Bahagian pertama:
Buku-buku yang tidak habis-habis dibaca. Tak tahu ke mana hilangnya rasa, tak tahu bagaimana mahu melunasi semua.
Tunggu kala tidak sibuk, semacam ketiadaan masa itu. Dan, kalau ada pun, selalu ada sahaja benda lain yang lebih menarik.
Ada sesiapa yang ada petua mengenai perkara ini?
Bahagian kedua:
Yang sudah langsai dibaca dan diulas. Mungkin kelompok buku ini berada pada masa yang sesuai, maka segalanya dapat dimanfaatkan dengan baik.
Bagaimana mahu mengekalkan momentum yang dinamik ini? Ohhhhh ...!
Bahagian ketiga:
Sudah dibaca namun tidak habis diulas. Adakah lebih baik daripada yang pertama tadi?
Adakah ini sifat pencinta buku? Pembaca tegar?
Sudah tentu tidak reflektif pada keadaan sebenar, kan?
No comments:
Post a Comment