Walaupun dalam review yang saya baca ditulis yang filem ini mengangkat tema cliché kasih antara ibu dan dan anak, ia tetap tidak menghalang saya daripada menontonnya. Sementelah tiada apa yang hendak dilakukan di petang Sabtu, saya mengheret Kak Marina sekali. Dia tak mahu pada mulanya.
"Best sangat ke cerita ni?"
"Kau kalau tak best cerita ni, jangan harap I bayar tiket filem tu!" ancamnya.
"Hah, 3D pulak tu! You'd better sure this movie is worth watching." -- Saya respond: WHATEVER!
Sampai di Mesra Mall Kerteh, nak mencari parking di petang Sabtu agak mencabar. Namun, alhamdulillah, tidaklah sampai kena berpusing 2-3 kali. Setelah mengambil tiket dan membeli jajan untuk menonton, kami menuju ke panggung.
Sebelum certia bermula, ada cerita mini mengenai 2 orang lelaki yang mengajar pekerjaan mereka kepada seorang budak lelaki - kerja bagaimana untuk membuatkan bulan penuh menjadi bulan sabit. Comel ceritanya.
Filem bermula. Perkara pertama yang menangkap minat, adalah karekter utama - Princess Merida. Kak Marina kata rambut Princess Merida paling menarik - sangat hidup dan 'menggeramkan'. Apabila Princess Merida bermanja dengan ibunya, rambutnya kembang beralun. Cantik!
|
Princess Merida Picture by Google |
Perlukah saya ceritakan plotnya? Malaslah. Anda boleh baca di sini. Maka, apa yang tinggal untuk ditulis?
Saya mahu menulis seperti catatan rawak saya pada cerita The Hunger Game.
|
King Fargus dan Queen Elinor
Picture by Google |
- Ibu itu tetaplah ibu. Walau bertukar fizikal, masih dia seorang ibu yang menyayangi tanpa syarat, menggadai nyawa memastikan anaknya selamat - mata saya masuk habus di setiap babak Princess Merida bersama ibunya
- Princess Merida: I want my freedom!
- Queen Elinor: But are you willing to pay the price your freedom will cost?
- If you had a chance to change your fate, would you? -- saya kira ini yang diajar dalam Islam, belajar menerima takdir. Ada takdir boleh berubah dengan usaha dan doa, maka sebenarnya kita banyak pilihan dalam menentukan hidup kita. Allah memberi terlalu banyak buat kita, namun adakah kita telah berterima kasih dengan sewajarnya?
- Saya sukar memahami apa yang dituturkan oleh Princess Merida - kerana semacam sahaja bunyi pelatnya - pelat Scottish kot. Kalau tak kerana subtitle nya, mungkin saya dapat enjoy sedikit sahaja cerita ini. Namun, dialog King Fergus, Queen Elinor, The Witch dan lain-lain ok. Kak Marina sebaliknya pula - dia kata dialog Princess Merida sangat jelas. Ye lah, dia kan pernah belajar di UK dan berkawan-kawan dengan orang Scottish? =p
- Kenakalan Harris, Hubert dan Hamish sangat menawan. Comel sahaja ketiga-tiganya - watak tanpa dialog, namun pergerakannya sangat best!
- King Fergus adalah raja yang sangat cool - yang membenarkan anaknya explore banyak perkara dalam kehidupan. Ayah saya juga begitu - jarang menghalang .. maka, ayah saya pun cool! Hehehe.
- Perlukah ibu bapa menetapkan kehidupan anak-anak? Kalau ya, rasional makan garam itukah yang harus digunakan? Atau, kalau tidak, sejauh mana anak-anak dibenarkan lepas bebas?
- Proses pembelajaran itu adalah sesuatu yang dinamik - ia boleh berlangsung dalam setiap masa yang berjalan. Saya tertarik bagaima Queen Elinor yang telah bertukar menjadi beruang, masih lagi berusaha mengajar Princess Merida bertingkah seperti seorang puteri dengan cara makan dan berjalan dengan betul
- Be careful what you wish for - barangkali kamu tidak suka apa yang kamu dapat, sedangkan ia sangat bermanfaat kepada kamu - saya kadang-kadang (most of time sebenarnya) selalu mahukan jalanan hidup saya menjadi lain seperti yang saya mahukan walaupun sebenarnya saya tiada idea adakah itu sesuai dengan saya atau pun tidak. Saya cuba merasionalkan banyak perkara, namun dek kerana batasan akal, saya menjadi pemarah dan kecewa sendiri. Dengan peningkatan umur, saya mula menstabilkan diri dengan cuba untuk tidak expect banyak perkara, menerima seadanya. Dan, alhamdulillah, saya rasa ok. Saya hanya berdoa semoga saya akan lebih banyak memberi daripada menerima. InsyaAllah.
|
Harris, Hubert dan Hamish - The Triplet Picture by Google |
Keseluruhan, rating saya adalah 4.5 bintang. Memang boleh ditonton berkali-kali. Temanya mungkin cliché habis, namun saya percaya ia masih perlu diulang-ulang kerana manusia selalu lupa. Apatah lagi pada perkara yang sentiasa berlaku di sekeliling kita.
Kita mudah untuk ambil mudah - take things for granted. Kemudian, sampai pada satu ketika, kita mungkin akan tersedar - hard way or easy way - tapi, yang penting, bagaimana kesudahannya nanti.
Selepas habis menonton, ingatan saya terlayang pada seorang yang saya kenal. Katanya:
"Saya tak punya hubungan baik dengan mak dan ayah. Saya tak pasti apakah saya akan ok kehilangan keduanya. Pada masa sekarang, hubungan saya dan mereka, hanya adalah di peringkat surface sahaja. Saya tak pasti, kalau jauh di lubuk hati ada tersembunyi sayang itu. Tapi, yang saya pasti, mereka sentiasa ada untuk saya. Saya rasa saya selfish, but I couldn't help it. Semuanya berpunca pada bagaimana mereka layan saya semasa kecil. Saya tidak berdendam, cuma saya tak tahu bagaimana mahu menyayangi mereka. Mereka seolah-olah benda yang ada pada saya, yang saya tak tahu nak apakan.
Walaupun perasaan tidak akan dihisab, saya tak mampu nak lari dari rasa bersalah kerana menyayangi ibu bapa saya begitu sahaja. Dan, kamu tahu bagaimana saya memujuk diri untuk terus berhadapan dengan masalah ini?
Saya akan menonton cerita bertema kasih sayang ibu dan ayah atau membaca buku-buku sebegitu kerana dari cerita itu saya boleh berangan saya pernah melalui walau hakikatnya tidak. Saya tak kisah untuk itu .. after all, saya masih berhutang nyawa dengan mak dan ayah yang masih sudi membela saya. Mungkin mereka sebenarnya sayang, cuma tidak tahu meluahkan."
Saya doakan kamu yang terbaik, kawan.
Saya dan Kak Marina menuju ke Pizza Hut selepas itu.