** Ini bukan review untuk keseluruhan cerita dan novel - hanya catatan rawak
Novel Picture by Google |
Berkunjung ke kedai buku berdekatan, mata selalu tertancap pada novel di atas. Tapi, rasa untuk lihat dan apatah untuk membaca tidak pernah ada. OK, satu pengakuan, saya bukanlah pembaca yang adventurous, kerana saya amat jarang membaca karya dalam genre begini. Saya jadi lambat faham dan kurang apresiasi. Ini juga menerangkan kenapa di saat ramai yang tergila-gilakan si Edward Cullen dan Harry Potter, saya bagai tak kisah untuk mempedulikannya. Saya kira, imaginasi saya bagai melantun di tembok keras dan tebal kala menghadapi cerita-cerita fiksyen.
Berbalik kepada cerita asal.
Bila tidak pernah ada rasa untuk membelek blurb novel ini (walau illustrasi luarnya sangat menggoda!), maka, tiadalah usaha untuk mencari apa ceritanya mengenai novel ini. Sampailah ke hari Sabtu lepas bila rasa tiada kerja yang mahu dibuat, saya mengajak Kak Marina untuk pergi menonton ceritanya pula (dan, cerita ini dipilih setelah tiada cerita lain di panggung yang rasa seronok untuk ditonton). Waktu tayangan adalah pada 12:40pm, dan sementara menunggu waktu tayangan, kami melepak di kedai buku berhampiran. Kata Kak Marina, hati bagai dicuit-cuit untuk mengambil naskhah novel tersebut dan buat skimming reading bagi mengetahui apa yang terjadi akhirnya. Tapi, mujur boleh ditahan perbuatan itu.
Dan, saya menonton filem ini tanpa sebarang expectation dan idea mengenainya! Saya suka!
Filem Picture by Google |
12:40pm - cerita bermula dengan naratif ringkas mengenai "The Reaping", satu aktiviti tahunan penduduk Panem di utara Amerika bersempena 'perayaan' (?) The Hunger Game. Saya tertarik pada pesanan penaja The Reaping: May the odds ever be in your favor -- pesanan yang baik tetapi menggerunkan bagi mereka yang bakal bertanding.
(Saya tidak akan bercerita mengenai filem ini secara terperinci. Ini kan catatan rawak.)
- Cara Jennifer Lawrence memeran watak Katniss Everdeen sangat memukau. Saya hanya tertarik pada dia dan dia sahaja. Liam Hemsworth sebagai Gale Hawthorne memang seperti candy .. namun, ketiadaan dia dalam cerita ini tidak akan memberi kesan pun. Liam muncul di awal, dan di akhir cerita. Pemeran watak Peeta Mellark (Josh Hutcherson) pun seakan tidak sampai pada saya. Keseluruhannya, saya hanya tertarik pada watak Katniss Everdeen (semestinya), Stanley Tucci dengan watak ala penyampai E-News, Ceaser Flickerman, penasihat Katniss, Cinna (Lenny Kravitz) dan Rue, pesaing Katniss yang baik (Amandla Stenberg).
- Semangat 'hunger' itu seakan tidak terasa langsung. Waktu semua tributes itu berlatih dan berlawan sekalipun, rasa 'hunger' tiada. No adrenalin pumping, no suspense, nothing at all. Ia ibarat menyaksikan budak-budak baru belajar tae-kwan-do. Begitu sahaja. Tapi, babak sewaktu Katniss cuba menarik perhatian para penaja dengan membidik epal di atas babi panggang sedikit menarik.
- Shot camera sewaktu babak tribute berlawan sangatlah tidak jelas. Ibarat memasang kamera pada seekor kucing untuk menyelidik apa yang dilakukannya. Saya tak nampak cantik atau ganasnya babak itu walau ada adegan tumbuk-menumbuk dan tikam-menikam. Berbeza sungguh dengan, contohnya filem Avatar ataupun Ong Bak. Adakah ini disengajakan atau pengarahnya memang tidak menyedarinya?
- Babak binatang aneh seakan harimau rekaan pihak produksi untuk menambah suspen kepada pertandingan itu juga tidak jelas. Walau pun kali pertama ia muncul membuatkan Kak Marina terjerit kecil, tapi setakat itu sajalah. Tak terasa ngerinya, walau pun setelah binatang itu mengkeroyok seorang lagi tribute.
- Saya tak faham mengenai seorang tribute yang mati dengan beri di genggamannya (dan tidak menyangka itu beri beracun sehinggalah Katniss mencadangkan agar dia dan Petta sama-sama memakannya sebagai protes dan cabaran team produksi yang sesuka hati mengubah syarat pertandingan).
- Ikatan antara Rue dan Katniss sangat indah kerana Rue mengingatkan Katniss kepada adiknya, Primrose. Mocking trail (?) yang dicadangkan oleh Rue untuk memberitahu keadaan masing-masing adalah selamat apabila mereka berjauhan adalah sangat unik Mungkin perkara ini biasa pada mereka yang biasa berada di dalam hutan. Namun, bagi saya ia sesuatu yang baharu. Kak Marina kata, dia mungkin akan jadi macam Kassim Baba dalam Ali Baba Bujang Lapok kalau dia kena buat mocking trail tu sebab dia berpotensi akan lupa lagu yang menjadi kod mocking trail tu. Macam-macam!
- Saya berminat untuk mendapatkan Mockingjay pin tu. Awesome!
Penilaian terhadap filem: 2/5