. 

Dengan menggunakan teknik penceritaan orang ketiga, Reming bercerita mengenai kehidupannya dari kecil sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Western Michigan di Kalamazoo, USA. Cerita biasa, namun diceritakan dengan penuh 'innocent' dari mata seorang anak kecil. 

Reming dalam buku ini adalah anak manja ayah, dan adik yang disayangi abang-abangnya. Hidup dalam keluarga yang besar - sebelas beradik, Reming anak ke 8 - cerita Reming adalah nuansa biasa kehidupan keluarga Melayu sekitar tahun-tahun 1960an. Punyai ibubapa tipikal Melayu yang mencurah kasih sayang secara tidak langsung (bukan melalui peluk cium atau sentuhan fizikal), didikan yang lebih memberatkan perilaku tertib anak-anak gadis dan sebagaianya. Namun, Reming beruntung kerana ayahnya seorang yang agak terbuka pemikirannya - sanggup menghantar beliau ke sekolah aliran Inggeris di saat stigma belajar di sekolah Inggeris akan menjadikan anak-anak 'murtad' serta minat ayahnya yang suka membaca dan luas pembacaannya.

Selebihnya, cerita Reming juga membawa saya bersama 'pulang' ke daerah alam kanak-kanak saya kerana kebanyakan ceritanya punyai rasa yang sama apa yang saya lalui. Saya lahir di penghujung tahun 70an, dan cerita Reming banyak berkisar pada tempoh masa yang sama. Mungkin saya juga harus bercerita mengenai pengalaman itu juga. Tapi, ada yang mahu bacakah? Kisah saya yang bukan siapa-siapa .. hihihi.

Membaca cerita Reming juga memberikan rasa keterujaan kepada saya mengenai beberapa perkara - antaranya mengenai personaliti Kontek Kamariah, rancangan-rancangan radio dan televisyen yang digemari ramai seputar tahun-tahun itu, dan banyak lagi lah. Semua itu 'mengumpan' rasa seronok hidup di zaman itu - zaman yang kehidupannya sangat ringkas, santai dan penuh kebahagiaan. Saya kira, keterujaan itu besarnya pada familiarity cerita. Manusia kan aman dengan persekitaran yang familiar padanya?

Lagi satu yang menarik mengenai buku ini, adalah pada susunan penceritaannya. Ia tidak culang-caling walaupun pada sekilas pandang kenapa pada ketika ini kisah yang ini muncul? Kenapa tidak yang ini? Saya kira, susunannya buatkan saya menyaksikan sendiri bagaimana Reming membesar dari[pada anak kecil yang suka berseluar 'katok' dan tidak berbaju dan suka berendam lama-lama di sungai kepada anak gadis pintar yang cermat menjaga auratnya. 

Kekurangan buku ini?

Saya sangat sensitif dengan ejaan (walaupun saya menulis / menaip pun banyak yang salah). Bila bertemu dengan perkataan yang dieja dengan tidak sepatutnya, ia akan membuatkan saya rimas. Contohnya kata 'datok' (yang sepatutnya dieja datuk) dan 'tempohi' (sepatutnya dieja 'tempuhi' kerana 'tempoh adalah rujukan untuk masa dan keadaan). 

Selainnya, tiada kesalahan major - melainkan terkadang tanda bacaan yang diletakkan seakan tidak kena tempat serta setting spacing nya yang kadang-kadang terlalu rapat, dan ada kalanya agak jauh. Tapi, biarlah. Tak mencacatkan cerita pun. 

Mengenali Reming lewat buku ini, dan mengenali Pn. Taaherah secara peribadi, ia ibarat bertemu 2 orang yang berbeza. Sukar untuk percaya bahawa Reming itu, adalah Pn. taaherah yang sekarang. Pastinya ungkapan, tak kenal, maka tak cinta itu paling benar maksudnya. 

Kalau anda kenal Pn. Taaherah, bacalah buku ini, kemudian, ceritakan pada saya bagaimana anda memandang beliau sekarang? 

Hmmm ... Mmmm ... 


7 comments:

Zuraimi Zainuddin said...

Assalamualaikum.
Jazakillah khairan kathira kerana sudi membaca buku ini dan memberikan ulasan.
Saya amat menghargainya.
Insya Allah saya take note tentang kekurangan yang dinyatakan yang terdapat dalam buku ini. Saya akan cuba setakat yang upaya supaya ia tidak berulang dalam buku ketiga saya nanti, insya Allah.

Zuraimi Zainuddin said...

Saja je nak share. Puan Ainon Mohd, CEO PTS Publications pernah dijemput datang bagi talk di kampus UiTM Dungun oleh pihak UPENA. Beliau mencadangkan supaya penulis baru menulis mengikut kaedah surah Yusoff.
Kaedah surah Yusoff ialah menulis cerita secara terus dari awal sehingga akhir tanpa ada flash back. Katanya, menulis secara itu, pembaca senang faham dan penulis pun tidak akan tersilap.

Nieda ramly said...

saya pun dari sungai bayor. siapakah penulis ini? saya ingin mengetahui dgn lebih lanjut.
Bangganya saya orang sg bayor menulis buku hebat.
tq.

Pishaposh said...

K. Taaherah:
Moga ulasan ini memberi faedah untuk akak untuk lebih mantop berkarya di masa hadapan.

Saya memang pandai komen kerja orang... tu sebab sampai la saya tak tulis buku apa pun... hihihi..

Saya tengah menghabiskan buku ke 2.. dan nampaknya agak laju juga pembacaan kali ini. Lebih teruja nak mengetahui mengenai cerita lanjutan selepas putus tunang tu ;)

Tapi kan kak... saya macam pernah terbaca cerita yg accident yg melibatkan Kak Mah tu dalam satu novel melayu... nanti saya cari balik nak tengok sama ke tak...

Anyway, keep on writing! Good luck!

Pishaposh said...

Nieda Ramly:
Seriously, saya pun baru dengar pasal Sg Bayor ni lepas membaca novel ni. Saya tahu Selama ... tp, Sg. Bayor?

Nieda boleh hubungi penulis di alamat emel ini:
taaherah@tganu.uitm.edu.my

Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Zuraimi Zainuddin said...

Tiba2 hari ni lagu lama ni terngiang2 di telingaku... lagu yang pernah aku dengar sewaktu zaman remajaku: "This girl has turned into a woman... this girl has turned into a woman...", entah siapa penyanyinya.. Anne Murray? Sekuel buku Reming ni menceritakan sambungan kisahnya di Amerika Syarikat... Jemput pengikut setia blog ni baca sekuelnya... lambat beno nak nunggu si Fisha ni sambung ulasannya...

ajako said...

hehe...sy nantikan novel tulisan pishaposh...bilelah agaknya nak terbit ye...