Monday, August 19, 2013

Cerita Kak Wan: Zahiruddin Zabidi


Kata orang, never judge a book by its cover - tapi saya tidak sekali-kali menggunakan kaedah itu dalam memilih buku. Pada saya, kaedah "dari mata turun ke hati" adalah lebih baik, dan inilah yang berlaku dalam kes buku ini.

Naskhah ini saya temui dengan tidak sengaja di rak buku Popular Mesra Mall pada hari Jumaat lepas. Perkara pertama yang menangkap perhatian saya adalah wajah Kak Wan yang mesra serta simplicity cover design nya. Ia nampak kemas dan kena pada mata saya. Saya sememangnya tidak kisahkan subjeknya atau pengarangnya. Begitu sekali panahan "dari mata turun ke hati" ni ...

Dan, yang paling membuatkan saya pelik, saya boleh menghabiskan pembacaan at one go! Satu pencapaian besar untuk tempoh tahun kebelakangan ini! Berapa muka surat buku ni? 162 muka surat sahaja (tapi, ia masih satu pencapaian kerana ada buku yang lebih nipis - dan majalah juga - daripada itu mengambil masa berhari-hari, malah berbulan untuk saya habiskan.



First impression mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan)? - seorang wanita yang lemah lembut, ibu yang penyayang, isteri yang setia dan public figure yang low profile. Saya sebenarnya menghalang diri daripada memakai kaca mata politik apabila membaca buku ini. Sebabnya pastilah senang untuk ditebak. Dengan segala gambaran, nukilan, pendapat dan garapan yang pelbagai di media, pastilah sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara kita melihat seseorang itu. Ditambah pula dengan kecenderungan pandangan kita, persepsi boleh sahaja berbeza. Tapi, paling utama, cuba switch off kan semua pandangan itu untuk jadikan kita pembaca neutral -- dan saya rasa saya berjaya untuk kali ini.

Buku ini pada dasar penceritaannya adalah mendatar sahaja. Bercerita mengenai seseorang - ibaratnya membaca maklumat di wikipedia sahaja. Penceritaan dibuat berdasarkan kepada temuramah langsung pengarang dengan Kak Wan - oleh yang demikian, tiada banyak yang boleh diperkatakan. Namun, ada rasa 'ikhlas' yang bertebaran di halaman-halaman tertentu yang bisa membuatkan saya terasa. Buku ini tetap ada 'sesuatu'.





Ditulis dalam format memoir journalist (apa benda tu? - ikutkan, memoir akan memfokuskan satu fragmen tertentu dalam hayat seseorang, tetapi, ini lebih kepada biografi ringkas - bagi sayalah), buku ini menceritakan peribadi Kak Wan - bermula daripada kelahirannya sehinggalah ke waktu sekarang (beliau sebagai Presiden PKR). Seorang anak yang beraut Chinese look (melalui keturunan), berpegang teguh dengan agama, serta seorang yang pintar (Kak Wan merupakan pelajar terbaik OBGYN di Royal College of Surgeoens, Ireland pada tahun 1977 - saya baru nak menjenguk dunia tahun itu!).





Semua maklumat (terutama Kak Wan dalam politik) yang dipaparkan di dalam buku ini telah saya sedia maklum lantaran semasa peristiwa September 1998 itu berlaku, ramai orang mahu lebih mengenali keluarga bekas tokoh nombor dua negara. Saya masih ingat, selepas mengdengar berita pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), saya sedang study untuk peperiksaan tahun ketiga universiti di KUSZA (kini UNiSZA). Sungguh mengejutkan. Tapi, kami pelajar UIA –KUSZA ketika itu punyai satu sentiment tidak enak mengenai DSAI kerana berkaitan dengan penempatan kami di situ. Ada rasa marah, sedih dan segalanya. Bercelaru mungkin ayat yang paling sesuai menggambarkan keadaan itu.

Walau bagaimanapun, saya jadiberminat untuk mengetahui mengenai anak dan isterinya. Dan, hasilnya, setiap majalah atau buku mengenai mereka, saya langgan. Bahkan, saya mula membaca Mingguan Wanita (yang punya banyak cerita mengenai isteri pasrah ‘dikerjakan’ suami) hanya kerana majalah tersebut banyak memaparkan cerita-cerita Kak Wan dan anak-anak. Saya masih ingat cover pertama majalah tersebut yang saya beli dihiasi gambar Kak Wan dan Nurul Izzah (yang masih muda remaja). Sebenarnya lagi, bukan cerita Kak Wan yang saya nanti, tapi cerita Nurul Izzah. Saya juga masih ingat cover majalah Newsweek yang memuatkan cerita keluarga ini dengan gambar Nurul Izzah memakai bunga kemboja merah di rambutnya.

Andai dilunasi seluruh buku ini, ia banyak menceritakan mengenai bagaimana Kak Wan boleh terus berdiri di belakang suaminya – walau pernah dikhabarkan di dalam ceramah yang pernah saya hadiri yang  beliau memang maklum mengenai kegiatan luar tabie suaminya (masih sangat questionable). Saya tidak menelan bulat maklumat itu, walau dalam masa yang sama terdetik jugalah di dalam hati, dengan segala londehan yang dibuat media, kenapa masih dia menyokong suaminya? Benarlah kata orang, there are three sides of story, mine, yours and the truth. Kita yang melihat, tak sama dengan yang mengalami, dan hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

Saya paling tertarik dengan cerita Kak Wan sebagai doktor – dan saya dapat merasakan bahawa dia memang doktor yang baik. Dia memang sajak sebagai doktor. Cerita bagaimana dia mententeramkan seorang pesakit yang perlu menjalani pembedahan mata sangat menyentuh hati saya:

“Pak Lang kelihatan sangat tidak selesa dan berada dalam kerisauan. Sejurus kemudian Kak Wan berbisik ke telinga Pak Lang dalam loghat utara, “Pak Lang tok sah dok ghisau eh, Azizah ada dah ni.”

 Mendengar bisikan itu, wajah Pak Lang kembali ceria, “Hangpa dah ada, baghu lega rasanya.” (Bab 4, halaman 67)

Penuh sentuhan kemanusiaan!

Itu yang membuatkan Kak Wan berperibadi luhur di dalam buku ini (dan saya tidak meraguinya!)

Cerita pertemuannya dengan DSAI juga kelihatan sweet dan simple. Tidak banyak cerita berdating, hanya lebih berhubung melalui telefon. Contoh kisah cinta yang tidak keterlaluan.

Begitu juga anekdot mengenai seorang anak pada setiap perubahan atau perpindahan portfolio DSAI – selepas kelahiran Nurul Izzah pada tahun 1980, pasangan Kak Wan dan DSAI akan mendapat anak setiap kali DSAI menjawat portfolio baru, bermula dengan sebagai timbalan menteri di JPM pada 1982 hinggalah ke jawatan Menteri Kewangan sekitar 1990 (5 portfolio).

Terakhirnya, emosi jadi terganggu apabila membaca mengenai kesengsaraan, dan kerisauan Kak Wan selepas peristiwa September 1998 itu. Pada bahagian ini, saya masih membacanya di luar kaca mata politik, lantas saya boleh merasa emosinya yang tercalar apabila orang yang paling hampir dengannya diperlakukan sebegitu rupa. Terselit pelbagai rasa apabila Kak Wan bercerita bagaimana keluarganya diperlakukan seperti orang yang bersalah benar (walau belum dibuktikan di mahkamah).

Adakah buku ini mempengaruhi cara saya memandang keluarga Kak Wan? Ketepikan soal politik, ya, ia mengubah pandangan itu. Bermaksud, ia adalah kisah biasa manusia yang tiba masa diuji dan bagaimana mereka melalui ujian itu. Selebihnya, pertimbangan lain harus dilihat di bawah kaca mata dan topi yang pelbagai.

Entah mengapa, usai baca buku ini, terus terngiang-ngiang di kepala mengenai pendapat Robert A. Dahl mengenai politik: 
"Any persistent pattern of human relationships that involves, to a significant extent, power, rule or authority"

Buku ini buku yang baik kerana penulis tidak banyak memberi pendapat peribadi dalam mengarang terhadap isu-isu tertentu – kerana fokus utamanya adalah pada Kak Wan. Namun, bila membaca bahagian Perspektif, saya sedikit jengkel apabila Kak Wan dibandingkan dengan Datin Rosmah Mansor (melalui petikan ucapan Ketua Wanita PKR) dari segi pembawaan diri masing-masing. Bukan bermaksud saya bias ke Datin Rosmah, tapi ia semacam tidak relevan untuk mencipta persona seseorang dengan merendahkan orang lain.

Persona Kak Wan boleh berdiri dengan teguh dan kekal tanpa perlu perbandingan begitu – dan itulah sedikit kekesalan saya dengan buku ini (sebenarnya boleh dikesampingkan kerana itu bukanlah sebahagian daripada apa yang ditulis penulis).


Saya rasa gembira dapat berkenalan dengan Kak Wan melalui buku ini. Sungguh.