Friday, February 13, 2009

Hidayah Cinta by Ilham Hamdani

Dipinjam tanpa izin dari blog pengarang


Saya tak tahulah kenapa daya kepantasan pembacaan saya akhir-akhir ini sangat perlahan. Untuk menghabiskan novel kurang daripada 500 halaman pun susah.

Tiada masa? Tidakkk ... masa saya sangat banyak.

Sibuk? Heh, saya ini jenis yang relax. Mana ada masa sibuk.

Entahlah!

Novel ini saya beli hujung bulan lepas - sebab dapat baucar RM20 daripada MPH. Kenapa pilih novel ini? Kerana saya terbaca review nya pada halaman advertorial belakang novel Salina Ibrahim, Bukan Yang Pertama itu. Saya rasa macam OK saja.

Saya mengambil masa 3 minggu (3 minggu!!!!) untuk menyelesaikan pembacaan. Arghhh!! (Tapi, OK la kan, sebab habis juga. Masih banyak buku yang saya tak habis-habis baca walau dah nak masuk 2 tahun! -- dan buku ini tidak merujuk kepada buku akademik, tapi novel biasa).

Saya tidak pernah membaca karya Ilham Hamdani (atau Addeen Bandar Sepi), tapi saya sering nampak karyanya di akhbar-akhbar. Saya pembaca semi-selektif (kalau ada istilah itu), kerana saya membaca berdasarkan nama pengarang. Dan, semestinya ini menjadikan saya pembaca yang tinggi uncertainty avoidance! Ha ...

Berbalik kepada Hidayah Cinta.

Pertama, kulit luarnya. Saya tidak terpancing pun dengan illustrasi itu. Namun, paparan muka gadis bertudung kelihatan sangat familiar. Saya seperti pernah melihat muka begitu. Tapi, tak ingat di mana. Cumanya, bila menghubungkan illustrasi luar dengan tajuk, maka, sekali lagi saya menjangkakan yang biasa [tabiat lama, nak buat macam mana!].

Kemudian, pembacaan bermula.

Mengambil latar negara matahari terbit, Ilham Hamdani, melalui watak Umar Thilmisani (saya sudah lama suka dengan nama Thilmisani ini!) ia bercerita mengenai suka-duka kehidupan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal yang belajar di sana. Watak Thilmisani digambarkan dengan ideal - bijak, beragama dan semua-semualah. Ya, saya memang ada isu dengan pengukiran watak begini. Namun, kalau wataknya tidak begitu, mana nak menarik cerita begini, kan?

Thilmisani merupakan anak kepada seorang pegawai PBB yang berasal dari Perlis, Kampung Datuk Kayaman. Kampung yang berdekatan dengan Tasik Melati, tasik buatan yang terbesar di Perlis (Oh, saya sedikit teruja, kerana saya memang tahu tempat-tempat ini!).

Thilmisani dibesarkan oleh datuk dan nenek sementelah tugas bapanya tidak memungkinkan dia mendapat perhatian yang sewajarnya. Datuknya mahukan dia menjadi seorang hafiz dan pakar dalam hadis, namun bapanya mahukan dia menjadi doktor atau jurutera. Dilema, namun penulis menyelesaikannya dengan mematikan watak datuk, dan sudah pasti permintaan bapanya ditunaikan.

Di Jepun, Thilmisani menjadi antara top student di dalam kelas. Bersahabat baik dengan Koyama Hiroo, mereka selalu berkata Minna kyoudai day, kyoudai! (we are brother, your best friend forever ... yang terakhir itu saya saja tambah ... teringat lagu peserta American Idol, Renaldo Lapuz itu -- sila google sendiri ya). Bersahabat, bersaing belajar, kehidupan pelajar yang indah.

Thilmisani kemudian bertemu dengan Takahashi Ayumi, gadis Jepun yang diselamatkan daripada cubaan membunuh diri. Ayumi sebenarnya pernah bertemu Thilmisani di malam meraikan pelajar asing dan dia menolak untuk bersalaman dengan Ayumi (haram bersalaman dengan bukan mahram). Peristiwa itu membuatkan Ayumi berdendam dan merasakan Thilmisani seorang yang sombong.

Trivia:
  • Thilmisani pernah menaruh harapan kepada rakan sepermainannya yang juga sepupunya - Maisarah Sufiah
  • Thilmisani juga diminati oleh seorang rakan dari Malaysia yang sama menuntut - Zara Marlisa.
  • Zara Marlisa adalah senior Maisarah Sufiah di TKC.
  • Zara Marlisa menganggap Takahashi Ayumi adalah seterunya dalam merebut Umar Thilmisani.
  • Koyama Hiroo menghidapi sakit buah pinggang yang kronik tetapi tidak cuba mendapatkan rawatan sepatutnya.
  • Thilmisani suka melukis.
  • Thilmisani boleh menghabiskan sushi paling kurang 10 pinggan sekali makan.

Pendekkan cerita.

Thilmisani dan Ayumi bercinta - bercinta atas nama berdakwah kepada agama yang mulia, Thilmisani membimbing Ayumi kepada Islam - menghadiahkan sebuah al-Quran terjemahan sempena hari jadi - Bapa Ayumi menyedari kecenderungan anaknya kepada Islam dan terus mengurungnya daripada sebarang kontak - lebih-lebih lagi dengan Thilmisani - Zara Marlisa terus-terusan memburu cinta Thilmisani - Zara Marlisa terlibat dalam langgar lari dan koma, diselamatkan oleh Ayumi - Thilmisani mendermakan buah pinggangnya kepada Koyama Hiroo - Maisarah Sufiah mengembara dari Canberra ke Ibaraki dengan harapan menyambung cintanya dengan Thilmisani - all end well. Sekian.

Fuhh ... senafas tu.

OK, analisis yang lain.

Satu perkara yang saya suka amati pada setiap novel, apa perkataan yang suka diulang-ulang oleh penulis. Dalam novel ini, penulis kerap menulis perkataan "malahan" ... hampir pada setiap bab. Di permulaan, pertengahan dan hujung ayat. Tiada masalah. Cuma saya terperasankannya. Itu sahaja.

Perkara kedua, penulis gemar memberi pendapat dan penerangan lanjut pada perlakuan watak. Contohnya:

Masakan, sejuk-sejuk begini masih ada manusia (seperti Thilmisani!) yang kelihatan sedikit basah pakaiannya, ah betapa kesejukannya! (halaman 27)

Tidak sanggup dia untuk mandi dalam keadaan begitu, walaupun semua yang ada di dalam kolam adalah lelaki (Mereka mengasingkan antara kolam lelaki dan perempuan). (Halaman 328)

... Thilmisani berendam juga, dengan berseluar tight! (Ketawa lagi!). (Halaman 328)

Dia mahu kebenciannya terhadap Ayumi (kerana Thilmisani!) sirna sepantas kilat ... (halaman 318)

Gadis bernama Ayumi (yang baik itu) menangis sambil menggesa atendan hospital bergerak lebih pantas. (Halaman 319)

Tetapi kata-kata itu tidak terkeluar, tersekat di ghalgarah, kerongkong yang paling atas dan kembali ditelan perut yang busuk (Kerana ada hati yang busuk!). (Halaman 320)
Saya tidak tahu kenapa semua ini mengingatkan saya kepada ulasan Dr. Othman Puteh (allahyarham) kepada cerpen "Semanisnya Senyum" diterbitkan dalam majalah Dewan Siswa, Februari 1990 (tapi saya terlupa siapa pengarangnya).

Kata Dr. Othman Puteh, pengarang perlu mengelak diri daripada memberi pendapat sendiri dalam karyanya. Dan, kerana saya tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam cara mengarang, maka, saya rasa tindakan begitu sedikit sebanyak mengganggu pembacaan saya. Saya seolah-olah cuba 'dibimbing' oleh penulis untuk ketawa waktu ini, dan bersedih waktu ini, dan, ini masanya bila anda perlu tahu perkara ini! Ahhh ... bosannya!

Apa yang menarik mengenai novel ini?

Sejujurnya, pada saya novel ini adalah naskhah yang biasa. Cumanya, saya rasa seperti di bawa bersama ke kawasan-kawasan menarik di Jepun itu - ke Hitachi, Ibaraki dan sebagainya, dan sama merasa lazatnya nabe, ebi mayo, dan okonomi yaki (oh, I'm so going to Sushi King right now! - eh, tapi Sushi King ada isu halalnya pula ...), serta keindahan sakura putih yang tiga bulan sahaja kembangnya!

Saya juga tertarik bagaimana penulis mengadun fakta-fakta seperti hikmah Allah menurun air hujan dalam jumlah tertentu, dan bagaimana Quran menerangkan mengenai kekeliruan yang dicetuskan oleh Teori Big Bang itu. Juga mengambil cerita pengislaman Saidina Umar al-Khattab dan disesuaikan dengan penceritaan watak ayah Ayumi. Selain itu, penulis juga memasukkan cerita Zainab al-Ghazali serta info mengenai surat-surat Maryam Jameelah kepada al-Maududi (oh, saya tak tahu ada web mengenai perkara itu). Serta, mencuit sedikit mengenai pergolakan Palestine yang tidak pernah berhenti sejak sekian lama. Nampaknya, membaca cerita fiksyen tapi dalam yang sama mendapat pengajaran dunia realiti. Inilah yang kita mahu! Bukan hanya terbuai dengan citra keindahan cinta yang ideal tanpa membawa kita ke mana-mana. Opppss! Hehehe.

Saya mungkin akan mencari karya penulis ini yang lain-lain. Salah satu yang tertulis pada halaman belakang novel ini, novelnya yang bertajuk "Mekar Sakura di Mimbar Cinta" - macam menarik, walau saya semacam allergi dengan tajuk begitu.

Tengoklah nanti.


My favourite quote:
Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya

11 comments:

Naj AB said...

Peesha, duk tunggu awak update blog. Rupanya tengah habiskan buku Addeen Bandar Sepi ni lah kot :) ? Saya pun pernah baca cerpen karya Addeen ni di akhbar. Tak sangka dah tulis buku pulak dia.

Anonymous said...

Najibah:
Menunggu saya update? Uhhhh ... high expectation! Terima kasih -- kerana bila ada pengharapan begini, teruja juga ... hehehe.

Dan ada lagi selambak buku yang menunggu untuk dihabiskan ... daya membaca makin slow ... arghhh!!!

IlhamHamdani said...

Salam istimewa buat Cik Fisha,

Terima kasih atas kritikan jujur yang diberikan terhadap Hidayah Cinta. Saya senang 'banget' dengan kritikan Cik Fisha!

Saya pinjam review Cik Fisha untuk dimasukkan ke dalam blog saya.

Terima kasih sangat-sangat.

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

Pishaposh said...

Ilham Hamdani:
Salam.

Penulisnya bertandang! Saya terharu.

Saya 'lega' kalau review saya anda senangi dan pastinyalah saya berbesar hati untuk meminjamkannya ke blog anda ...

Ohhh ... saya juga suka ... la la la la la la

Jangan serik berkunjung lagi, ya?

Wassalam

hafizan said...

Salam cik Fisha,

Saya juga telah membaca Hidayah Cinta tapi terhenti kerana 'gangguan-gangguan' seperti yg Fisha alami. Kerana merasa terganggu maka saya pun tak pasti bila akan menghabiskannya.

Pishaposh said...

Hafizan:

Salam .... oh, mengalami gangguan juga?

Tak mengapa ... pelan2 baca ... pasti gangguan akan ditemukan dengan satu keindahan ... percayalah!

Terima kasih kerana berkunjung.

husna said...

salam miss...

saya pun ada buku nie...dan dah hbs baca pun suatu ketika (x igt bila).tp masa yg di ambil utk hbskan novel nie agak lambat berbanding novel2 lain yg pernah saya baca...

duku2 selalu cari novel cinta...tp lama kelamaan ..saya mencari kelainan pd novel yg saya hendak beli...

bermula dr salju sakinah-zaid akhtar, bkn yg pertama- salina ibrahim dan last novel yg saya beli..novel nie..hidayah cinta....mmg ada kelainan lah yg saya jumpa...dah lama jugak x beli novel...x berkesempatan...hehe..

bila bc entri miss pasal novel nie...mcm teruja plak nak tahu apa komen miss....

apa2 pun...saya mmg suka bc tulisan2 miss dalam blog2 miss....ada daya tarikan tersendiri...

semoga miss terus menulis...

salam...

Pishaposh said...

Husna:
I dah berhenti mencari novel2 cinta. Dah purba! Hehehe .. Tapi masih enjoy membaca pada ketika-ketikanya.

Ya, trend novel sekarang kadang-kadang boleh ditelah dengan mudah. Tapi, banyaklah yang dah berubah, walau garapan cerita masih agak sama.

Terima kasih kerana sudi singgah :)

MISWA said...

Salam alaykum Cik Fisha :)

Boleh x kami nak borrow review cik fisha? Kebetulan penulis nak datang ke uni kami untuk acara ala-ala bedah-buku dan nak postkan basic summary tentang hidayah cinta dekat blog persatuan kami..

Jemputlah singgah ya?

Pishaposh said...

MISWA:
Sila kan ... saya berbesar hati ... (walaupun penulisnya pun telah membaca dan mengulas review ini di blognya).

Semoga bermanfaat.

Terima kasih atas kunjungan dan jemputan ke blog anda.

Wassalam

Unknown said...

novel nie sangat bgus n penuh ngan input!