Sunday, July 4, 2010

Travelog Cinta Abadi by Roza Roslan


Gambar dari sini



Saya rasa saya semakin suka untuk memiliki buku-buku yang diangkat daripada blog. Tapi, ada pengecualiannya - blog-blog kehidupan - bukan politik. Maka, apabila bertemu Travelog Cinta Abadi (TCA) ini, saya tidak bertangguh memilikinya.


Walaupun kesemua ceritanya sudah saya baca di blog Puan Roza, saya masih enjoy membacanya di dalam buku ini. Rasa kagum kerana beliau berjaya merakamkan peristiwa-peristiwa dalam hidupnya dengan 'hidup' sekali. Saya pernah cuba untuk berbuat demikian, namun, kadang-kadang saya sukar untuk mengenang cerita-cerita lama (terutama kisah-kisah tidak berapa seronok) dan menulisnya dengan rasa penuh indah dan penuh pengajaran. Maka, akhirnya, saya tinggalkan sahaja.


Berbalik kepada TCA.


Ada 93 cerita kesemuanya di dalam buku ini, dan kesemuanya mempunyai tajuk yang straight forward. Pada mulanya, saya tidak berapa faham kenapa buku ini menggunakan tajuk TCA, Masa yang berlalu ..., tetapi, setelah membacanya, saya terjemahkan begini - (mungkin) ia menggambarkan cinta penulis kepada orang-orang yang dia sayang, pada persekitaran dan kehidupan lalunya. Maka, jadilah cinta abadi. Saya terkesan, tapi saya tak punya rasa yang sama (atau belum lagi) terhadap kehidupan saya. Tapi, saya sudah cuba melihatnya daripada pandangan yang berbeza - walaupun banyak yang belum berubah.


Saya suka menganggap cerita-cerita di dalam TCA mirip kepada cerita bersiri Sekolah Sri Melur (adaptasi Enyd Blyton's Mallory Tower) kerana ia banyak bercerita mengenai diri penulis - anak yang nakal, dan pelajar yang berani - yang semuanya membuatkan saya rasa - kenapa saya tiada pengalaman begitu - soalan bodoh lah gayanya - kerana mana ada manusia yang liku kehidupannya sama, kan? Ini bukan persoalan cantik atau manisnya pengalaman hidup seseorang, tapi ia lebih kepada cara kita mengolah cerita kita. Umpama menulis karangan RUMAH SAYA - boleh saya ia menjadi nota yang paling menarik atau kisah yang teramat membosankan - bergantung kepada siapa yang menulisnya.


Moralnya:

Setiap pengalaman kita adalah yang terindah bergantung kepada bagaimana cara kita menanggapinya - contohnya, kisah Cikgu Roslan (ayah pengarang) yang sangat tegas [saya bersyukur ayah saya tidak begitu!], yang membuatkan saya rasa kasihan dengan penulis, namun masih boleh merasa kasihnya melalui apa yang ditulis oleh Puan Roza.

Cerita paling menarik? -- tiada yang spesifik, tetapi yang berkaitan dengan Mak Wa, semua saya suka. Saya tak punya peluang untuk berasa demikian, tapi, terima kasih Puan Roza kerana memberi kesan kepada saya!

9 comments:

Sofira said...

hari tu dah nampak buku ni.

menarik rupanya ulasan buku ni dari sudut perspektif fisha. :)

ajako said...

woho, saya amat bersetuju ngan cik pishaposh. Sesuatu cerita bergantung kpd siapa dan bagaimana ia diceritakan...so, bile nak sambung penceritaan anda mengenai kawan2 uiam-kusza? wink2

Pishaposh said...

Aidura:
Terima kasih sbb rasa ulasan saya menarik ... cepat lah, baca buku ni ... beribu ribu ribuuuu kali lebih menariknya ... =)

Ajak:
Apa kata kalau saya membenarkan kamu bercerita di situ pula? Bagaimana? Saya terpesona dengan tulisan kamu juga!

ajako said...

oh cik pisha, aku tidak punya daya pemerhatian setajam kamu...kamu sajalah...

Unknown said...

salam.
kakchik pun turut membeli buku ini w/pun telah membacanya dalam blog kak roza. 2 minggu lepas berkesempatan bertemu dengan penulisnya yang sangat ramah. terasa makin enak membaca kisah kehidupan yang penuh nostalgia.

Mohd Farid said...

Assalamualaikum,

Saya singgah sebentar sambil membaca sinopsis Travelog.

Apapun, saya ingin menjemput tuan blog ke saya.

http://www.faridrashidi.com/2010/07/06/buku-sulung-frc-bakal-terbit/comment-page-1/#comment-11292

Pishaposh said...

Ajak:
Sama saja ... malah saya rasa mata dan ingatan kamu lebih tajam dari saya ... tengok saja apa yg kamu tulis ... saya tak rasa saya boleh menulis mengneai Grisham begitu =p

Kakchik:
Bestnya Kakchik dapat jumpa penulisnya! Cemburu saya! Tapi, memang syiok kan baca travelog ni? Terbuai-buai dengan kemanisannya.

En. Farid:
Terima kasih kerana singgah. Dan, terima kasih atas jemputan ... InsyaAllah, akan cuba memnuhinya.

Roza said...

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi berkongsi kenangan indah di zaman kecil saya.

Ia telah lama berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan itu abadi. Manisnya bagai mengenang cinta pandang pertama.

Pishaposh said...

Pn. Roza:

Waalaikumussalam.

Terima kasih kerana berkunung. Terima kasih kerana menulis. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Terima kasih!

=)