picture credit: google
Aduhai, lamanya tidak menulis di sini. Hampir 3 bulan lebih. Bukannya tiada pembacaan, cuma sifir baca-tulis-baca-tulis tu tak mahu menjadi. Beralasan saja, kan? Dasar!
Tapi, bila saya menjengah ke sini, rasa terharu sangat bila follower semakin bertambah. Terima kasih kerana sudi mengikuti dan membaca blog yang .... (anda isilah sendiri).
OK, catatan pertama selepas cuti panjang adalah mengenai isu majalah Reader's Digest (ASIA edition), bagi bulan Jun. Anda dah baca?
Tak ada lah apa sangat, cuma bila membacanya, ada sesuatu yang buatkan saya terfikir: jarang sekali makanan Melayu yang ditonjolkan sebagai makanan yang melambangkan Malaysia. Paling-paling pun, nasi lemak dan satay. Itu saja ke?
Dalam edisi Jun itu pun, antara makanan yang diklasifikasikan sebagai street food adalah Hokkien mee, nasi kandar dan Ipoh curry mee. Lebih kurang macam makanan Singapura saja. Kemudian, seperti biasa, bila rasa 'hangat', mulalah 'diskusi ilmuah' (typo intended) antara saya dan housemate saya -- dan, seperti biasa, dia memberikan input yang saya rasa logik.
Makanan Melayu susah nak jadi street food sebab kaedah penyediaannya bukan bersifat begitu. Ambil contoh, kari dan gulai Melayu. Dengan 'renyah' penyediaannya yang perlu dibuat ikut step-by-step, memang tidak akan menepati konsep street food yang pada saya zap-zap-siap!.
Kemudian, menonton MasterChef Australia, terutama bila 'taste test', kami selalu berpendapat kalaulah masakan Melayu yang diuji, mahu berpinar nak cari apa benda yang dimasukkan ke situ. Kemudian, saya ingat lagi bagaimana masakan Melayu diceritakan dalam Ketupat Cinta ... maka .. sampai sini, saya tak rasa bad bila makanan Melayu tidak disenaraikan sebagai street food.
Bangga juga kerana hebatnya makanan Melayu. Sayangnya, ramai yang tak mahu mengaku.
Anda bersetuju?
2 comments:
setuju sgt ngan housemate u peesha, yg omputih tu masak bersunguh2, mahal2, tak tentu lagi rasanya sedap mcm masakan melayu...
Cam ber'emo' saja En Ajak? Hehehehe ..
Ya, banyak benda milik Melayu itu sangat anggun dan elegan sifatnya, namun telah dijatuhkan oleh bangsa itu sendiri ... sedih!
Lain tekak, lain rasa ... gitu lah, kan?
Post a Comment